Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

DILEMA IC PROJEK STIGMA RAKYAT SABAH




Saudara Pengarang,

SAYA amat berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dilema IC Projek yang menjadi stigma kepada rakyat Sabah selama ini dan ingin sangat mengetahui perkembangan terbaru serta tindakan-tindakan yang sedang dan telah dibuat oleh pihak berkuasa.

Amat menyedihkan sekali apabila saya mengetahui bahawa Setiausaha Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah telah mendapat kerakyatan negara ini dengan memalsukan keterangan diri.

Secara peribadi saya mengenali beliau yang juga seorang peniaga berjaya dan yang lebih mengejutkan saya beliau telah menjadi salah seorang ahli UMNO Sabah. Saya percaya ramai lagi rakan beliau telah memperolehi IC projek ini.

Dalam hubungan ini, saya yakin ada pegawai JPN yang merupakan 'orang dalam' yang menguruskan pemalsuan dokumen mereka untuk mendapatkan kad pengenalan Sali mereka ini.
Apakah sudah ada tindakan yang telah diambil ke atas pegawai JPN yg terlibat?.

Sekian, Terima Kasih.

JULAN HAJI KADIS



(NOTA PENGARANG: Jawapan soalan di atas hanya boleh dijawab oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Haji Jaffaer Henry. Kita lebih terkejut apabila Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien mencabar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan bukti jika ada warga asing diberi kad pengenalan Malaysia dan berjanji akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai JPN yang terlibat. Skrip Drama apakah yang cuba dipentas oleh pemimpin UMNO apabila mendesak KDN di Sabah menghalang penjualan buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah yang telah lama dijual di pasaran sejak diterbitkan pada 1999 semata-mata kerana mengandungi bukti Warga Asing menggunakan kad pengenalan paslu dan projek menjadi ahli UMNO? Setiausaha DPIM terlalu istimewa kerana berpeluang lahir dua kali, sekali di India melalui kemaluan ibunya dan kedua kali di Papar melalui ‘lubang dubur’ ibu angkatnya yang mengakui Ansari adalah anak kandungnya. Kerajaan tidak ada ‘political will’ untuk bertindak kerana sayangkan PATI yang menjadi ‘Fixed Deposit’ Barisan Nasional selama ini. Wallahualam bissawab!)

No comments: