Search This Blog

Sunday, June 7, 2009

PENDAFTARAN BERGERAK DI SK TANJUNG LABIAN


Cerita Asal: www.sabahkini.net

GERAKAN pendaftaran bergerak anjuran bersama Pejabat Parlimen Silam dan Jabatan Pendaftaran Pendaftaran Negara yang pada mulanya dijadualkan di dua lokasi berasingan, kini dipusatkan ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Tungku.

Ketika menghubungi sabahkini.net, Ahli Parlimen Malaysia (Silam), Haji Salleh Haji Kalbi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengarah Pendaftaran Negeri Sabah berhubung masalah logistik kerana dua lokasi berkenaan agak jauh, maka mereka mencapai kata sepakat untuk memusatkannya di Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian.

"Kita memikirkan peluang ini harus diberikan kepada penduduk terpencil seperti di Tambisan, Lok Buani, Tanjung Labian dan sebagainya yang agak jauh daripada Pejabat JPN yang terdekat yang terletak di Pekan Cenderawasih, maka kita tumpukan operasi di Tanjung Labian," ujar Salleh yang memberitahu SMK Tungku tidak jauh daripada Pekan Cenderawasih.

Sehubungan itu, Salleh menggesa agar penduduk kampung terpencil datang awal bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan mereka telah mengisi borang maklumat keluarga dan membawa dokumen yang berkaitan.

Sebenarnya kata Salleh, mereka tidak perlu berebut kerana gerakan berkenaan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula jam 7.30 pagi sehingga selesai permohonan yang dikemukakan pada hari berkenaan.

"Saya akan pantau sendiri operasi ini bagi mengelakkan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan seperti mengenakan caj dan sebagainya," ujar Salleh yang mengulangi kenyataan bahawa operasi bergerak berkenaan hanya untuk penduduk tempatan yang belum memiliki dokumen pengenalan diri.

1 comment:

Anonymous said...

aslm dan salam sejahtera utk penulis blog ni.sy disini bukan nak memburukkan usaha murni kerajaan.tp disini sy hendak berkongsi rasa terkilan berkenaan pendaftaran bergerak utk ic di tanjung labian.memang sudah lama berlalu tp sy nak tahu juga kenapa jpn membuat pendaftaran bergerak tanpa meninjau sekeliling penduduk kampung tj labian yg boleh sy katakan 90% bukan berasal dari kampung tersebut.maksud sy mereka cuba duduk diam disitu padahal satu dokumen pengenalan diri utk tuntutan sebagai warganegara malaysia tdk dilihat..cuba renung2kan la..