Search This Blog

Friday, March 6, 2009

KUCH-KUCH HOTA HAI MALAYSIA?

Untuk melihat Video Klip Kamaruddin sila ke http://www.youtube.com/narayang007 atau taip baisul khan pada enjin carian Youtube


TERJEMAHAN PERCAKAPAN KAMARUDDIN.





Vanakam, Nama saya Kamaruddin, saya warganegara Malaysia.

Ramai orang INDIA datang ke sini untuk mencari kerja. Untuk masuk ke Sabah, kamu menggunakan Pas Lawatan. Sesudah datang ke negeri ini, tolong hormati undang-undang negara ini!

Segelintir kamu tidak menghormati undang-undang negara ini. Kamu sanggup buang passport kamu untuk mendapatkan status warganegara (melalui IC-Projek) dan MYKAD palsu. Semua ini kamu lakukan secara salah disisi undang undang. Selepas itu kamu menjadi warganegara Malaysia mengikut 'pintu belakang'.

Bagaimana kalau perkara ini terjadi di negara kamu?

Saya pernah pergi ke India. Kamu tidak percaya? Ini buktinya! Tengok sini! Saya buat pembedahan 'Spinal-cord'.

Saya pergi ke Madras, Tripple Canny, Seefa Medical Centre. Selepas pembedahan, saya tinggal di hospital selama 2 bulan. Satu hari sahaja VISA saya tamat tempoh, kerajaan kamu telah beri amaran kepada saya. Lalu saya pergi ke imigresen INDIA untuk menyambung VISA.

Walaupun saya berketurunan India, tetapi saya warganegara Malaysia. Apabila saya datang ke India, tidak ada kelebihan sedikit pun. Malah jika berada di sana melebihi satu hari sahaja, saya kena bayar denda. Saya di layan seperti pelancong dan saya menghormati undang-undang negara kamu.

Walaupun pada awalnya kamu datang ke negara ini mengikut undang-undang, tetapi kamu tinggal di Malaysia melebihi had VISA! kamu tinggal secara haram dan kamu juga mendapatkan IC-Palsu secara HARAM!

Adilkah ini? Kamu tidak tahu malukah?

Saya tidak bermaksud semua INDIANS, hanya segelintir sahaja. Contohnya di Sabah, 90% adalah PENDATANG dari INDIA. Secara sah atau secara haram kamu datang ke Sabah - kamu rampas hak warganegara Malaysia dan mendapatkan kewarganegaraan.

Selepas itu kamu lakukan banyak jenayah di negara ini. Saya minta pertimbangan dari kamu... tolonglah balik ke negara asal kamu. Kalau kamu mahu tinggal di negara kami, ikutlah undang-undang negara Malaysia.

Datanglah ke sini secara baik dan tinggal di sini secara jujur. Jangan tinggal di Malaysia secara haram. Kalau kamu tinggal di negara ini secara haram, saya akan cari kamu dan kenalkan kamu kepada undang-undang! Akan saya dapatkan hukuman untuk kamu! Saya tahu kamu semua akan benci saya kerana saya cakap sebegini.

Dalam bahasa Tamil ada menyebut "Negara itu adalah ibu kandung kepada setiap rakyat". Tetapi kamu hina ibu kami! Kamu sanggup letak (taruk) harga untuk ibu kami. Kalau saya datang ke rumah kamu, kacau perempuan kamu, adakah kamu berdiam diri? Kamu pasti akan cincang saya!

Ini kerana sewaktu saya datang ke India, kamu tidak pernah cakap saya 'orang India'. Kamu cuma sebut 'Pendatang Malaysia, Pendatang Malaysia'! Jadi apa yang patut saya sebut kepada kamu? Patut saya gelar kamu PENDATANG INDIA!

Saya minta tolong dari kamu, baliklah ke negara asal kamu. Jangan tinggal di sini secara songsang. Tinggallah di negara kami mengikut prosedur undang-undang. Jika kamu buat betul-betul, kami akan sokong.

Dalam bahasa Tamil, ada banyak salah dan silap. Dengan itu saya minta maaf dengan kamu semua. Baliklah ke negara asal kamu. Jangan tinggal di sini lagi. Datang ke sini, tolonglah hormati undang-undang kami. Tinggallah secara sah. Mohonlah pas kerja, dan kerjalah di sini. Bila sudah cukup duit, pulanglah ke negara asal kamu.

Kamu berkahwin di sini dengan rakyat kami. Apabila sudah beranak, kamu tinggalkan isteri dan anak kamu. Berapa banyak anak yatim India yang tidak ada bapak di Sabah? Saya bukan anti INDIA, saya juga berketurunan India.

Tetapi untuk pendatang haram India-saya adalah musuh mereka! Saya tahu, dengan berkata begini-maka nyawa saya terancam. Keselamatan saya tidak terjamin. Saya tidak kisah.

Bila saya datang ke negara kamu dahulu, banyak yang saya pelajari. Ini negara kami dan ramai pendatang haram India di Malaysia ini. 'Penjenayah India lebih dari atas langit!' Baliklah ke negara kamu. Jangan tinggal di negara kami.

Di negara kamu, jika ada orang kampung sebelah ingin berniaga di kampung kamu -itu pun kamu tidak benarkan walaupun dia itu orang negeri kamu. Kalau mereka bangkang - kamu cakap "Oh! kamu dari kampung sebelah. Kamu tidak boleh berniaga di sini. Baliklah ke kampung kamu".

Tetapi kamu datang ke negara kami, kamu rampas hak kami. Dari keuntungan itu, kamu hantar ke negara kamu dan kamu mahu kami tutup mulut.

Apa kamu fikir kami rakyat Malaysia bodohkah?

Kamu boleh rasuah pegawai kerajaan, pihak polis dan sebagainya. Tetapi kamu tidak boleh beli segelintir rakyat Malaysia yang sayangkan negara mereka. Dalam segelintir itu, saya adalah seorang darinya. Saya tidak ada pangkat, tidak ada duit, apa pun saya tidak ada.

Waktu saya berniaga pun kamu datang mengganggu saya. Kamu kacau dan RAMPAS perniagaan saya. Kalau sebut Bahasa Melayu "Pendatang haram INDIA rampas hak saya". Maksud saya, pendatang haram India yang telah saya buat aduan telah rampas perniagaan saya sampai saya kosong! Kamu halau saya dari restoran saya! Kamu rampas semuanya!

Dalam negara saya, saya telah jadi pelarian. Walaupun terjadi sebegini, saya tidak akan lepaskan kamu. Saya akan cari kamu satu-per-satu. Saya akan dapatkan kamu orang dan dapatkan hukuman untuk kamu!

Setiap pendatang haram India yang tengok ini mesti faham kesusahan perasaan saya. Ini bukan kepentingan atau cemburu. Ini adalah kasih sayang saya terhadap negara saya. Sayang ibu pertiwi saya.

Jangan kacau negara kami! Baliklah! Baliklah ke negara kamu kalau kamu ada maruah, ada malu, yang kamu dapat warganegara secara songsang, serahlah kewarganegaraan itu kepada Malaysia, minta maaf dengan kerajaan kami.

Baliklah ke negara asal kamu. Kami hormati kamu. Kalau tidak kamu memang HINA!

Kalau kamu orang satu emak, satu bapak punya anak, serahlah kerakyatan palsu yang kamu miliki kepada kerajaan. Kalau tidak kamu memang keturunan anak haram. Dan mungkin bapa kamu ramai.

Kami akan cari kamu dimanapun di dalam negara kami dan dapatkan hukuman untuk kamu. Bersedialah untuk tindakan selanjutnya!

Sunday, March 1, 2009

UMS UNTUK SIAPA?


CANCELORI....Dewan ini adalah mercu tanda kejayaan PTI di Sabah setelah semua anak mereka kini menjadi warga terpelajar walaupun mereka tidak mempunyai dokumen atau mendapat dokumen palsu. Pelajaran anak mereka dibiayai oleh rakyat Malaysia?


PERJUANGAN rakyat Sabah untuk memiliki sebuah Universiti sendiri bagi membolehkan anak negeri Sabah melanjutkan pelajaran tinggi tanpa perlu berbelanja lebih tidak kesampaian sehingga Kerajaan Barisan Nasional berjaya merampas kuasa, sinonim dengan senario di Perak baru-baru ini.

Hasrat melambung yang tertampan oleh kekangan politik akhirnya terlaksana pada 24 November 1994, apabila Parlimen meluluskan penubuhan Universiti Malaysia Sabah.

Walaupun pada mulanya hanya tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Teknologi dan Sekolah Sains Sosial telah ditubuhkan yang dilengkapi dengan sebuah pusat pengajian liberal yang dinamai Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.

Kompleks UMS telah berjaya disiapkan di kawasan seluas 999 ekar yang terletak di Teluk Sepanggar di samping pembukaan Kampus di Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Januari 1999. Kompleks UMS induk telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 19 September 2000.

Dengan kakitangan akademik seramai 570 orang, UMS kini menjadi medan penataran ilmu lebih 12,350 orang pelajar daripada seluruh Malaysia termasuk pelajar asing.

Namun, amat malang sekali kerana UMS yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Mustapha dan dilanjutkan oleh pemimpin berikutnya termasuk Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang terpaksa merengkok di Kemunting semata-mata untuk menubuhkan sebuah universiti untuk anak negeri Sabah akhirnya yang mendapat tempat kebanyakannya anak 'Warga Penyu' yang mendapat kad pengenalan projek.

Blog ini telah berjaya mengesan lebih 250 pelajar dan bekas pelajar UMS yang status kerakyatan mereka diragui dan peguam masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara berhubung status mereka.

Namun dua contoh yang dsahih dikemukakan ini akan memberi peluang kepada pembaca menilai betapa perjuangan membasmi PTI atau Pendatang Tanpa Izin yang telah memalsukan keterangan diri untuk mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah bukanlah perjuangan peribadi sebaliknya adalah Jihad untuk membela ibu pertiwi.



SUARDI ABDUL HAKIM

SUARDI ABDUL HAKIM adalah salah seorang graduan Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian dalam bidang kewangan dan perbankan. Beliau telah tamat ijazah pada 12 September 2004 dan menghadiri Majlis Konvokesyen pada 13 September 2004 bersama ibu bapanya di Universiti Malaysia Sabah.

Suardi adalah anak 'warga penyu' yang paling bertuah di muka bumi ini kerana tanpa DOKUMEN PENGENALAN DIRI telah dapat melanjutkan persekolahan sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Sapagaya Lahad Datu dan mendapat pangkat satu sebelum lulus Pengajian Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Memang agak menghairankan bagaimana Suardi yang tidak mempunyai kad pengenalan boleh belajar sehingga ke peringkat Ijazah dan lebih membanggakannya apabila bapanya berjaya membuat permohonan taraf Warganegara mengikut Perkara 30 melalui permohonan bernombor 12021011-20040809-122452 pada 09 Ogos 2004 dan mendapat nombor Sijil Lahir Daftar Lewat bernombor SB185549 yang diberi nombor kad pengenalan 801230-12-6283 yang dikeluarkan pada 14 Januari 2004.

Generasi kedua hasil PERKISA dan Projek Mahathir ini kini berbangga dengan perjuangan keluarganya sehingga berjaya menulenkannya sebagai warganegara sedangkan ketika dilahirkan dia adalah 'WARGA PENYU'.

Apakah ada anak Sabah yang bertuah seperti Suardi kerana TANPA KAD PENGENALAN masih mampu belajar dan mendapat biasiswa KERAJAAN NEGERI SABAH sehingga memperoleh IJAZAH SARJANA MUDA PERNIAGAAN, lebih hebat daripada Datuk Musbah Jamli yang terpaksa membeli Ijazah Palsu sekalipun mempunyai kad pengenalan.








WARGANEGARA.... Cabutan Permohonan Taraf Warganegara Suardi yang kini dalam peringkat akhir sementara menunggu kelulusan. Bagaimanakah nasib penduduk asal Sabah yang tinggal di pedalaman yang belum memiliki dokumen dan tidak pernah melihat sekolah, jauh sekali BERMIMPI untuk belajar di UMS seperti Suardi!








BERTUAH.... Bertanda X ialah Suardi bersama rakannya sewaktu Konvokesyen pada 13 September 2004. Ramai di antara anak warga penyu kini berbangga kerana mereka berjaya memperoleh pelajaran secara percuma ketika saudara mara mereka di negara asal ibubapa mereka terpaksa membayar untuk mendapat pendidikan formal. Ramai di antara anak warga penyu hanya menggunakan Kad Pengenalan Sementara untuk belajar di UMS. Alangkah sia-sianya usaha Jeffrey Kitingan jika pelajar UMS bukan WARGANEGARA MALAYSIA!










BERTUAH.... Salinan sijil SPM dan Ijazah Suardi yang tidak mencatat sebarang dokumen pengenalan diri kerana ketika itu Suardi baru memiliki Sijil Lahir daftar lewat dan belum mempunyai kad pengenalan.

Kajian lapangan telah dilakukan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Sabah untuk mengesan taraf kerakyatan ibu bapa Suardi dan tidak mengejutkan apabila terbukti bapa, seorang kontraktor paling berjaya di Felda adalah Panitia Perhimpunan Keluarga Indonesia Sabah dan Sarawak (Perkisa) yang telah diharamkan.

Ahli Perkisa adalah Warga Indonesia yang memegang Pasport Indonesia dan menggunakan pas lawatan kerja sementara untuk tinggal dan bekerja di negara ini, namun apabila mereka membuang pasport mereka setelah mendapat Kad Pengenalan Projek pada 1993, mereka mengharapkan Jabatan Imigresen tidak membongkar kerakyatan mereka.

Namun bukan semua pihak yang mahu bersekongkol dengan mereka kerana rekod mereka masih ada di Kedutaan Indonesia dan pejabat Pendaftar Pertubuhan. Berikut adalah cabutan rekod daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan pengesahan daripada Konsulat Indonesia.

JAWATANKUASA PERKISA CAWANGAN LAHAD DATU 1988-1989


Ketua Cabang : HJ. ASAAD PALANCOI
Timbalan Ketua I : MUDJAHID LAMSURI
Timbalan Ketua II : ALOSIUS DOREN
Sekritaris : MOHD RAIS HJ HARUN
Wakil Sekritaris : LARANI ENDI
Bendahara : MAHYUDDIN ALBAR
Wakil Bendahara : HJ. ABIDIN RAHIM
Penerangan : JUNAIDI MACHMUD
Kebajikan : BURHAN HJ BAKAR, KWINTUS RIANG, AMIRULLAH DAENG PAREBA, MOHD SALLEH MANANSA, S. HASNAH BTE S. AHMAD, HJ. KASAU BIN BACO
Pemuda & : MOHD BAHERI BIN BASRI
Kebudayaan : ABDUL HAKIM DARYA, USMAN DURI SUPPU, YUSUF NANNONG
Wanita : HAJJAH NAWIAH MOHD SALLEH, AMARIAH BTE PADMO, ROHANA TURA, JURIANA GAUS, MASUARA ARIPIN, ALOYAH HABIB ALI
Tenaga Kerja : SALIM TAKALA
Pendidikan : S. AHMAD HASAN, MUSTAMIN B GOCCANG
Tugas Khas : SYAMSUL BAKRI BIN ABDULLAH, ABDUL RAHMAN ALI, BAKRI BADUI
Koordinator : USMAN HAMZA, HJ SALAMAT ALI

Bapa Suardi, ABDUL HAKIM DARYA adalah Panitia Kebudayaan Perkisa Lahad Datu dan ketika Suardi dilahirkan pada 30 Disember 1980, bapanya masih memegang pasport Indonesia!

Seorang lagi pelajar bertuah ialah Abeed Fatimah Mohidin Batcha, pelajar tahun akhir Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS.

Bapa Abeed, Mohidin Batcha Sariff, merupakan Bendahari Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) merupakan warganegara India yang mendapat kad pengenalan projek atas usaha DPIM yang didakwa menjadi 'Pusat Penternakan Pengundi' India bagi persediaan pilihanraya.

Walaupun ibubanya adalah India tulen daripada Tamil Nadu, India, namun Abeed Fatimah bertuah apabila dilahirkan sebagai 'Melayu' atau 'Bumiputera' kerana ibubapanya di 'Melayu' melalui jalan belakang oleh Sindiket Kad pengenalan yang ditumpaskan pada 1995.

Abeed tidak perlu gelisah kerana badi PTI yang menghinggapi bapanya telah gugur kerana dia adalah 'Anak Melayu' yang berpeluang belajar di SMK Perempuan Likas dan mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM apabila mendapat 9A1 dan 2A2 pada 2004.