Search This Blog

Thursday, February 19, 2009

TUBUH SEGERA SURUHANJAYA POLIS: ANSARI




AHLI Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Haji Ansari Abdullah menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menubuhkan segera Suruhanjaya Polis bagi memantau kegiatan polis yang menyalahguna kedudukan dan kuasa mereka sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan jenayah.

“Kita memerlukan sebuah badan bebas untuk memantau polis, sama seperti Suruhanjaya Kehakiman," tegas Ansari yang melahirkan rasa kesal kerana Pesuruhjaya Polis Sabah tidak memahami Akta Polis 1967 sehingga mendorong berlakunya kejadian berdarah di Tingkayu baru-baru ini.

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

Sunday, February 15, 2009

ANAK MUFTI CELEBRATE VALENTINE DENGAN KM?




HARI Valentine yang disambut penganut bukan Islam sebagai memperingati kematian St.Valentine sebagai 'Hari Kekasih' adalah budaya songsang yang kini menjalar dan membudaya di kalangan umat Islam sehingga melibatkan pemimpin negeri Sabah.

Aktivis Masyarakat, Tamsun Hamimun, menghubungi Sabahkini.net melahirkan rasa kesal kerana pemimpin Islam yang sewajarnya menunjukkan contoh teladan yang baik selaras dengan ajaran agama Islam yang syumul melakukan kegiatan tidak bermoral.

"Saya kesal kerana ianya melibatkan Ketua Menteri Sabah, Pembantu Menteri dan Adun Kunak yang dianggap sebagai pemimpin beragama Islam terutama apabila Ketua Menteri menentang pembinaan Patung Dewi Laut Ma Tzu di Kudat, sebaliknya menganjurkan majlis maksiat dan menyuburkan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam," kata Tamsun yang terkejut menyaksikan secara tidak sengaja majlis berkenaan ketika mencari kawannya di Hotel Executive, Lahad Datu.

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

SAMPAI MASANYA KPN LETAK JAWATAN: HASSNAR



TAN SRI MUSA HASSAN

KINI adalah masa dan ketika yang paling sesuai bagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meletakkan jawatan setelah dua orang dibunuh dan empat lagi pekebun kecil cedera parah dibelasah pendatang asing tanpa izin sebelum keadaan semakin tidak terkawal.

Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim, salah seorang pekebun kecil Tingkayu ketika diwawancara sabahkini.net berkata, KPN harus berasa malu dan bertanggung jawab kerana cuai menjalankan tugas walaupun aduan demi aduan telah dibuat secara peribadi, surat terbuka atau melalui akhbar.

"Berapa ramai lagi harus menjadi korban kecuaian polis sebelum KPN mahu bertindak?," tanya Hassnar yang kini sibuk menghantar saman kepada polis yang menyalahguna kuasa merampas tanahnya di Latangon dan menangkapnya secara tidak sah ketika membantu penduduk kampung membuat laporan polis apabila rumah mereka dirobohkan polis dalam OPs Nyah II Bersepadu pada 2002.

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

POLIS DALANGI TRAGEDI BERDARAH DI TINGKAYU?




JAMES VALENTINO TANGGAR-Peguam

PEGUAM Tetuan Ansari & Co, James Valentino Tanggar menggesa Ketua Polis Negara menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh berhubung insiden berdarah di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak kerana keselamatan para pekebun kecil tidak lagi terjamin.

"Ada sesuatu yang cuba disembunyi PDRM dan saya mengesyakki ianya melibatkan konspirasi peringkat tertinggi di dalam PDRM yang mempunyai kepentingan terhadap tanah berkenaan sehingga sanggup mencabut nyawa mereka yang tidak berdosa," ujar James yang hampir kehilangan jiwa jika senapang buatan sendiri (bakakuk) yang ditembakkan ke mukanya meletup.

Menurut James inilah kejadian paling buruk dalam sejarah Sabah selepas kes Kampung Desa Monteki, Tanjung Labian dan Litangon yang menyaksikan pegawai kanan PDRM terlibat dan bersubahat dengan kes perebutan tanah.

"Setahu saya, PDRM menjaga keselamatan dan bukannya membantu penjenayah," ujar James yang kesal kerana tidak seorangpun daripada lebih 100 penjenayah yang menyerang beliau pada 12 Februari 2009 berjaya ditangkap.


Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net