Search This Blog

Sunday, April 19, 2009

POLIS SIASAT SABAHKINI ATAU SAKARAN?



Oleh: MUTALIB M.D

NOTA: Pandangan MUTALIB M.D adalah pandangan peribadi beliau berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak mencerminkan Pandangan Laman Web ini.


SAYA baru sahaja selesai memberi keterangan kepada ASP Ruzaidi di Balai Polis Kota Kinabalu pada jam 1.47 petang tadi berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh adik seorang Menteri Kanan Persekutuan yang menuduh saya memfitnah Tun Sakaran di dalam artikel di dalam Sabahkini.net, 'Pesta Lepa-Lepa Untuk Siapa?'.

Kesopanan dan kemesraan pegawai kanan polis berkenaan ketika mengambil kenyataan saya patut dicontohi oleh semua pegawai polis terutama yang bertugas di Kaunter menerima laporanl polis, menyebabkan saya memberi keterangan dalam keadaan santai yang boleh membantu polis mengenali sama ada saya yang memfitnah atau Tun Sakaran yang berbohong kepada rakyat Sabah?

Bagi saya, laporan yang dibuat oleh suku sakat Ketua Menteri Sabah (adik Menteri Kanan berkenaan bernikah dengan anak saudara Ketua Menteri Sabah) sewajarnya disiasat oleh polis kerana semakin banyak kebenaran akan terserlah melalui soal siasat yang dijalankan.

Saya amat berterima kasih jika Polis menyoal siasat Tun Sakaran sendiri yang kononnya anak kepada 'Dandai' dan mengambil tindakan sewajarnya kerana saya berpendapat Sakaran memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan H 0000013 dengan meletakkan nama 'Dandai' sebagai bapanya dan bukannya nama Abdullah.

Polis juga harus menyiasat penulis buku biografi Sakaran iaitu 'sepupu' beliau Datuk Hamzah Amir dan Dr Chacho Bullah yang melakukan pembohongan yang keterlaluan di dalam buku yang diterbit dan dicetak menggunakan wang rakyat Sabah.

Bagi saya, laporan polis yang adik menteri berkenaan bagaikan 'meletakkan kelulut' di dalam gelas Tun Sakaran yang akan menderita kesakitan bisa yang tidak kelihatan sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap 50 Dalil yang ditulis oleh Allahyarham Khalid Jeffri.

Syabas kepada pihak polis jika dapat membongkar identiti Tun Sakaran melalui ujian DNA dan mendakwa beliau di mahkamah kerana memalsukan keterangan diri untuk menjadi pegawai Kerajaan, Menteri, Ketua Menteri sehinggalah kepada Yang DiPertua Negeri Sabah.

Bagaimanapun sebagai manusia yang waras akal fikiran dan masih berpijak di bumi nyata, saya berpendapat adalah lebih berhemat bagi Tun Sakaran mendakwa saya di Mahkamah Undang-Undang untuk mendapat keadilan dan bukannya menyalahguna kedudukannya untuk menggunakan polis menyelesaikan masalah krisis identiti beliau.

Saya pun tidak tahu apa motif adik menteri kanan berkenaan membuat laporan polis sedangkan saya tidak membongkar latar belakang bapa beliau yang semua penduduk Semporna tahu kerana saya tumpukan kepada Pesta Lepa-Lepa dan pengasasnya Tun Sakaran.

Persoalannya adakah Tun Sakaran merasakan pangkat Tun yang dianugerahkan DYMM Yang DiPertuan Agong kepadanya mempunyai imuniti sehingga tidak boleh ditegur atau saya merasakan tiba masanya saya membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemalsuan yang dilakukan oleh Tun Sakaran?

Jika SPRM berminat membongkar kes Dato' Suhaili Abdul Rahman yang didakwa menipu bank dan pesuruhjaya sumpah menggunakan identiti palsu, saya berpendapat mereka juga berminat untuk mengetahui bagaimana Tun Sakaran mengunakan dokumennya untuk mempengaruhi Yang DiPertuan Agong melantiknya sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menganugerahkan beliau pangkat tertintti di Malaysia, TUN.

Bagi saya perjuangan saya menguak kebenaran dan membasmi kemungkaran tidak akan terhenti dengan laporan polis demi laporan polis yang dibuat oleh siapa sahaja kerana saya yakin berada di jalan yang benar.

Saya tidak membongkarkan rahsia peribadi Tun Sakaran dan suku sakat beliau yang beliau sendiri tahu apa dosa yang mereka lakukan sebelum ini.

Sebagai penulis profesional, saya akan menjalankan kajian, mengumpul fakta dan tidak menghuraikan semua fakta di dalam artikel saya dan kebanyakannya disimpan sebagai alibi jika artikel diseret ke Mahkamah.

Jika saya mengatakan bahawa Pesta Lepa-Lepa bukanlah budaya tempatan, adakah ianya menyalahi undang-undang sedangkan sebagai rakyat Malaysia, hak dan kebebasan saya untuk bersuara telah dijamin Perlembagaan Persekutuan dan sehubungan itu, saya tidak fikir Tun Sakaran mengatasi segala undang-undang bertulis.

Sebagai seorang lelaki, adalah lebih berhemat jika Tun Sakaran mendakwa saya di Mahkamah agar saya boleh memberitahu rakyat fakta sebenar yang disembunyikan sejak empat dekad yang lalu.

Kini bukannya zaman gemilang Tun Sakaran yang boleh berkata 'tidak' kepada kebebasan bersuara dan sebagai blogger, saya menyedari saya tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia.

Saya bertanggung jawab di atas setiap tulisan saya dan akan mempertahankan apa yang saya tulis di Mahkamah! KITA JUMPA DI SANAAAA!....

Sumber: www.sabahkini.net

5 comments:

Anonymous said...

Jika saudara merasakan anda di jalan yang benar kerana melakukan pendedahan ini... teruskan usaha anda! Jika saudara perlu merungkai segala "kemungkaran" yang melibatkan politikus Sabah yang sepatutnya membela nasib anak bangsa Sabah...(dan bukan mengambil kesempatan daripada senario rakyat sabah yang rata-ratanya masih "terkurung dalam sangkar" pembohongan mereka.... maka saya menyokong saudara dari belakang. Saya yakin, majoriti anak tempatan di negeri ini telah punya kesedaran untuk mempertahankan hak sebenar mereka. Dan mereka ini pasti menyokong kebenaran yang anda bongkarkan tentang siapa "pengkhianat sebenar" negeri Sabah serta rakyatnya....

Anonymous said...

Syabas Mutalib, Pendedahan saudara dalam blog perkara mungkar dan nangkir telah memjadi bahan bualan cerita di tempat tempat awam.Berani kerana benar dan jangan takut kalah untuk mengebarkan panji panji keadilan.

Tapi sejak pendedahan saudara mengenai LEPA saya denganr maklumat banyak INDIVIDU INDIVIDU tertentu telah di soal siasat oleh polis.

Ada dari pantai Timur, ada dari pantai Barat. Tak tahu pula apa yang mereka siasat, dengar khabar pasal pendedahan tuan mengenai Lepa dan KE Originalan Tun Sakaran.

Ada seorang rakan saya yang telah di siasat pasal perkara ini tapi beliau tak nak buka cerita apa sebenarnya berlaku.

Tuan kata nak tulis buku 100 hari Najib jadi PM.

Tidak sampai 30 hari jadi PM dah ada pemimpin pemimpin politik sabah yang diheret ke Balai Polis untuk disiasat.

Dengar Khabar kerajaan Guna akta PENCETAKAN 256 bagi menghadkan suara mereka dalam Blog. Kasihan ahli Politik Sabah...

sikit sikit di sekat, sana sini.

Tak Boleh Berpertubuhan , Tak Boleh Ber NGO sekarang plak Tak Boleh BERRRR..... Blogerrrrssss. pasal nak guna akta 256.

Kasihan kan mereka ini, adalah ini satu proses yang di PANGGIL " PROSES 100 TUTUP MULUT ".

Saya dengar selepas soal siasat mereka perlu Tanda Tangan KENYATAAN BETULIS PULA !!!! macam aku janji saja.

Rakan saya tu tak nak Buka Mulut pasal soal siasat tapi nampaknya di dalam keadaan tertekan kali...

Mungkin agak agaknya ini surat akujanji tu!!!!

" Saya yang bernama dan bertanda tangan dibawah ini mengaku akan boleh di Dakwa di Bawah akta 256 percetakan kalau terus Banyak Mulut. Sesungguhnya semua kenyataan saya adalah Benar "

itu ramalan aje!!!!!.

Kita lihat apa jadi pada mereka...
saya juga nak lihat mereka ni... kalau TAK TULIS ARTICLE LAGI maka confirm lah mereka dah janji TUTUP MULUT DALAM 100 HARI.

Syabas Mutalib... Teruskan

Anonymous said...

He he ada ada saja cerita ahli politik sabah ini. Tinggal Tepi Tandaslah dari ruah anglow besar.

sekarang ini SURAT aku janji tutup mulut 100 hari.

apa ni semua ?

Ini macam zaman Bush Pula GONTAMOA BAY di sediakan awal awal.

Mutalib MD said...

Saudara Pembaca yang budiman,

Saya tidak GENTAR menghadapi Tun Sakaran ataupun Musa Aman kerana kebenaran berpihak kepada saya. Saya menulis bukan untuk memfitnah atai mereka-reka cerita. Apa yang saya tulis berlandaskan kebenaran. Sewajarnya Tun Sakaran terimalah dengan nada terbuka dan tidak 'mengarah polis' untuk menakut-nakutkan saya. Jika kes ini kes fitnah, Sila daftar saman di mahkamah. Saya akan sudi hadir bersama pakar DNA yang bersedia membantu saya. Bukan saya yang akan menulis buku 100 hari Najib jadi PM tetapi saudara MUSLI OLI. Saya tidak suka menulis buku seperti itu kerana saya seorang wartawan dan bukannya penulis buku politik. Semoga rakyat Sabah sedar dan tidak terus diperbodohkan oleh pemimpin yang dungu tetapi menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan sesuatu dengan menghalalkan cara termasuk menukar identiti. Semoga Allah melindungi Sabah daripada sebarang malapetaka!

RakyatKelas4 said...

Salam Bro,

Boleh tolong dedahkan...Musa Aman punya pekung???? Rakyat dah lama tunggu apa yg berlaku kat Sabah waktu ni.