PERLEMBAGAAN.... Tiada siapa yang boleh mengatasi perlembagaan.
NOTA: Rencana ini dipetik daripada www.sabahkini.net adalah pandangan peribadi Mutalib M.D dan bukannya mencerminkan atau pendapat Sabahkini.net atau blog ini.
INSIDEN saya cuba dibelasah di khalayak ramai dengan niat untuk mencederakan oleh seorang Mantan VIP Sabah yang pernah mendapat jolokan ‘Lellajali’ iaitu Datuk Haji Mohd Yusof Amat Jamlee, menunjukkan Mantan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai atau yang seangkatan dengannya cuba memberi mesej yang jelas agar saya menghentikan pembongkaran identiti beliau yang disembunyikan selama ini.
Sebelum ini, Sakaran telah ‘mengarahkan’ adik Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Haji Hamid Apdal membuat laporan polis berhubung pendedahan pertama saya dalam Sabahkini.net yang bertajuk Pesta Lepa-Lepa Untuk Siapa?
Beliau juga turut mengarahkan ‘cucunya’ Zainuddin Hassan menarik balik kenyataan di Sabahkini.net yang mendedahkan bahawa Sakaran berketurunan Tidung (Rumpun KadazanDusun) dan bukannya ‘Bajau’ iaitu suku masyarakat yang mendewakannya selama ini.
Sebagai Ketua Bahagian USBO Lahad Datu, Yusof Jamlee sepatutnya menggunakan peguam terkenalnya, Sugumar Balakrishan menyaman saya jika kenyataan saya berunsur fitnah atau hasutan; bukannya menggunakan tenaga tuanya yang dijangkiti ‘Angin Ahmar’ (Stroke) untuk membelasah saya dengan lagak seorang pengecut yang memukul curi daripada belakang.
Jika saya tidak menghormati isteri dan anak-anaknya, saya tidak perlu menumbuk atau menolak beliau dengan hujung jari, saya hanya perlu meludah ke mukanya di khalayak ramai pun sudah memadai untuk membuatkannya ‘stroke’ sekali lagi dan kemungkinan Innalillah!
Astagfirullah hul azim. Saya tidak sebegitu kejam terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya yang tidak berdosa dan masih dapat berfikir sebagai seorang dewasa yang dikurniakan akal untuk menahan sabar dan bertindak secara waras mengikut undang-undang.
Sebagai Pengarah Biro Aduan Awam Persatuan Pengguna Sabah (CASH) saya boleh mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah agar menarik balik pangkat ‘P.G.D.K’ yang dikurniakan kepada Yusof Jamlee kerana perlakuannya menumbuk Allahyarham Jimmy Panji ketika Persidangan UMNO Silam, ‘mengupah’ Mad Saat Draat menyerang saya secara berkumpulan dan kini menumbuk kepala saya di khalayak ramai; namun saya memaafkan beliau yang ‘mereng’ atau ‘kurang siuman’ oleh tekanan perasaan dan tidak lagi dihormati melainkan penyokongnya, hanya segelintir pendatang asing tanpa izin yang masih bersetinggan di dalam UMNO Silam.
Saya bersyukur kerana Shafie tidak terlibat dan Hamid membuat laporan polis atas kapasiti peribadi ‘mengangkat kaki’ bapa saudara ‘angkatnya’ dengan harapan polis akan menangkap saya di bawah akta hasutan sebagaimana nasib yang dialami oleh Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini berada dalam buruan polis kerana gagal hadir di mahkamah.
Namun saya berterima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana beliau yakin saya berada di pihak yang benar dan’ mungkin’ turut kesal kerana Sakaran cuba mendapat ‘suaka polis’ yang berpendapat pangkat ‘Tun’ yang diterimanya daripada Duli yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong mempunyai ‘imuniti’.
Setelah turunnya Sakaran daripada ‘Takhta’ Singgahsana, beliau tidak mempunyai sebarang ‘Imuniti’ dan tidak boleh menyalahgunakan kuasa polis untuk kepentingan peribadi sekalipun anak saudara ‘angkat’nya seorang Naib Presiden UMNO atau Menteri Kabinet Malaysia.
Jika tulisan atau pembongkaran yang saya buat dianggap ‘menghina atau memfitnah’ beliau, maka Sakaran sewajarnya memfailkan saman malu atau saman fitnah di Mahkamah Undang-Undang kerana saya menulis menggunakan nama saya sendiri dan di laman web ternama di Sabah, bukannya sebagai ‘Ghost Writer’.
Saya berbangga dengan dua pegawai polis yang menyiasat saya secara profesionalisme, berbanding cerita seram Kua Kia Soong dalam bukunya, ‘Policing The Malaysian Police’ berhubung laporan polis yang dibuat oleh Hamid yang juga suku sakat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman kerana Hamid berkahwin dengan anak saudara Musa.
Walaupun Hamid sering ‘mendesak’ dan mengganggu tugas polis, namun pegawai polis berkenaan terus menjalankan siasatan untuk mengetahui Siapakah Tun Sakaran sebenarnya kerana kes ini dianggap paling istimewa yang disiasat oleh Bahagian Jenayah Komersil Polis di-Raja Malaysia.
Jika Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang dilucutkan jawatannya setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas tuduhan memalsukan keterangan diri dan membuat akuan palsu, kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ‘menangkap dan mendakwa’ Sakaran sedangkan mereka tahu bahawa Sakaran bukanlah ‘Anak Jati’ Sabah dan memalsukan keterangan dirinya untuk menjadi ‘Warga Penyu’ yang dinaiktaraf sebagai ‘Warganegara Mi Segera’ dengan cara masukan.
Saya percaya tembuni Sakaran ditanam di Tidung, Bolongan, Indonesia dan bukannya di Kampung Air sebagaimana dinyatakan dalam Biografinya, TUN SAKARAN Membina Jati Diri Dalam Perjuangan Politik yang disusun oleh Datuk Hamzah Amir dan Dr Chacho Bullah.
Sakaran adalah ‘anak angkat’ tetapi dibinkan kepada Dandai iaitu datuk kepada Shafie Afdal sedangkan bapa Sakaran berada di Tidung, Indonesia yang bernama Abdullah.
Walaupun Sakaran datang ke Sabah sebelum Merdeka, namun ‘pemalsuan’ dokumen pengenalan diri yang dilakukan membolehkan beliau mendapat Kad Pengenalan H 0000013 dan mykad 300415-12-5003 yang ‘melayakkan’ beliau menjadi ‘Menteri Persekutuan, Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri’.
Sakaran yang bertopengkan keluarga terhormat Dandai daripada Legasi Magindora telah membuat akuan palsu atau bersubahat membuat akuan palsu menyatakan beliau adalah anak darah daging kepada Dandai sedangkan beliau adalah anak angkat yang ‘dipungut’ oleh Keluarga Ternama Dandai yang ketika itu menetap di Menampilik, Semporna.
Saya dengan ini mencabar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengarahkan SPRM dan polis menjalankan siasatan secara telus dan professional kerana Sakaran telah menggunakan ‘dokumen palsu atau dipalsukan’ untuk menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Mengikut Fasal 2 (1) Perlembagaan Negeri Sabah;
“Seseorang yang bukan warganegara atau seseorang warganegara dengan cara naturalisasi tidaklah boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri.”
Sekiranya Sakaran tidak layak menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Akta Tafsiran terhadap Perlembagaan Negeri Sabah, maka beliau sewajarnya diambil tindakan menurut undang-undang dan terpaksa membayar balik semua kemudahan selama memegang jawatan berkenaan kerana wang saraan diambil daripada setiap kocek rakyat miskin dan penduduk Sabah amnya.
Dalam hal ini, selaku Naib Presiden UMNO, Shafie tidak harus membayangi siasatan polis kerana beliau tidak bersalah dan tidak harus menanggung malu disebabkan beliau adalah ‘mangsa’ kepada pemalsuan yang dilakukan Sakaran untuk kepentingan diri dan keluarganya sendiri. Sebagai pemimpin Sabah yang mendapat sokongan padu daripada Waris Legasi Magindora, Shafie harus keluar daripada kepompong atau bayang Sakaran yang selama ini dianggap sebagai ‘Dewa’ oleh penduduk Semporna.
Kerjaya politik Shafie mungkin telah lama berkubur jika tidak mendapat sokongan Waris Legasi Magindora (Penduduk Asal Pulau Omadal) kerana Sakaran telah cuba beberapa kali membunuh kerjaya politik Shafie semata-mata untuk menghidupkan ‘Legasi Sakaran’ kerana masih cuba melonjakkan anaknya, Nasir, sebagai ‘Pemimpin’ selepasnya.
Atas sebab tertentu (yang tidak dapat disebutkan di sini kerana bersifat peribadi), Sakaran terpaksa akur kepada kehendak dan desakan Waris Legasi Magindora kerana datuk Shafie (Bapa kepada ibunya) adalah daripada Jurai Keturunan Magindora, Dandai memberikan laluan kepada Shafie sehingga mencapai puncak di kerjaya politik Malaysia pada hari ini.
Saya memohon maaf jika pendedahan ini membuatkan Shafie, rakan paling saya hormati dalam hidup saya, merasa terkilan atau kecil hati, namun sebagai ‘Teman Sejati’ saya perlu menegur sebelum terlambat kerana melibatkan Nasab Keturunan dan Hukum- Hakam Islam yang tidak ada alternatifnya.
Semoga Shafie tidak tergelincir iman dan memusuhi saya yang cuba membersihkan nama beliau daripada palitan ‘Legasi Sakaran’ kerana sekalipun Nasab Legasi Magindoranya agak kabur, namun beliau adalah ‘Wira’ yang meneruskan Legasi Magindora daripada dicantas ‘Legasi Sakaran’.
Saya berdoa semoga Tuhan membuka hati Sakaran untuk bertaubat dan bermuhasabah diri mencari jati diri sebenar selagi dikurniakan kesihatan sebagaimana ajaran gurunya di Tanah Jambi, Abah Anom (Kiyai Ariffin) yang mendoakan kesejahteraan beliau selagi berpaksikan kepada ajaran Islam yang syumul.
Sakaran harus membuka hijab dunia yang menabiri kesombongannya selama ini dengan mengakui bahawa beliau adalah ‘Anak Darah Daging Abdullah’ dan ibunya Aisyah Binti Yusof daripada Tidung Bolongan, Indonesia dan menuntut maaf secara terbuka daripada rakyat Sabah kerana telah membohongi mereka selama ini untuk memperolehi kedudukan, kekayaan dan penghormatan secara tidak sah.
Selagi nyawa masih terkandung di dalam badan, Sakaran harus memperbetulkan nasabnya dengan menukarkan kembali namanya kepada Hashim @ Sakaran Bin Abdullah mengikut landasan hukum Islam yang mengharamkan amalan membinkan anak angkat sebagai anak kandung.
Sistem dan strata sosial Islam telah musnah sama sekali apabila Sakaran melafazkan ijab Kabul dengan menggunakan nama Hashim @ Sakaran Bin Dandai kerana apalah malang yang bakal menimpa Nasir dan adik beradiknya jika pernikahan Sakaran dengan Halimah Datuk Panglima Abdullah dan Toh Puan Hajjah Rokaiyah Datuk Panglima Abdullah ditakrifkan sebagai pernikahan ‘Syubahat’ dan ‘mungkar’.
Semoga Allah memberi hidayah kepada Sakaran dan ‘adik kesayanganya’, Yusof Jamlee agar tidak menggunakan undang-undang rimba memukul saya di khalayak ramai atau menghantar amaran bunuh dalam pelbagai bentuk kerana saya yakin ajal, jodoh, rezeki dan maut saya di tangan Tuhan.
Jika Sakaran ingin menjadi ‘Anak Jantan’, beliau harus melakukan ujian DNA dan mengheret saya ke Mahkamah setelah mendapati keputusan ujian berkenaan yang boleh menafikan dakwaan saya selama ini.
Sakaran boleh menutup mulut ramai saksi seperti adik iparnya, Haji Wahab Panglima Abdullah, Pejuang USNO Ridi Aliwangsa, cucunya Zainuddin Hassan dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Namun Sakaran mungkin tidak mampu menutup minda saya, menutup mulut tokoh yang hampir menumpaskan anaknya, Nasir pada pilihanraya umum 1994 iaitu Abdullahsani Haji Abdul Salleh; Waris Legasi Magindora seperti Datuk Basalie Abdul Hamid, Samsu Baharun Haji Abdul Rahman, Haji Salleh Kalbi sebagainya kerana mereka mengetahui salasilah Legasi Magindora yang tidak tercatat nama Sakaran selepas Dandai.
Sakaran tidak dapat menutup rahsia yang tersembunyi di sebalik kuburan Allahyarham Dandai (di satu tempat nun jauh di sana) kerana rahsia DNA Sakaran masih terdapat di situ.
Bertaubatlah sebelum terlambat. Semoga Allah membuka hati Sakaran agar tidak meninggal dunia dalam keadaan hina kerana rahsia yang cuba disimpannya selama enam dekad berjaya saya bongkar semata-mata untuk memperbetulkan sejarah yang cuba ditulis oleh Sakaran dengan penanya sendiri.
Sekiranya, selepas ini Sakaran, Yusof Jamlee atau yang setaraf dengannya mahu mencederakan atau membunuh saya, saya tidak gentar untuk menemui mati dalam keadaan tersenyum kerana saya percaya Allah tetap bersama saya menentukan qada dan qadar saya.
Hampir semua yang terlibat mencederakan atau memudaratkan saya telah meninggal dunia dalam keadaan daif seperti Mohd Saat Draat dan Lipae Anta atas ‘arahan’ Yusof Jamlee dan saya menaruh harapan yang tinggi agar Sakaran atau Yusof Jamlee melupakan niat buruk mereka.
Dengan nama Allah yang menentukan hari pembalasan, saya menyeru kepada mereka yang diupah oleh ‘dua makhluk’ ini agar berfikir panjang sebelum mencederakan atau berniat untuk membunuh saya kerana keluarga saya sudah pasti akan membalas ‘dendam’ atau menuntut bela, sedangkan perlakuan ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah.
Jika mereka berada di pihak yang benar, sila guna saluran undang-undang dan bukannya mengguna hukum rimba melainkan mereka mengaku mereka bukan warganegara Malaysia yang selama ini menjunjung tinggi tata susila Rukun Negara yang mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan.
Mungkin tiba masanya Kerajaan Negeri Sabah perlu membuat dasar bahawa calon Yang di-Pertua Negeri Sabah perlu mendapat pengesahan ‘Salsilah’ daripada Mahkamah Syariah’ sebelum boleh dilantik memegang jawatan ‘Tertinggi’ berkenaan bagi mengelakkan rakyat Sabah bertuankan ‘Umang-Umang’ (Hermit Crab).

7 comments:
Article ini Berjaya menelanjangi seorang yang amat dihormati di Negri Sabah.
Good Go ahead ..................
satu artikel yg menarik,berani dan patut dicontohi oleh para bloggers.
saudara mau menelanjangi sakaran tapi masi mau hormati shafie... apa maknanya tu? apa sebab safie tu mentri ka? dan sakaran suda tiada apa2? saya selaku anak jati semporna yg telah merasai peritnya berpolitik di era sakaran dan shafie ni berpendapat sakaran dan safie ni 2x5 saja.. malahan shafie ni mungkin lebi ganas dan buas... kalu mo buat pendedahan buatlah dengan ikhlas tanpa niat tersebunyi.. sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..
Isu yang ingin saya ketengahkan di sini ialah budaya pengangkatan anak yang bercanggah dengan ajaran Islam dan kesahihan zuriat umat Islam yang menggunakan nama lain atau membinkan bapanya kepada orang lain ketika akad nikah dan bercampur gaul dengan saudara angkat yang bukan muhrim. Saya tidak berminat untuk mengambil tahu kerjaya politik Sakaran atau Shafie kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang. Saya berpendapat Sakaran telah memalsukan keterangan dirinya untuk mendapat kedudukan dalam masyarakat dan dari segi Perlembagaan beliau tidak boleh dilantik sebagai YANG DIPERTUA NEGERI SABAH. Sakaran bukanlah rakyat Sabah yang tulen sebaliknya melalui naturalisasi dan mengikut Perlembagaan beliau tidak boleh dilantik sebagai TYT apatah lagi menerima pangkat tertinggi di Malaysia iaitu Tun yang sekaligus menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong. Aapakah semua pingat kebesaran negeri yang dianugerahkan di zamannya sebagai TYT sah? Adakah Shafie melakukan amalan yang serupa? Shafie adalah anak jati Sabah kerana bapanya Haji Apdal telah menjadi warganegara Malaysia pada hari Malaysia sekalipun bapanya pernah menjadi Tentera Filipina sebelum Malaysia Merdeka. Jika Shafie menggunakan dokumen palsu, sila berikan bukti kerana saya tidak pernah lari daripada kebenaran dan akan membongkar kerakyatan bukan sahaja Shafie, malah Musa Aman atau Hamid Egoh jika mereka juga dilantik menjadi TYT pada masa akan datang. Saya harap saudara baca artikel saya dengan lapang dada dan tidak menuduh saya berpihak kepada Shafie semata mata kerana saya menganenali hati budi Shafie kita kami sama-sama bekerja dalam kerajaan. Shafie belum pernah mengupah orang memukul saya kerana memberi menulis dalam blog ini. Jika kenyataan saya tidak benar, sebagai seorang terpelajar dan berkedudukan, beliau akan menyaman saya di Mahkamah kerana Sakaran ialah Bapa Saudara angkatnya. Antara beliau dengan Sakaran ialah dua isu yang berbeza.
safie tidak buat apa2 tindakan thdp sdra sbb beliau sorg yg licik.. sapa yg pukul sdra? lelajalik kan? apa hbgn nya dgn safie? sapa yg buat laporan polis? hj hamid kan? da tu adik safie kan? itu la liciknya safie.. baling batu sembunyi tangan. sdra tgu saja la tindakan safie seterusnya... bagi saya bukan soal asal usul sakaran tu sapa dan safie tu siapa... asalkan mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah tada sebab kita menentang mereka... tapi hakikatny yg mgkin sdra sdri pun tau.. atau buat2 tdk tau.. sakaran dan safie ni hanya berjuang bukan untuk bangsa, agama, dan negara tapi demi kekayaan suku sakat mereka saja.. dan prinsip perjuangan mereka ni sama seperti prinsip zionis yahudi.. mereka beranggapan hanya mereka yag pandai dan orang lain bodoh dan tidak layak menjadi pemimpin... kalu la betul sdra ni kenal hati budi shafie ni saya rasa sdra tidak sepatutnya membela beliau.. patut sdra pn mebongkar segala perbuatan terkutuk beliau ni sama macam sdra membongkar tabiat musa aman.. saya ada maklumat safie ni ada anak luar nikah.. kalu sdra betul2 pejuang sdra buat la kajian tuk membongkar tabiat sapie ni...
He he kadangkala orang lain mandi kita pula yang basah. Kalau hujan di ulu belum tentu keruh di muara kerana ada empangan. saya harap jika saudara ada masalah dengan shafie, saudara harus selesaikan sendiri. Isu anak luar nikah atau dia ada skandal itu masalah dia melainkan mangsa tampil bersama bukti. Saya hanya tumpukan soal kerakyatan dan penipuan untuk mendapatkan kuasa. Tidak wajar jika saudara menggunakan jari telunjuk saya untuk membersihkan lubang hidung Shafie. Saya mengkritik Musa Aman hanya melibatkan penglibatan beliau dan pemimpin lain dalam projek Mahathir 1991 hingga 1994. Saya menulis menggunakan nama saya dan bukannya nama samaran. Kenapa harus takut menggunakan nama sendiri jika ingin mengkritik shafie?. Jika saudara takut kepada Shafie, buat apa mau bercita-cita untuk menyaingi Shafie jika saudara hanya mampu merangkak sedangkan shafie sudah jauh berlari?
Wah.. saya benar2 terkejut dengan pendedahan ini. Saya pernah mendengar desas-desus ini, tapi saya tidak pernah ambil pusing.
Untuk makluman pembaca sekalian, saya bukanlah aktivis politik mahupun penulis blog. Saya lebih kepada "leecher".
Jadi pandangan saya ini boleh dikategorikan sebagai pandangan Rakyat Sabah yang neutral. Ya!! Saya rasa tertipu. Betul-betul tertipu.
Kepada En. Mutalib MD, terima kasih atas keberanian saudara dalam menegakkan kebenaran.
Wassalam
Post a Comment