Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 7, 2009

LAHAD DATU SELAMAT WALAU DIBANJIRI PTI?




LAHAD DATU yang pernah diserang 15 orang lanun berpakaian celoreng dan melarikan RM250,000 daripada Standard Chartered Bank Lahad Datu pada 1986 dijamin selamat sekalipun menjadi sarang pendatang asing tanpa izin terutama yang tinggal di perkampungan setinggan di dalam pekan dan bersembunyi di Felda.

Kejadian 12 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Sultan Borneo' yang diketuai oleh mantan Calon Bebas pilihanraya umum 2004, Datuk Abdul Razak Datu Aliuddin yang bertindak membakar enam bendera bendera Sabah dan mencabar polis menangkap mereka tidak boleh dipandang ringan.

Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam, Johani Abdul Halim mendesak agar polis menjalankan siasatan yang rapi kerana beliau percaya tuntutan kumpulan ini ada hubung kait dengan tercetusnya sengketa di selatan Mindanao antara United Tausug Citizen (UTC) dengan tentera Kerajaan Filipina.

"Kenapa mereka hanya dituduh berhimpun secara haram dan tidak menumpukan siasatan terhadap tidakan menderhaka kepada Yang Di Pertua Agong kerana membakar bendera negeri yang berada di bawah Pemerintahan Yang Di Pertuan Agong," ujar Johani yang kesal dengan kejadian berkenaan.

Johani bagaimanapun yakin dengan kredibiliti polis dan pasukan keselamatan yang mengambil langkah berjaga-jaga namun mengharapkan agarAPMM turut memastikan warga Filipina tidak lepas masuk secara bebas ke Sabah.

"Kedaulatan wilayah Sabah harus diutamakan dan tidak memandang remeh ancaman daripada warga Filipina yang mendapat kad pengenalan Sabah dan mengaku waris Sultan Sulu," ujar Johani lagi.

Johani turut kesal dengan kejadian tembak menembak secara terbuka yang dilakukan oleh anggota polis di Pasar Ikan Lahad Datu seperti yang disiarkan di Youtube dan meminta polis memberikan penjelasan kepada masyarakat yang kini trauma dengan kejadian berkenaan.

VIDEO TEMBAK MENEMBAK DI LAHAD DATU

No comments: