Search This Blog

Saturday, December 25, 2010

MERRY CHRISTMAS Vs MERRY GO ROUND?



Oleh: MUTALIB M.D

KETAKSUBAN melampau terhadap Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan ramai pemimpin UMNO Sabah bermusuh dengan saya kerana menimbulkan isu pemberian MyKad untuk ‘Umat Islam’ daripada Filipina, Indonesia, India dan Pakistan; sehingga ada yang sanggup menggelar saya ‘Anti Islam’ atau ‘Teroris’.

Ketika rakyat Malaysia, terutama Umat Kristian di Sabah merayakan ‘Hari Natal’ saya ingin bertanya apakah saya ‘Pro-Kristian’ apabila membongkarkan isu ‘Keislaman Songsang’ yang dijana oleh pemimpin Barisan Nasional?

Saya tidak tahu sama ada kita di Sabah menyambut ‘Merry Krismas’ atau masih ‘Merry Go Round’ dengan masalah bertimpa-timpa melanda Sabah; daripada isu kemiskinan, pendidikan, prasarana sehinggalah kerakyatan songsang yang menyebabkan rakyat asal Sabah semakin menderita, sedangkan di atas kertas Sabah ‘Negara’ yang terkaya di Malaysia!

Pemimpin Sabah yang kaya raya, berumah agam, berkereta mewah dan mempunyai wang berjuta dalam Bank langsung tidak membantu mengurangkan jurang kemiskinan yang menimpa rakyat Sabah akibat ‘salah urus’ dan pembaziran serta ‘Rasuah’ yang menjadi ‘Pemerintah’; apatah lagi untuk mengeluarkan Sabah daripada semua kemelut yang merantai.

Memandangkan Rasulullah s.a.w. sendiri adalah orang yang cintakan bangsa dan tanah airnya, sebagaimana baginda menyeru umat Islam supaya mencintai kedua-duanya seperti dalam hadis Baginda, mafhumnya; “Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman”; maka siapa saya untuk lari daripada perjuangan membela ‘ibu pertiwi’?

Maka, atas dasar apa pemimpin UMNO menuduh saya sebagai ‘Anti Islam’ dan ‘Pro-Kristian’ semata-mata kerana saya memerangi ‘saudara’ seagama daripada Indonesia, Filipina, India dan Pakistan yang mendapat kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang dengan menentang pemberian Kad Pengenalan Projek melalui empat buah buku saya iaitu IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah (1999), Pengundi Untuk Di Sewa (1999), IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? (2006) dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir? (2007), blog saya http://mutalibmd.blogspot.com dan laman web www.sabahkini.net.

Betapa murah dan ceteknya fahaman mereka tentang Islam sehingga menghalalkan tindakan pemimpin UMNO dan BN merekrut ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ (PATI) sebagai ‘Rakyat Malaysia’ yang ‘dilahirkan kali kedua di Sabah’?

Kata Saidina Ali Bin Abi Talib (Karamallah Huwajhu), “Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong, namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.”

Apakah pemimpin UMNO akan jawab di Padang Masyhar nanti ketika Allah bertanya kenapa mereka tidak memerangi kerakyatan songsang sedangkan ‘PATI ISLAM’ tidak mempunyai semangat ‘Islam’ dan hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan ‘Suaka Politik’ daripada UMNO?

Jika mereka boleh berkongsi kerakyatan songsang, kenapa tidak boleh berkongsi ‘Isteri’ atau ‘Rumah’ dengan Warga PATI yang mendapat ‘Kerakyatan Songsang’ dan memaksa rakyat Sabah menerima spesis yang terlalu asing budaya dan bahasanya?

Selama enam dekad UMNO wujud di bumi merdeka Malaysia, namun kenapa tergamak melakukan ‘penghapusan etnik’ Bumiputera dan ‘Anak Negeri Sabah’ dengan mewujudkan spesis ‘Bumiputar’ yang lahir di luar negara tetapi ditulenkan sebagai ‘Rakyat Sabah’; bukan rakyat Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perlis, Kelantan, Pahang, Trengganu, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan?

Kenapa pilih Sabah untuk merancang ‘Rampasan Kuasa Rakyat’ melalui ‘Skandal X-Files’ dan bukannya Seluruh Malaysia? Apakah pemimpin Sabah terlalu bacul ketika itu sehingga tidak berani menentang niat jahat pemimpin UMNO yang tamak kuasa melalui pemberian Kad Pengenalan sedangkan Perkara 6 dan 10 daripada 20 Perkara yang menjadi asas pembentukan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sabah mempunyai kuasa untuk menghalang segala bentuk petualangan berkenaan?

Sebagai ahli UMNO, saya menyayangi UMNO lebih daripada diri saya sendiri, namun sebagai ‘Hamba Allah’ yang ditakdirkan lahir di Kedah dan menjadi rakyat Sabah melalui kuatkuasa undang-undang, saya terpaksa berjuang bersendirian untuk memerangi segala ‘kemaksiatan’ dan tindakan pemimpin Sabah dan UMNO ‘menjual’ agama Islam yang syumul semata-mata untuk menghalalkan pengkhianatan mereka memberi ‘Kerakyatan Songsang’ kepada PATI yang kini telah menjadi PADI (Pendatang Asing Dengan Izin).

Anehnya, saya yang dilahirkan di bumi Malaysia dipandang serong oleh ‘rakyat Sabah’ sendiri dengan menggelarkan saya ‘Orang Malaya’ sedangkan semua tembuni anak-anak dan isteri saya ditanam di Sabah dan saya tidak mempunyai hubungan lagi dengan ‘Malaya’? Tetapi warga PATI dan PADI dijulang begitu mulia sehingga ada yang telah menjadi YB?

Ramai pemimpin UMNO dan BN Sabah yang sebelum ini menggunakan isu IC PALSU dan menjaja buku saya sebagai modal politik, namun setelah memperoleh kuasa, mereka bukan saya tidak menyokong perjuangan saya, malah tidak pernah menghulur walau ‘satu sen dibelah 14’ untuk membantu saya memperjuangkan isu pengkhianatan luar biasa di zaman modern ini.

Terkadang kala saya memikirkan tiba masanya untuk saya berundur dan hidup bahagia bersama keluarga daripada menerima cemuhan rakyat Sabah yang bukan sahaja enggan menghulurkan derma untuk menjayakan ‘misi suci’, malah memusuhi saya dengan tidak menghulur derma atau memberikan sokongan moral; namun amanat Almarhum ayah saya membuatkan saya meneruskan perjuangan tanpa sokongan ini.

Mungkin saya terpaksa menghentikan laman web ‘www.sabahkini.net’ yang memerlukan dana lebih daripada RM10,000 sebulan untuk diselenggara kerana tabungan saya sudah hampir habis dan dalam masa yang sama sumbangan rakyat Sabah pada tahap ‘ZERO’.

Namun teringatkan pesanan Prof. Dr. Hamka, tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah.

Kata Hamka lagi, jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah. Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri.

Saya mungkin terpaksa bertahan buat sementara waktu sehingga tabungan saya habis dan hanya mengendalikan blog saya ala kadar melainkan rakyat Sabah sedar dan kembali bersama saya dengan menyumbang sumber dana dan sokongan berterusan. Mungkinkah?

Thursday, December 23, 2010

POLICE HAD BEEN HIDING THE FATE?




By: DATUK SERI PANGLIMA WILFRED BUMBURING

WITH the release of the two hostages, Tsen Vui Chung and Lai Wing Chau, who were kidnapped on Februari 8, 2010 in Semporna at 6:15am today has finally close another dark chapter in Sabah and I personally would like to thank Tawi-Tawi Governor, Hadji Sadikul Adalla Sahali in helping to secure the release of the two Sabahans.

Along this lines, I therefore call upon the government to beef up security especially in the east coast so that this same incidents will not happen again.

The livelihood of the people living along the coastline in the east coast are being threatened each day due to the known activities of hijacking by terrorist groups that operate in the southern Philippines who encroached into Malaysia territory to carry out their inhuman and ghastly activities.

The government must make it their topmost priority to provide maximum security so that people in east coast will be able to carry out their daily activities in peace and harmony.

I would like to add that the police had been hiding the fate of the hostage from the public all this while. When I asked in parliament about the hostages the answer that I got is that they are still in Malaysia territory. Any way I am sure that the government had been doing their best to secure the release of the hostages.

HALALKAN SAHAJA IC PROJEK MILIK PATI?



Saudara Pengarang,

WALAUPUN Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) mengemukakan alasan kukuh (melalui apa yang saya baca dalam Sabahkini.net) namun adalah mustahil bagi Kerajaan Malaysia mengulangi tindakan drastik yang dibuat Jabatan Pendaftaran Negara apabila menarik balik semua kad pengenalan yang dikeluarkan kepada 16,693 orang pada 1996, namun jumlah PATI yang mendapat kad pengenalan Malaysia melalui JPN Sabah kini sudah mencecah lebih 1.5 juta orang?

Bukankah nanti akan mencetuskan huru-hara kerana majoriti mereka menjadi ‘Fixed Deposit’ dalam UMNO dan BN dan ketika itu di manakah kedudukan kita sebagai ‘Anak Jati Sabah’ kerana jumlah kita tidak sampai 800,000 orang daripada 3.4 juta penduduk Sabah?

Mengharapkan Polis dan Pasukan Keselamatan? Ramai anak PATI yang mendapat kad pengenalan ini sudah menjawat jawatan tinggi dalam Polis, Tentera, Rela, APMM dan sebagainya; apatah lagi polis Sabah tidak sampai 20,000 orang.

Saya bimbang, mungkin kita terpaksa ‘HALALKAN’ sahaja PATI ini kerana kita tidak ada cara untuk membasmi mereka sehingga ke akar umbi disebabkan Kerajaan BN tidak mempunyai ‘Political Will’ untuk membasmi mereka, sebaliknya semakin menyuburkan mereka sehingga ada yang sudah menjadi Adun.

Cukup hebat rakyat Sabah berjuang selama ini untuk mengatasi masalah yang sudah berlarutan selama tiga dekad, namun tidak menampakkan sebarang hasil kerana seolah-olah pihak berkuasa buta sekalipun Mutalib M.D telah menghasilkan begitu banyak buku yang membongkar isu PATI, namun mereka terus diberi suaka politik.

Untuk membatalkan semua kad pengenalan yang dikeluarkan adalah mimpi dalam mimpi kerana tidak mungkin kerajaan BN menggigit jari mereka yang memangkah BN dalam setiap pilihanraya sehingga BN semakin kukuh di Sabah.

Sedangkan desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja pun dipandang sepi oleh Kerajaan BN dan Kabinet Negeri Sabah dan tidak ada Ahli Parlimen BN yang berani membawa isu penubuhan dan menjayakan usul Penubuhan Suruhanjaya Di Raja. Hanya salakan kosong daripada pembangkang yang hanya sekali sekala disiarkan akhbar, secara ala kadar.

Jadi saya melihat perjuangan Bumburing adalah perjuangan sia-sia kerana beliau ibarat membakar jambatan sedangkan beliau juga memerlukan undi PATI untuk memenangi Parlimen Tuaran pada pilihanraya umum akan datang.

Sebagai anak jati Sabah, saya juga malu kerana terpaksa membiarkan PATI menjadi rakyat Malaysia dengan menggunakan JPN Sabah, namun apa daya saya kerana saya hanya ada satu undi!

Dalam keadaan terpaksa saya tidak mempunyai pilihan selain akur kepada senario politik masa kini dan terus kekal di dalam UMNO kerana pembangkang tidak mungkin berjaya menumbangkan BN selagi isu PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang ini dilindungi pihak berkuasa.

Salam Hormat,

AZIZUL SANARUL @ AJIJUL

(NOTA: Azizul ialah Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna yang selama ini menentang dasar BN yang mengutamakan PATI namun terpaksa kekal di dalam UMNO untuk memeranginya daripada dalam).

Wednesday, December 22, 2010

DUA TEBUSAN SEBANGKAT DIBEBASKAN PAGI TADI



Oleh: MUTALIB M.D

DUA orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna pada 8 Februari 2010, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau, telah berjaya dibebaskan pada jam 6.15 pagi tadi atas usaha gigih Gabenor Tawi-Tawi, Hadji Sadikul Adalla Sahali.

Ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi, sejurus selepas membuat Persidangan Akhbar pada jam 10 pagi tadi, Sadikul berkata kedua-dua tebusan berkenaan dalam keadaan sihat walaupun agak lemah kerana kekurangan zat makanan, tanpa sebarang kecederaan.

“Kedua-dua mereka telah sampai ke Tawi-Tawi pada jam 6.15 pagi sebelum di bawa ke Lapangan Terbang Sanga-Sanga untuk diterbangkan ke Manila sebentar lagi. Saya telah membuat persidangan akhbar sebentar tadi. Syukur Alhamdulillah, isu tebusan ini telah berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Sadikul yang memaklumkan mangsa akan diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Manila lewat petang nanti.

Dalam pada itu, keluarga mangsa yang dihubungi Sabahkini.net terharu dan amat gembira mendengar berita pembebasan tebusan berkenaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada peranan yang dimainkan Sabahkini.net selama ini.

“Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gabenor Sadikul dan Setiausaha DILG JCM Roberdo dan Mantan Juruperunding yang telah bertungkus lumus berusaha membebaskan keluarga kami,” ujar Chung yang tidak sabar lagi untuk menyambut kepulangan keluarga mereka.

Berita lanjut akan menyusul.

Sunday, December 19, 2010

BUMBURING MENONGKAH ARUS MENENTANG PATI?



Oleh: MUTALIB M.D

EKORAN daripada cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekiranya benar wujud pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah diberikan dokumen pengenalan diri Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) telah menerima cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti setelah menyerahkan ‘Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’ kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Abu Seman Yusof pada 16 Disember 2010, genap enam bulan selepas cabaran diberikan.

Berikut adalah Wawancara Penuh Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D dengan Ahli Parlimen Malaysia (P 170 Tuaran) yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 16 Disember 2010.

MUTALIB M.D: Selamat Petang Datuk Seri. Saya dimaklumkan sebentar tadi Datuk Seri telah menyampaikan Memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri selaras dengan janji Datuk Seri kepada Dato’ Seri Hishamuddin pada 16 Jun 2010. Kenapa Datuk Seri mengambil masa agak lama untuk mengemukakan bukti berkenaan.

BUMBURING: Ya selamat petang dan terima kasih kerana kesudian Sabahkini.net memfokuskan isu yang amat penting ini kepada Sabah dan rakyatnya sejak lebih 30 tahun lalu. Sebenarnya enam bulan bukanlah masa yang panjang untuk menghuraikan masalah dan mencari bukti bagi menyelesaikan isu yang telah berakar umbi selama lebih daripada tiga dekad. Setelah berbincang dengan Panel Peguam UPKO dan beberapa pakar rujuk, inilah salinan memorandum, sama seperti yang telah saya serahkan kepada Dato’ Wira Abu Seman kerana Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir (menyerahkan sesalinan memorandum setebal 122 muka surat untuk rujukan sepintas lalu).

MUTALIB M.D: Kenapa Datuk Seri namakan ‘Memorandum ini sebagai Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’. Jika kerajaan sudah berikan, bagaimana mereka mahu membatalkan?

BUMBURING: Tajuk itu dipilih secara rigid dan itulah hasrat tulus dan sucihati semua rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan membatalkan semua dokumen pengenalan diri yang diberikan secara tidak sah kepada PATI. Mengikut undang-undang dan hukum alam, jika mereka boleh memberi, maka mereka boleh membatalkannya. Kita harap agar Kerajaan Persekutuan dan Kabinet Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membatalkan semua dokumen ini secara mandatori dan tidak berdalih lagi kerana segala bukti telah saya serahkan.

MUTALIB M.D: Datuk Seri menggunakan terma ‘Skandal X-Files’ iaitu sinonim yang saya gunakan dalam buku saya ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’; apakah maksudnya sama atau ada maksud lain?

BUMBURING: Ya, pandangan kita hampir sama tetapi ada perbezaan yang ketara dari segi makna dan tafsirannya. Skandal X-Files bagi saya merujuk kepada ‘Gerakan Subversif’ kumpulan tertentu, sama ada dengan arahan atau secara bersendirian; mempengaruhi pihak berkuasa (Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri) untuk menjalankan gerakan secara besar-besaran; mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing yang boleh disewa untuk tujuan politik; tetapi menggunakan modus operandi yang bercanggah atau menyimpang daripada kehendak Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik dan menjadikan PATI yang boleh mengundi (setelah memperolehi kad pengenalan atau dokumen pengenalan sementara) sebagai ‘Fixed Deposit’ sehingga menafikan hak Anak Negeri Sabah yang tulen.


‘Skandal X-Files’ ini lebih dasyhat daripada ‘Skandal Watergate’ yang pernah berlaku di Amerika kerana skandal di Malaysia ini melibatkan rahsia, maruah dan kedaulatan ngara dan isu ini bukan rahsia lagi setelah saudara dan rakyat Sabah yang lain telah membentangkan hujah berhubung isu ini dalam buku beberapa buah buku yang telah dicetak dan dijual kepada umum.

Memorandum ini melambangkan niat ikhlas, sucihati dan bersatupadu seluruh Warga Sabah terutama anak cucu kepada mereka yang telah memperjuangkan Kemerdekaan Sabah daripada British yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, namun hak mereka sebagai pewaris telah dipinggirkan Kerajaan Barisan Nasional dengan merekrut warga asing sebagai ‘Anak Negeri’ dan ‘Pengundi’.”

MUTALIB M.D: Bukankah tindakan ini ibarat menongkah arus kerana Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen yang mewakili BN dan tidakkah boleh dibincangkan di peringkat Jawatankuasa atau dibahaskan di Parlimen?

BUMBURING: Saya dan Ahli Parlimen (Sabah) sebelum ini telah cuba untuk mengetengahkan isu ini termasuk membuat usul dan pertanyaan lisan atau bertulis, namun kesuntukan masa dan halangan birokrasi menyebabkan isu ini terperam begitu lama di parlimen. Pertanyaan demi pertanyaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat belum pernah dijawab secara saksama oleh Menteri Dalam Negeri; termasuklah pertanyaan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Radin Malleh pada 14 November 1995 berhubung Ops Gembleng tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.

Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, saya berhak untuk menyampaikan amanat rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak terniat sama sekali untuk mengkritik atau menentang dasar Kerajaan Persekutuan.

Apa yang berlaku hanya penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian; seperti juga Skandal Pasport dan Pas Lawatan yang menggemparkan negara kita apabila Ketua Pengarah dan Timbalannya didakwa atas tuduhan rasuah. Bezanya, semua pegawai JPN yang terlibat dengan Ops Gembleng hanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan rahsia tersebut terpendam begitu sahaja.

MUTALIB M.D: Apakah yang menyebabkan Datuk Seri terfikir untuk mengemukakan memorandum setebal 122 muka surat yang dilengkapi bukti kepada KDN sedangkan Ahli Parlimen sebelum ini hanya menghantar sekeping surat atau membahasnya secara terbuka tanpa menyentuh ‘rahsia besar’ yang cuba disembunyikan kerajaan selama ini?

BUMBURING: Saya membuat memorandum ini agar Kerajaan Malaysia membatalkan semua kad pengenalan projek yang telah diberi secara curang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan generasi pertama, kedua dan seterusnya sejak 1972 sehingga kini kerana ia mencabul Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Saya berpendapat Kad Pengenalan biru yang menjadi asas kepada pemberian MyKad yang diproses oleh ‘Sindiket X-Files’ Kerajaan, sama ada dengan izin atau tanpa pengetahuan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara adalah mengancam keselamatan negara dan wajar dirampas daripada mereka untuk digantikan dengan dokumen pengenalan diri yang sesuai (kad pengenalan hijau atau merah-mengikut kesesuaian) bagi menjaga dan memperkasa Kedaulatan Malaysia.

MUTALIB M.D: Apakah asas untuk Datuk Seri membuat ‘pendakwaan’ terbuka terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu kad pengenalan palsu, projek atau dokumen pengenalan sementara yang Datuk Seri dakwa diberikan secara curang kepada PATI?

BUMBURING: Sebagai Penggubal Undang-Undang di Parlimen, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan merujuk kepada Bahagian 3, Bab 1, Fasal 14, 15, 16, 18, 19 dan 22 Perlembagaan Persekutuan dan Instrument (Peraturan Pendaftaran) Jabatan Pendaftaran Negara dengan jelas menyebut cara Perolehan Kewarganegaraan. Oleh itu, sebarang penyimpangan atau pencabulan terhadap klausa dan fasal di atas bercanggah dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan secara mutlak bahawa; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”

Pada pendapat saya, isu Kanun juga melibatkan 20 Perkara yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia dan wajar dipatuhi semua pihak terutama Perkara 6 dan 10 yang menyentuh isu kuasa Imigresen dan Kerakyatan;

Point 6: Immigration:

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

* a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

* b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

* c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen[8]

Jika Perkara 6 (20 Perkara) masih diterima pakai sehingga kini, kenapa Perkara 10 tidak dikuatkuasakan? Cuba kita lihat betapa kukuhnya Perkara 6 daripada intipati 20 Perkara yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Malaysia.


Setiap ‘Orang Malaya’ (termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kabinet) dikehendaki dari segi undang-undang untuk mengisi borang khas IMM 114-Pindaan 1/86 ketika memasuki Sabah melalui pintu imigresen yang sah.

Ini menandakan Sabah mempunyai ‘Dasar Imigresen’ yang tersendiri. Sekiranya mereka tidak mahu mengisi borang ini, maka mereka hendaklah menunjukkan Pasport Antarabangsa Malaysia atau Pasport Terhad untuk dicop sebagai kebenaran memasuki Sabah secara sah. Pemegang pas masuk ini hanya boleh tinggal selama 3 bulan di Sabah sekalipun beliau rakyat Malaysia.

MUTALIB M.D: Boleh Datuk Seri ceritakan latar belakang isu kerakyatan songsang yang dimaksudkan agar rakyat Sabah termasuk Adun dan Ahli Parlimen lebih faham?

BUMBURING: Isu ‘Kerakyatan Songsang’ di Sabah telah menjadi ‘Open Secret’, bukan sahaja di kedai kopi malah telah dibahaskan secara meluas, bukan sahaja di media masa, Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Parlimen; malah ke Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Istana Negara.

Sekalipun dibuat secara terancang melalui ‘Skandal X-Files’ untuk tujuan politik bagi meramaikan pengundi dalam usaha melakukan ‘Coup De-taat’ (Kudita atau rampasan kuasa) politik daripada rakyat tulen Sabah; namun kecintaan terhadap ibu pertiwi, rakyat Sabah menyuarakan keluhan mereka melalui Adun dan Ahli Parlimen, termasuk saya.

Senario ini menampakkan kebimbangan mereka terhadap ‘Virus PATI’ yang disuntik ke dalam sistem sosial di Sabah (kini menjalar ke seluruh Malaysia); sehingga berlaku perampasan hak mutlak mereka iaitu ‘kuasa undi’ yang berkuasa menentukan atau menjatuhkan kerajaan yang mereka pilih.

Walaupun tidak ada angka rasmi yang dapat diberikan, namun jumlah mereka kini sudah melebihi sejuta orang kerana berdasarkan jumlah kad pengenalan biru yang dikeluarkan kepada PATI sebanyak 322,903 dengan anggaran kasar setiap seorang daripada mereka memperolehi empat orang anak sejak memperoleh kerakyatan songsang.

Jumlah ini tidak termasuk mereka yang datang secara sah, tetapi tinggal di negara ini secara tidak sah setelah pas lawatan mereka tamat tempoh dan bersembunyi di koloni setinggan dan di kampung terpencil atau di pinggir bandar dengan menumpang di rumah saudara mara mereka yang telah mendapat ‘Suaka’ politik.

Ketidak cekapan sistem pemantauan kerajaan menyebabkan jumlah mereka semakin ramai dan boleh mengancam keselamatan negara.

MUTALIB M.D: Bukankah Menteri Dalam Negeri telah menafikan isu yang Datuk Seri bangkitkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010 berhubung kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara yang mengesahkan bahawa ‘tiada MyKad telah diberi kepada pendatang haram atau orang yang tidak mempunyai status warganegara. Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi kenapa Datuk Seri mengemukakan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri?

BUMBURING: Sejajar dengan pelawaan Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan lisan saya untuk mengemukakan bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan MyKad dan memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada beliau untuk disiasat dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan.

Berlandaskan Prinsip ‘Natural Justice’ yang diselaraskan dengan jaminan hak asasi sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebagai Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), saya mengemukakan memorandum ini untuk pertimbangan saksama dan penyelesaian khusus ‘Kerajaan Malaysia’ melalui Kementerian Dalam Negeri berdasarkan bukti yang dihuraikan secara ringkas dalam memorandum ini.

MUTALIB M.D: Bolehkah Datuk Seri ceritakan serba ringkas berhubung kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah dan apakah bukti yang Datuk Seri ada untuk mengesahkan kejadian subversif ini?

BUMBURING: Seperti yang saudara tahu, isu kerakyatan songsang ini bermula sejak 1972, namun hanya pada 1999, wujud bukti bertulis yang dihasilkan rakyat Sabah kerana mereka begitu serius mengkaji dan mengumpul bukti ‘Skandal X-Files’ yang berlaku di Sabah selama ini, namun dinafikan Kerajaan Barisan Nasional.

Dakwaan paling berasas adalah buku yang saudara tulis termasuk ‘IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah’ pada 1999 dan diikuti dengan buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ yang diterbitkan sekitar November 1999; serta buku ‘IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir’ yang diterbitkan pada Disember 2006; ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ yang diterbitkan pada 2007.

Mantan Tahanan ISA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga telah menerbitkan buku ‘Justice For Sabah’; Aktivis Masyarakat, Dr Chong Eng Leong pula menghasilkan buku ‘Lest We Forget’ dan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Wilfred Madius Tangau juga menerbitkan kompilasi ucapan beliau berhubung PATI iaitu ‘Suara Parlimen Anda.’

Kesemua buku ini adalah rakaman peristiwa sebenar daripada apa yang berlaku di Sabah sejak 1972 hingga kini kerana dipercayai Sindiket Kad Pengenalan Projek masih berleluasa di Sabah melalui beberapa modus operandi.

Sekalipun sekatan dan pemantauan dilakukan; namun agitasi politik menyebabkan isu ini tidak dapat dipadam dengan mudah kerana ‘Api Kemarahan’ sudah merebak ke relung hati rakyat tulen Sabah yang marah dan menyimpan dendam kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Barisan Nasional.

Istilah ‘Fixed Deposit’ yang diguna pakai pemimpin Persekutuan setiap kali berucap di Sabah menambah garam ke luka di hati rakyat yang semakin bernanah kerana istilah tersebut merujuk kepada ‘penyokong tegar’ Barisan Nasional yang terdiri daripada PATI yang memperoleh kerakyatan secara songsang; yang dijadikan modal setiap parti politik di Sabah untuk meraih sokongan rakyat tempatan.

Bagi majoriti rakyat tulen Sabah, termasuk saya sendiri; sebagai seorang penggubal undang-undang merasa malu apabila isu ini ditimbulkan berulang kali di Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Parlimen; namun tidak ada sebarang penyelesaian dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang telah berjanji untuk menjaga Kedaulatan dan Keselamatan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.

Saya ingin mengitar semula beberapa bukti penting yang diberi nafas baru dan mengemukakan beberapa bukti baru yang mengesahkan bahawa dakwaan Kerajaan Persekutuan menanam ‘bom jangka’ di Sabah memang benar iaitu melalui kehadiran lebih SATU JUTA PATI yang ditulenkan melalui penganugerahan kad pengenalan projek yang mempunyai nombor siri tertentu.

Faktor angka bukanlah isu penting, tetapi ketegasan, ketelusan, ketulusan dan keikhlasan Menteri Dalam Negeri membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang berlarutan sejak lebih tiga dekad lalu, yang bukan sahaja diabaikan, malah dibiarkan berleluasa oleh beberapa Menteri Dalam Negeri yang lalu; amat diharap dan dialu-alukan oleh seluruh rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan bangga menjadi Rakyat Malaysia dan ingin terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional.

MUTALIB M.D: Bukankah kesemua bukti yang Datuk Seri nyatakan tadi tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak mampu berinteraksi dengan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab apa juga kemusykilan. Apakah ada bukti lain yang lebih dominan?

BUMBURING: Memang Ada. Setelah saya dan jentera pentadbiran saya menjalankan kajian di seluruh Sabah, dengan sokongan dan dukungan ramai NGO dan orang perseorangan, saya ingin mengemukakan bukti sah kewujudan PATI dan bukti PATI memiliki kad pengenalan Malaysia melalui jalan songsang.

Sekalipun Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti telah mengadakan siasatan awal dengan memanggil beberapa pihak (termasuk saudara) untuk memberi keterangan, namun mereka tidak mempunyai Locus-standi dan status-quo untuk mengambil tindakan menurut lunas undang-undang.

Bukti yang dikemukakan bersama ini adalah ‘Tips of Iceberg’ yang boleh diguna pakai oleh KDN untuk menjalankan siasatan terperinci dan mendakwa dalang di sebalik ‘Sindiket X-Files’ ini menurut undang-undang sebagaimana yang dijanjikan Menteri Dalam Negeri melalui jawapan pertanyaan lisan di Parlimen.

Semua salinan dokumen yang disertakan bukanlah rahsia bagi rakyat Sabah yang setiap hari hidup dalam keadaan ketakutan kerana sentiasa dibayangi PATI yang bersikap rakus dan ganas sekalipun telah diberi peluang menjadi rakyat Sabah (Malaysia) melalui pemberian kad pengenalan yang mempunyai huruf keramat ‘H’.

Sabah yang menjadi sasaran ‘Skandal X-Files’ terpaksa menanggung beban sosial, ekonomi dan politik secara bersendirian kerana hanya Sabah menjadi sasaran ‘Tokoh Politik’ Nasional yang ingin merampas kuasa rakyat dan mengekalkan kuasa selagi terdaya sehingga enggan mendengar keluhan rakyat Sabah yang disampaikan melalui Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sejak 1972 lagi.

Lanjutan daripada hasrat melambung rakyat Sabah, saya menerima cabaran Menteri Dalam Negeri dan ingin mengemukakan bukti yang boleh dijadikan rujukan untuk mencari formula yang berkesan bagi menangani masalah kerakyatan songsang di Sabah yang didakwa melibatkan campurtangan Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Saya bersedia membawa salah seorang daripada 15 Mantan Pegawai Jabatan Pendaftaran Sabah, Yakub Damsah, yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sebelum ini memberi keterangan di dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ kerana rakyat mempercayai dalilnya.

Yakub bersedia menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar 1991 sehingga 1994.

Sebagai bekas pegawai kerajaan, Yakub mendakwa Kerajaan Persekutuan menjadikan mereka kambing hitam untuk menghalalkan ‘jenayah’ yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayub.

Yakub mendakwa bahawa mereka telah dikerah untuk mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan biru melalui misi khas namun tidak tahu kepada siapa kad pengenalan biru yang mereka tandatangani diberikan.

Selain Yakub, Mantan Tahanan ISA, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat juga bersedia memberi keterangan; sekalipun Jabar telah memberi keterangan di hadapan ‘Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti’ yang dipengerusikan Tan Sri Bernard Dompok pada 26 Februari 2007 di Dewan Parlimen.

Manakala, 14 orang lagi mantan Pegawai Pendaftaran Negara yang dilucutkan jawatan selepas dibebaskan daripada tahanan ISA juga bersedia memberi keterangan jika diperlukan atau mereka boleh disapena jika KDN benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini dengan memanggil mereka yang terdiri daripada;

01) Hamzah Tim

02) Asli Sidup

03) Balasius Balajin

04) Mohd Tohid Mohamad

05) Mohd Nasir Sungip

06) Ibnu Ham Tajur Arifin

07) Ishak Yusof Apok

08) Azmi Karim

09) Juliah Damsah

10) Mohd Razali Samin

11) Jumahat Taripin

12) Abdul Rauf Sani

13) Zakaria Ahmad

14) Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil

Saksi bergerak (15 bekas pegawai JPN) yang boleh bercakap ini lebih baik daripada semua dokumen yang dipaparkan di dalam semua buku yang dihasilkan para penulis di Sabah kerana boleh berinteraksi secara bebas dan boleh mengemukakan alibi yang melampaui keraguan munasabah.

MUTALIB M.D: Selain Yakub dan 14 bekas Pegawai JPN, siapakah lagi yang boleh memberikan bukti berasaskan peruntukan undang-undang?

BUMBURING: Saya telah menghubungi Mantan Ketua Daerah Sandakan dan Mantan Tahanan ISA, OKK Hassnar MP Ebrahim, namun beliau hanya bersedia mendedahkan ‘Skandal X-Files’ di mahkamah kerana beliau pernah menolak apabila dijemput oleh Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti kerana beranggapan sebagai ‘membuang masa’ disebabkan tidak yakin dengan kredibiliti jawatankuasa khas berkenaan yang tidak mempunyai Locus-Standi.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 1999, Hassnar mendedahkan bahawa beliau telah diarah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menemui Datuk Megat Junid Megat Ayub untuk mengambil borang memproses kad pengenalan untuk merekrut warga asing Filipina dan Indonesia dengan tujuan untuk meramaikan pengundi Islam setelah Harris membayar sejumlah RM2 juta kepada Megat Junid untuk tujuan berkenaan.

Hassnar turut mengulangi dakwaannya dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ di halaman 435, bahawa beliau sangat berharap agar dakwaannya bahawa isteri Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hassan Alban Sandukong yang bernama Datin Nurfideri sebagai ‘Datin Pendatang Haram’ dapat disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

MUTALIB M.D: Selain daripada saksi-saksi yang Datuk Seri sebut tadi, siapakah lagi yang bersedia memberi keterangan jika diminta KDN?

BUMBURING: Saya tertarik dengan pendedahan seorang saksi daripada Telupid iaitu Kamaruddin Omar yang telah mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Saya telah berjaya menghubungi Kamaruddin dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan serta bukti bahawa ramai PATI India memperolehi kad pengenalan projek, termasuklah Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru.

Selama ini modus operandinya hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah. Kata Kamaruddin, Mohd Ansar Maidin (pemegang pasport India) ialah bekas pekerjanya (sebagai pembuat roti canai) di sebuah restoran di Papar.

Kamaruddin sedia memberi keterangan di Parlimen atau Mahkamah dan mendakwa boleh mengenali lebih daripada 80 peratus India yang berada di Sabah adalah Pendatang Haram India yang mendapat kad pengenalan melalui DPIM dan modus operandi lain.

Selain, Kamaruddin, seorang bekas Tahanan ISA, Mohd Kasir Abdulini merupakan Bugis yang berasal daripada Indonesia dan mendapat kad pengenalan melalui jalan songsang dan telah menjadi salah seorang ‘Watak’ penting untuk merekrut PATI melalui modus operandi Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS). Beliau turut diberkas dan ditahan di bawah ISA bersama 24 orang awam lain yang terlibat dengan ‘Skandal X-Files’.

Melalui Modus Operandi tersebut, mereka menggunakan borang keahlian PKBS ini, mereka mengambil cap jari dan gambar semua PATI untuk dibuatkan kad pengenalan biru; sedangkan di bawah Akta Pertubuhan 1960 semua persatuan dilarang menggunakan borang yang mengambil cap jari ahli untuk sebarang tujuan.

Pada mulanya hanya untuk PATI Indonesia, namun akhirnya semua PATI termasuk INDIA dan PAKISTAN juga menggunakan borang PKBS untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Kasir menyimpan puluhan ribu data PATI yang telah mendapat kad pengenalan biru melalui beliau dan sebahagiannya ada dipaparkan dalam memorandum ini.

Ramai di antara mereka yang mendapat kad pengenalan biru melalui Modus Operandi ini sudah menjadi jutawan dan ahli politik terkenal di Sabah; sehingga mereka berjaya menubuhkan cawangan UMNO, menjadi Ketua Cawangan, AJK Bahagian; malah ada yang sudah menjadi Adun.

MUTALIB M.D: Kesemua saksi yang Datuk Seri nyatakan tadi hanyalah orang awam atau bekas pegawai atau mereka yang tidak mempunyai bidangkuasa atau locus-standi untuk menentusahkan sesuatu dokumen. Adakah saksi lain yang boleh dipercayai boleh memberi keterangan bahawa Virus PATI begitu meruncing di Sabah.

BUMBURING: Saya rasa semua pegawai penguatkuasa boleh dijadikan saksi untuk memberikan keterangan bersumpah terutama seorang pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang telah membuat laporan polis berhubung tangkapan yang telah mereka buat terutama yang telah dibebaskan Jabatan Imigresen Malaysia tanpa didakwa di mahkamah.

Kebanyakan PATI yang ditangkap APMM menggunakan dokumen palsu dan dokumen yang dikeluarkan Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK atau Ketua Anak Negeri yang memberikan pelbagai pengesahan dengan bayaran tertentu. Ramai di antara yang diberkas APMM menunjukkan dokumen daripada Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah, sedangkan unit berkenaan bukanlah Jabatan Imigresen. Ada di antara mereka menggunakan surat pengesahan tersebut selama berpuluh tahun. Apabila tertangkap, mereka dibebaskan dengan syarat sanggup membayar sejumlah wang

MUTALIB M.D: Bagaimana pula di pihak Kerajaan Negeri Sabah. Adakah Datuk Seri akan memanggil mereka untuk memberi keterangan atau membantu Datuk Seri menonjolkan bukti yang diperlukan untuk menyokong dakwaan Datuk Seri?

BUMBURING: Jika KDN benar-benar ini menyelesaikan isu pemberian PR kepada pelarian Filipina di Sabah, mereka wajar memanggil salah seorang menteri kabinet Sabah iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Ebin untuk memberi keterangan kerana Kabinet Sabah membantah pemberian MyPR kepada pelarian Filipina di Sabah yang sebelum ini memegang IMM13.

Dalam kenyataan akhbarnya di Utusan Borneo (Sabah), pada 3 September 2007, Ewon meminta agar rakyat Sabah tidak perlu risau berhubung dakwaan pembangkang bahawa pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pemegang IMM13 disokong Kerajaan.

Kata Ewon, Kabinet Negeri Sabah dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman telah membantah cadangan Kerajaan Persekutuan mem-berikan taraf PR itu.

"Dakwaan pembangkang hanya merupakan dakyah politik yang sengaja dibesar-besarkan semata-mata menarik perhatian rakyat agar membenci kerajaan yang memerintah, apa lagi pada saat menjelang pilihanraya," kata Ewon.

Menurut Ewon, jika Kerajaan Sabah menentang pemberian PR kepada pelarian, maka apa lagi yang perlu dirisaukan kerana kerajaanlah yang berhak dan perlu didengar untuk menangani masalah tersebut.

Keterangan Adun Paginatan ini bercanggah dengan apa yang berlaku sekarang kerana puluhan ribu pemegang IMM13 telah mendapat atau diberikan MyPR yang membolehkan mereka menetap di Sabah secara bebas kerana sebelum ini mereka perlu memperbaharui IMM13 mereka setiap tahun. Apa terjadi dengan IMM13 mereka?

MUTALIB M.D: Ada siapa lagi atau dokumen yang Datuk Seri ingin tunjukkan bagi membuktikan bukti wujudnya PATI yang mendapat MyKad atau dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah?

BUMBURING: Semua dokumen atau bukti ada dalam Memorandum ini tetapi banyak yang sulit dan tidak dapat disiarkan kerana melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan. Namun ramai saksi lain dan bukti lain yang boleh didedahkan; terutama mereka yang disyaki memegang dokumen palsu atau projek berkenaan untuk menjawat pelbagai jawatan termasuk Adun. Sebelum ini dua orang PATI Filipina tampil dan membuat pengakuan bahawa mereka memang PATI dan mendapat kad pengenalan projek iaitu Fuad Arif dan Tamskie A Said.

Saya ingin tegaskan bahawa masih ramai PATI di Sabah yang menggunakan dokumen Unit Penempatan JKM, IMM13 palsu dan MyPR palsu yang didalangi sindiket, sekali bukan pada skala besar seperti di era 90-an. Keadaan lebih parah ketika pilihanraya kerana ramai PATI turun atau diupah untuk membuang undi menggunakan resit kad pengenalan sementara atau MyKad yang hanya dikhususkan untuk mengundi. Ramai daripada mereka mengundi lebih daripada sekali di tempat yang sama atau berasingan dengan menggunakan kad pengenalan yang berlainan.

Sebagai contoh, Mohd Hassan Ambotuo yang dilantik menjadi Ketua Kampung Sinar Baru, Sandakan merupakan PATI daripada Indonesia yang sebelum ini bekerja di kem pembalakan. Nama sebenarnya Lahassan Bin Cupak iaitu nama dalam pasport asal dan Kartu Tetap Penduduk Indonesia. Pada 1984 mendapat kad pengenalan H0327140 tetapi berkongsi dengan orang lain sebelum mendapat MyKad 430204-12-5295 yang digunakan untuk menjadi Ketua Kampung.

MUTALIB M.D: Ketika menjalankan kajian, adakah Datuk Seri sedar bahawa banyak Pusat Penempatan Pelarian Filipina yang ditinggalkan UNHCR telah digunakan sebagai Kampung yang dilengkapkan dengan segala prasarana oleh Kerajaan BN dan kebanyakan bekas pelarian masih menetap di kampung berkenaan.

BUMBURING: Mengikut rekod tidak rasmi seramai 60,000 pelarian masih berada di Sabah, namun jumlah mereka semakin bertambah sekalipun ramai di antara mereka yang telah memiliki MyKad. Pasukan Petugas Khas Persekutuan mengadakan banci setiap tahun sekalipun penduduk di kampung pelarian tidak lagi menggunakan IMM13.


Kebanyakan bekas pelarian Filipina ini masih tinggal di Pusat Penempatan Pelarian yang pernah dibina oleh UNHCR sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan merah (MyPR) dan MyKad.

Saya agak terkejut kerana di setiap rumah bekas pelarian ini terdapat kertas banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan (Task Force) sedangkan kesemua mereka telah memiliki MyKad atau MyPR, baik melalui saluran sah atau jalan songsang. Kenapa Task Force masih mahu banci sedangkan mereka sudah mendapat kad pengenalan, melainkan IMM13 yang mereka miliki sebelum ini telah digantikan dengan penama baru seperti yang didakwa ramai pihak.

MUTALIB M.D: Semasa Datuk Seri dan pembantu menjalankan kajian, adakah pernah bertemu dengan sesuatu senario yang membahayakan keselamatan awam dan memudaratkan kedaulatan Sabah?

BUMBURING: Memang tidak dinafikan kami berhadapan dengan pelbagai masalah di kawasan setinggan yang dihuni PATI kerana mereka was-was untuk memberikan kerjasama dan kebanyakannya dikuasai pengedar dadah dan penyeludup seolah-olah kawasan tersebut bukan terletak di Sabah kerana tiada penguatkuasaan. Syabu dan dadah serta rokok haram dijual secara terbuka. Orang saya mengalami kesukaran untuk memasuki Pulau Jampiras yang dihuni oleh bekas pejuang Moro kerana kebanyakan mereka bersenjata automatik dan seolah-olah berada di negara asal mereka. Anehnya mereka memiliki MyKad dan bebas keluar masuk ke Sabah, hatta ke Semenanjung Malaysia tanpa pemeriksaan Imigresen. Sungguh istimewa.


Mengikut maklumat yang saya terima, Kerajaan Persekutuan telah mengumpul pejuang MORO di Pulau Jampiras, Sandakan untuk dilatih dan dihantar kembali ke negara mereka untuk memperjuangkan autonomi di Selatan Filipina. Namun sehingga kini mereka masih berada di Jampiras dan diberikan kad pengenalan projek. Bagaimana nasib generasi kita kelak kerana mereka bersenjata sedangkan kita hanya berbangga dengan gelaran ‘Anak Negeri’?

MUTALIB M.D: Apakah kesan jangka panjang kehadiran PATI dan apa yang telah dilakukan rakyat Sabah selama ini untuk menampan ledakan PATI yang semakin membimbangkan?

BUMBURING: Selama ini, rakyat Sabah, tanpa mengira fahaman politik, suku kaum atau anutan agama sentiasa berganding bahu memerangi Gejala PATI yang bermaharaja lela di Sabah, daripada protes lisan atau menghantar memorandum bertulis kepada Kerajaan, termasuk ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agong.

Protes senyap ini menunjukkan rakyat sudah muak dengan janji Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi Isu PATI di Sabah yang telah berlanjutan selama tiga dekad sehingga memaksa seorang akauntan, Joshua Kong menjadi NGO yang aktif memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dengan memakai selendang yang bertulis ‘Illegal Government Must Go’, iaitu merujuk kepada tindakan menggunakan PATI sebagai pengundi!

Cabaran paling besar ialah generasi baru PATI yang dilahirkan di Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tanpa pendidikan dan terbiar merupakan bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa, terutama setelah mereka membesar atau melakukan jenayah ketika masih juvana. Mereka ini telah menjadi ancaman besar kepada sistem sosial di Sabah yang semakin tidak keruan. Siapakah yang akan menyelamatkan generasi Sabah jika kita tidak memulakannya?

Anak Warga asing yang kebanyakannya PATI amat bertuah kerana mendapat pendidikan asas di Humana berbanding kanak-kanak kita di pedalaman yang belum mengenal huruf kerana sekolah terlalu jauh daripada kampung; sehingga mereka tercicir daripada persekolahan. Bertuahnya anak-anak PATI ini kerana dapat menghirup udara segar sabah sedangkan mereka (anak-anak PATI) yang tidak layak menjejakkan kaki ke Negara ini. Siapakah yang menghalalkan mereka tinggal dan membesar di Sabah?

MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, apakah pintu Imigresen kita ampuh untuk mengekang kemasukan berleluasa PATI terutama di Tawau, Sandakan, Kudat dan Sipitang?

BUMBURING: Pintu Imigresen kita yang bolos memudahkan PATI memasuki negeri Sabah tanpa sebarang masalah kerana kebanyakan Tekong Darat dan Tekong Laut terdiri daripada PATI yang telah mendapat kerakyatan tulen Sabah, namun masih berkiblat ke negara asal mereka demi memperjuangkan nasionalisme mereka.

Kita ambil contoh, dua orang PATI Filipina iaitu Komander Robot (Galib Andang) dan Mujib Susukan merupakan dua pelarian perang yang pernah ditahan di Kem Askar Di Segangan, Lahad Datu. Robot dan Mujib kemudiannya diberikan Pas Lawatan IMM22 yang membolehkan mereka bekerja dengan Pegawai Imigresen Lahad Datu, Michael Wong @ Zulkarnain sebagai penjaga ayam sabung. Selepas Zulkarnain meninggal dunia, Robot dan Mujib ke Kota Kinabalu menjadi penjual ikan di Pasar Ikan Kota Kinabalu dan pemandu bas mini setelah berjaya mendapat kad pengenalan projek daripada Kerajaan Berjaya. Robot dan Mujib mengetuai penculikan di Pulau Sipadan dan Pandanan, Semporna pada April 2000. Kini terdapat ratusan ribu mereka yang telah memperoleh kerakyatan Malaysia tetapi berkiblatkan Filipina dan meneruskan tuntutan politik ke atas Sabah.

MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah jalan untuk membatalkan MyKad atau MyPR yang telah dianugerahkan kepada PATI ini sedangkan mereka telah menjadi pemilih berdaftar dan ahli parti yang merupakan penyokong tegar BN. Tidakkah akan membahayakan kuasa politik BN kelak?

BUMBURING: Saduran surat ini (sambil mengunjukkan sekeping surat saduran) daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang menyenaraikan 16,693 kad pengenalan yang TIDAK DIIKHTIRAF, cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan boleh melakukan pembatalan jika mereka mahu menghapuskan kad pengenalan projek, namun jawapannya ada pada Menteri Dalam Negeri dan Kabinet Malaysia. Tindakan ini akan memberi kesan kegelinciran pengaruh BN, namun akan pulih dalam masa yang singkat.

MUTALIB M.D: Ada apa-apa lagi yang Datuk Seri ingin suarakan?

BUMBURING: Hak dan peluang yang saksama haruslah diberikan kepada saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) agar dapat memainkan peranan penting memperkasa perjuangan dan memantapkan perpaduan di kalangan rakyat Sabah melalui daya juang dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berwibawa, pragmatik dan praktikal kerana prihatin terhadap MASA HADAPAN dan SURVIVAL rakyat Sabah yang TERABAI dan TERPINGGIR dari segi hak dan kedaulatan ibu pertiwi selama ini.

Namun apapun yang kita usahakan atau lakukan untuk membasmi Gejala PATI dan kesannya, tidak akan menghasilkan kejayaan sekiranya tidak ada ‘Political Will’ yang merupakan kemuncak segala tindakan.

Wawasan Itu Penting Berbanding Matlamat Kerana Matlamat Adalah Suatu Tempoh Yang Pendek Sedangkan Wawasan Adalah Suatu Tempoh Yang Panjang.

MUTALIB M.D: Jika benar Datuk Seri ingin menyelesaikan isu ini secara tuntas, kenapa tidak heret Menteri Dalam Negeri Ke mahkamah untuk mendapat keadilan undang-undang?

BUMBURING: Buat masa ini belum ada pihak yang bercadang untuk melakukan tindakan drastik berkenaan kerana yakin isu ini dapat diselesaikan secara legislatif, administratif dan diplomatik. Jika semua menemui jalan buntu, mungkin ada pihak yang sudah merancang untuk mengheret Menteri Dalam Negeri ke mahkamah; tetapi buat sementara waktu, saya yakin Menteri Dalam Negeri ada kaedah penyelesaian terbaik. Kita Cuma perlu berikan masa kepada beliau untuk meneliti isu ini secara saksama.

MUTALIB M.D: Akhir sekali apa harapan Datuk Seri melalui Memorandum yang telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri?

BUMBURING: Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri atau Kabinet Malaysia dapat mempertimbangkan dan meluluskan memorandum ini demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan Sabah daripada Gejala Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat ‘Suaka Politik’ setelah memperoleh Kad Pengenalan Projek di luar lunas Perlembagaan Persekutuan. Memorandum ini merupakan ‘Amanah Rakyat Sabah’ kepada saya untuk disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara bijaksana dan penuh komited. Terima Kasih!