Search This Blog

Sunday, July 26, 2009

BUKAN 1,000 TETAPI HANYA 10 ORANG?


LUCU.... Johani menunjukkan simbol jari yang bermaksud 10 tetapi mempunyai double meaning sebagai mempersenda berita kemasukan 1,000 ahli PKR ke dalam UMNO.

UMNO Silam yang masih berkemelut semakin kehilangan pengaruh akibat perpecahan dalaman parti itu kerana gagal mendapat sokongan seorang wakil rakyat dan seorang ahli Parlimen daripada bahagian tersebut sehingga tergamak membuat dakyah palsu kononnya 1,000 orang ahli PKR Silam menyertai UMNO.

"Siapa Hassan Melempeng? Dia seorang desperado dan tidak langsung mempunyai pengaruh dan merupakan katak politik yang mudah diternak oleh mana-mana parti. Dakwaan 1,000 orang ahli PKR hanyalah cerita dongeng yang direka oleh Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur," ujar Ketua Bahagian (Cabang) PKR Silam, Johani Abdul Halim.

Menurut Johani, beliau sentiasa memantau pergerakan Hassan dan ketika Majlis Makan Malam di Dewan Tun Mustapha baru-baru ini, beberapa ahli dan AJK PKR turut diundang dan mereka diperangkap dengan pengumuman terbuka Hassan dan isterinya, Che Sitti Sarina Che Ismail sehingga menyebabkan AJK dan ahli PKR yang turut serta tertipu.

"Hassan pernah memujuk saya menyertai UMNO apabila kami tidak terpilih pada pilhanraya umum 2008, namun saya kekal dengan prinsip perjuangan PKR," ujar Johani lagi yang merupakan Mantan AJK Bahagian UMNO Silam selama tiga penggal dan pernah menjadi Pengarah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO Silam sebelum menyertai PKR pada Julai 2005.

Kata Johani, sebenarnya UMNO hanya sesuai untuk pendatang asing tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO dan tidak sesuai bagi rakyat Sabah yang cintakan negara ini.

Oleh itu kata Johani, beliau mengucapkan selamat berangkat kepada Hassan suami isteri dan beberapa AJK yang terpengaruh dengan janji palsu Nasrun.

"Jika terdapat enam jiran keluarga Tiong Hua hidup dalam kemelaratan di belakang rumahnya, bagaimana Nasrun boleh membela Hassan dan ahli UMNO yang gilakan projek kecil?," ujar Johani yang menekankan bahawa Angkatan Muda PKR telah membuat laporan polis dan SPRM terhadap Nasrun yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian memberi projek kecil kepada Ketua Cawangan UMNO dan kroninya.

Sehubungan itu, Johani berharap agar Ahli PKR dan Pucuk Pimpinan PKR Pusat tidak gelisah kerana hanya sepuluh orang sahaja yang menyertai UMNO dan bukannya 1,000 seperti yang digembar-gemburkan oleh Nasrun dan tergelak besar ketika menunjukkan simbol 1 kosong menggunakan jari kedua belah tangannya.

Johani turut menggesa SPRM agar menyiasat amalan politik wang yang diamalkan Nasrun yang didakwa melesapkan lebih RM850,000 daripada peruntukan ahli parlimen Silam untuk menanam pengaruh politiknya dengan memberikan lebih 37 projek kecil kepada Ketua Cawangan dan kroninya.

"Jika Nasrun boleh membeli perwakilan UMNO, adalah tidak hairan jika beliau juga membuat tawaran projek kecil dan biasiswa untuk anak tiri Hassan," ujar Johani yang telah mengenalpasti 10 orang ahli PKR yang menyertai UMNO.

Mereka ini, kata Johani telah dijanjikan projek kecil termasuk rumah PPRT oleh Nasrun sebagai imbalan kemasukan mereka ke dalam UMNO. Begitu juga dengan Hassan yang memerlukan sokongan Nasrun dalam jawatankuasa LUC untuk kelulusan tanah yang dipohonnya.

Johani menegaskan beliau tidak hairan dengan amalan politik katak Hassan kerana sebelum ini beliau meninggalkan UMNO masuk PBS tetapi mengekalkan keahlian di dalam UMNO cawangan Kampung Berigas, kemudian apabila bertanding sebagai Calon Bebas 2004, dipecat seumur hidup oleh Lembaga Disiplin UMNO.

"Kini dia masuk UMNO balik. Apa nak hairan? Tapi bagaimana UMNO boleh terima ahli yang dipecat seumur hidup?," tanya Johani yang meminta ahli PKR bertenang dengan ribut dalam cawan di Silam.

Johani berkata beliau agak hairan dengan sikap YB Papantanda (Billboard) iaitu Nasrun yang hanya mencari populariti dengan menumpang glamor Ketua Menteri Sabah di sepuluh billboard yang tidak ditukar selama hampir setahun dan tidak mempedulikan kebajikan ahli UMNO yang hampir kesemuanya adalah miskin tegar.

"Jika 36 cawangan UMNO Silam enggan bermesyuarat dan tidak menghantar wakil ke Persidangan Agung UMNO Silam hari ini, bagaimana Hassan dan kumpulannya boleh mempercayai Nasrun?," tanya Johani yang masak dengan politik kampungan Nasrun yang bertenggek di sebalik jawatannya sebagai Pembantu Menteri yang kini ghairah untuk melobi jawatan Pengerusi Barisan Nasional Silam.


3 comments:

KrisLamPir said...

he..he..he.. berita 1000 orang ahli PKR Silam masuk UM... No....! Ini angkara laporan media perdana TV3..TV1.. dan kroni-kroninya.

Saja buat gempak! Benda kecilpun, dibesar-besarkan... asalkan boleh buat orang tertipu. Itulah hakikat Media Arus Perdana yang kakinya terikat rantai Be End... Tangannya terikat dengan "rasuah" keistimewaan hak penyiaran... dan mulutnya terkunci dengan pelbagai akta yang sering disalahgunakan oleh gerombolan.

Semalam PM dalam ucapannya di UITM mengakui (kononnya...) BN sedar zaman "kerajaan mengetahui segala-galanya" telah berakhir. MEMANG BETUL !
Tapi, yang satu lagi sepatutnya perlu disedari dan diakui ialah... zaman menipu rakyat dengan maklumat tidak sahih melalui penyalahgunaan media arus perdana ini, juga telah lama berkubur.

Anonymous said...

ya... Memang kebanyakan ahli politik UM....NOOO SABAH memang banyak buat dajal... menternak PATI. Semua orang maklum tentang itu... cuma waktu dan ketika, akan terbongkar juga akhirnya. Percayalah!

Anonymous said...

Kalau BN kata 1000 orang PKR masuk UMNO tidakkah mereka kira orang mereka yang masuk PKR dalam anggaran kasar hampir 1 juta wo cuma tidak disiarkanlah takut mereka malu beb!biarlah mereka rantai media arus perdana tapi mentaliti orang muda dewasa ini tidak terantai dek pemikiran pembesar2 BN almaklumlah anak muda dewasa ini semuanya celik ITlah katakan,lebih bijak dari pemimpin BN yang sanggup menipu rakyat demi kelangsungan hidup dan isi perut mereka saja..