Search This Blog
Wednesday, December 31, 2008
APAKAH PTI MENJADI TABOO DI RTM?
WAWANCARA...Simon sedang diwawancara berhubung pandangan telusnya tentang Pendatang asing tanpa izin.
MUNGKIN isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) begitu taboo sehingga rakaman RTM untuk program 'Lambai Limbai' yang dijadualkan berjalan selama setengah jam disingkatkan kepada tidak sampai sepuluh minit?
Ramai panel yang dijemput tidak hadir terutama Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Pengarah Jabatan Imigresen, Pengarah Task Force, Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri Kabinet dan sebagainya, namun kehadiran dua tokoh daripada berlainan generasi yang pada mulanya bersemangat untuk meluahkan isi hati yang terbuku tidak kesampaian.
Atas sebab tertentu, setiap ahli panel hanya diajukan dua soalan walaupun pada program asalnya mereka akan ditanya sepuluh soalan setiap seorang membuatkan mereka terpinga-pinga apabila juruacara menanyakan soalan akhir sedangkan mereka belum bercakap tentang isu pendatang tanpa izin kerana hanya ditunjukkan visual Pulau Gaya.
Dua ahli panel yang terpilih ialah Naib Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun dan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi.
Bagaimanapun, Tan Sri Simon telah menyerahkan teks sebenar apa yang beliau ingin sampaikan agar rakyat Sabah yang akan menyaksikan program Lambai Limbai tidak menyalahkannya kerana tidak berkata benar disebabkan ruang dan peluang yang amat terhad diberikan kepada beliau.
Topik Temuramah:
Masih Ramai Pendatang Tanpa Izin di Sabah ……..Apa cerita?
Tarikh : 30 Disember 2008
Tempat : Segama Water Front,Belakang Hotel Hyatt, Kota Kinabalu
Masa : 10.00 pagi
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan bahawa apa yang saya nyatakan merupakan pandangan, pemerhatian, pendirian, persepsi dan pengalaman peribadi saya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Suhakam atau dipersetujui oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya yang lain.
2. Saya juga mengambil peluang ini menyatakan bahawa saya tidak pernah menyalahkan dan tidak berniat akan menyalahkan pendatang tanpa izin (PTI) yang berada di Sabah. Yang bertanggungjawab ialah pihak-pihak berkuasa yang membenarkan mereka masuk ke Sabah tanpa izin dan tidak mengikut kehendak undang-undang immigresen. Kalaulah saya seorang daripada mereka saya pun akan berbuat yang sama kerana bertujuan mencari kehidupan yang lebih senang, selesa, aman, makmur dan penuh dengan berbagai peluang.
3. Salah satu daripada tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab kerajaan ialah untuk memantau, mengawal dan mencegah kemasukan ke Sabah pendatang-pendatang tanpa izin bagi pihak rakyat. Misalnya di Filipina terdapat seorang rakyat Malaysia yang sudah dalam tahanan lebih 7 tahun tanpa bicara. Dia ditahan kerana diperlukan hanya sebagai seorang saksi. Undang-undang negara Filipina dikuatkuasakan dengan tegas. Kalau di Sabah ceritanya lain sekali terhadap ratusan ribu rakyat asing yang melanggar undang-undang immigresen tetapi bebas bergerak dalam Negeri Sabah.
BUKTI...Simon menunjukkan buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? karya Mutalib M.D yang mendedahkan terlalu banyak bukti tentang PTI.
4. Ada dua buku iaitu ‘IC Projek’ dan ‘Lelaki Malaysia Terakhir?’ yang ditulis oleh M.D. Mutalib mengandungi banyak maklumat dan latar belakang mengenai isu-isu PTI di Sabah. Kedua-dua buku itu juga mengenalpasti pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai peranan untuk mewujudkan masalah ini. Setahu saya pemimpin-pemimpin yang dikenalpasti itu tidak pernah menafikan peranan dan penglibatan mereka. Jadi saya tidaklah hairan kerajaan tidak bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja yang bebas bagi mengenalpasti siapakah yang sebenarnya mempunyai tanggungjawab dalam hal ini. Kalau tidak ada yang disembunyikan apa salah kalau siasatan secara telus dan terbuka dijalankan.
5. Malaysia tidak mengiktiraf Konvensyen mengenai status orang pelarian (refugees) 1951 dan Protokol mengenai orang pelarian 1967 dan lain-lain instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N) yang ada kaitan dengan orang-orang pelarian. Malaysia juga tidak pernah meluluskan undang-undang yang bertujuan melindungi orang-orang pelarian. Jadi sejauhmana Malaysia ada kaitan semua orang asing di negara ini yang tidak memiliki dokumen dianggap PTI.
6. Dengan adanya PTI di Sabah yang begitu ramai maka mereka telahpun menukar keadaan dan kedudukan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Bagi saya ‘reverse take-over’ sudah pun lama berlaku. Saya berharap tidak akan berlaku dimana Negara Filipina tidak perlu lagi menuntut Sabah kerana rakyatnya sudah begitu ramai yang berada disini dan soal menuntut itu tidak timbul lagi.
7. Menurut beberapa orang PTI yang datang ke pejabat Suhakam di KK gerakan pengusiran hanya membuang masa dan wang saja dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai penguatkuasa untuk memperolehi pendapatan tambahan. Seorang daripada mereka telah menyatakan bahawa senang sekali masuk ke Sabah. Sama senangnya seperti berjalan dari Centre Point ke Sembulan!
8. Pada hemat saya tiada seorang pun termasuk kerajaan yang tahu bilangan PTI secara tepat kerana bilangan itu sentiasa berubah. PTI yang kita dapat temui mengakui bahawa lebih kerap daripada tidak bilangan PTI yang masuk tanpa izin melebihi bilangan yang diusir dalam tempoh yang sama. Misalnya kalau 20 orang diusir sebelah pagi boleh jadi 30 orang masuk di sebelah petang. Kalaulah pengusiran secara besar-besaran itu berjaya tentu sekali semua tempat tahanan didapati sudah kosong dan PTI pun tidak ada lagi. Nampaknya makin lama makin bertambah ramai kalau tidak mengapa pula Kerajaan ada rancangan untuk membina tempat tahanan tambahan. Masalah ini sudah menjadi terlalu besar dan susah ditangani meskipun Pasukan Petugas Persekutuan telah wujud lebih 20 tahun yang lalu. Badan ini ditubuhkan dengan tujuan menyelesaikan masalah ini.
9. Isu PTI ini merupakan masalah nasional tetapi dipikul oleh Sabah. Keadaan ini tidak adil bagi Sabah. Oleh itu adalah dicadangkan bagi PTI ini diagih-agihkan ke semua negeri secara purata.
10.Menurut tekaan saya banyak kemungkinan bilangan PTI di Sabah sudah melebihi bilangan rakyat Malaysia di Sabah. Tekaan ini berasaskan kepada beberapa faktor atau petunjuk (indicators) termasuk :-
i)Lebih kurang 20 tahun dahulu Kg. Icebox atau Kg. Titingan di Tawau telah terbakar dan lebih daripada 5000 orang telah kehilangan tempat tinggal. Daripada jumlah itu hanya 500 orang saja merupakan rakyat Malaysia. Saya telah diberitahu oleh Brigade-general Zulkifli pada masa itu bahawa ramai mereka kelihatan menyelamatkan senjata api termasuk M 16 sebagai keutamaan daripada menyelamat harta benda yang lain.
ii)Pada tahun 1970 jumlah penduduk Sarawak dianggarkan 1 juta. Pada tahun 2004 iaitu 34 tahun kemudian jumlah itu telah meningkat ke 2 juta. Pada tahun 1970 juga jumlah penduduk Sabah dianggarkan seramai 698,00 orang. Pada tahun 2004 jumlah itu telah meningkat ke 3.3 juta. Pada tahun ini mungkin ini sudah sampai 3.5 juta atau lebih. Berdasarkan kepada kadar perkembangan penduduk di Sarawak, Sabah sepatutnya mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 1.4 juta pada tahun 2004. ini bererti ada ‘kelebihan’ penduduk seramai 1.9 juta di Sabah.
iii)Pada bulan Jun 2005, Daerah Kinabatangan mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 85,000 orang. Daripada jumlah ini hanya 25,000 orang saja yang rakyat Malaysia.
iv)Menteri Kesihatan Malaysia telah dilaporkan dalam akhbar ‘Daily Express’ keluaran 9 Julai 2006 bahawa rumah-rumah sakit di Sabah menerima lebih daripada 30 peratus pesakit terdiri daripada PTI. Ramai mereka meninggalkan rumah sakit tanpa membayar yuran. Pada 18 November 2007 ada juga berita yang menyatakan bahawa 80 peratus katil di Hospital Likas telah digunakan oleh PTI.
v)Kalau kita pergi berjalan-jalan di KK dan di bandar-bandar besar yang lain di Sabah, kita boleh rasa suasana kita seolah-olah bukan di Negeri Sabah. Dimana lagi di Negara ini yang ada pasar Filipina selain daripada Sabah?
11. Kita tidak dapat menafikan bahawa PTI merupakan sumber tenaga manusia yang diperlukan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sabah. Tanpa mereka ekonomi Sabah tidak dapat bergerak dan berkembang. PTI atau tidak mereka merupakan manusia biasa dan mempunyai hak asasi manusia yang tidak kurang daripada rakyat Malaysia. Hak asasi manusia tidak ada sempadan. Akan tetapi ini tidak bererti mereka dibenarkan masuk ke negeri Sabah tanpa izin dan melanggar undang-undang immigresen. Mengapa pihak Kerajaan tidak menguatkuasa undang-undang Negara dengan tegas? Adakah ini disengajakan?
12. Kita selalu mendengar tuduhan bahawa ramai mereka telah diberi MyKad dan status sebagai rakyat Malaysia. Kedua-dua buku yang ditulis oleh M.D. Mutalib yang saya sebut tadi mengandungi banyak maklumat tentang isu ini. Suhakam Cawangan Sabah juga ada maklumat yang kita perolehi daripada PTI sendiri. Sabah merupakan pintu masuk ke Malaysia dan juga dunia bagi mereka. (Rujuk kes penjara Limbang dan rakyat Pakistan di Kg. Boronuon di belakang Telipok). Saya tidak hairan kalau ramai PTI yang menjadi rakyat Malaysia telah berhijrah ke Semenanjung.
13. Menurut maklumat yang Suhakam perolehi daripada PTI sendiri ada diantara mereka yang diberi kad pengenalan hanya untuk tujuan mengundi dan mereka tidak dibenarkan menukar ke MyKad. Inilah aduan mereka kepada Suhakam
14. Saya percaya pengusiran rakyat Indonesia tidaklah begitu rumit kerana adanya pejabat Konsul Indonesia di KK. Pemprosesan dan pengeluaran dokumen boleh dikendalikan dengan lebih mudah kalau dibandingkan dengan PTI Filipina. Filipina tidak berniat membuka pejabat Konsulat di Sabah kerana Sabah masih dituntut olehnya.
15. Realitinya ialah Indonesia mempunyai penduduk lebih kurang 250 juta orang manakala Filipina pula 90 juta. Saya percaya kedua-dua negara ini tidak mempunyai minat yang kuat bagi PTI daripada Indonesia dan Filipina dikirim balik ke Negara asal mereka masing-masing. Selagi mereka berada di Sabah PTI itu bukanlah masalah Indonesia dan Filipina.
16. Saya percaya Sabah akan mengalami akibat kemerosotan ekonomi sedunia. Aktiviti-aktiviti komersial yang terlibat dalam pengeksportan barangan termasuk produk kelapa sawit akan terpaksa mengurangkan pekerja kerana permintaan luar menurun. Ramai pekerja tempatan dan asing akan kehilangan pekerjaan. Ini akan membawa kesan yang tidak diingini kepada masyarakat. Banyak kemungkinan kadar jenayah akan meningkat. Memandangkan ramai pekerja di Ladang-ladang kelapa sawit terdiri daripada rakyat asing maka ramai daripada mereka akan kehilangan pekerjaan. Keadaan sosial ini akan membawa kesan yang tidak baik bagi kestabilan negeri Sabah.
Tuesday, December 30, 2008
DUTA KEAMANAN DILAMBAI RTM
TEMURAMAH...Salleh sedang ditemuramah RTM di Segama waterfront. Di sebelah kanannya, Simon Sipaun.
DUTA Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UPF), Haji Salleh Kalbi telah dilambai stesen telivisyen RTM untuk program terbaru, "Lambai Limbai."
Program yang dibuat melalui rakaman tertunda dan bersahaja tetapi mengupas fikiran bernas melalui bual bicara isu semasa secara santai dan bestari diadakan di Segama Waterfront, Kota Kinabalu.
Selaku Ahli Parlimen Silam, Salleh diminta mengupas isu pendatang tanpa izin di Sabah yang menjadi rantaian kepada seribu satu masalah dan menjadi modal politik pembangkang.
Program Lambai Limbai akan disiarkan RTM pada jam 2.00 petang, 6 Januari 2009 yang mempersembahkan pelbagai acara menarik termasuk kebudayaan, bual bicara dan rakaman peristiwa berhubung isu pendatang asing tanpa izin di Sabah sebagai pendekatan baru RTM untuk melakar sejarah mencari titik punca kepada penyelesaian masalah secara total.
RAKAMAN....Rakaman Program Lambai Limbai sedang berjalan lancar.
"Walaupun masa yang diberikan kepada saya agak singkat dan bualbicara secara santai, namun cukup untuk mendakap tumpuan orang awam. Satu pendekatan yang baik dan diharap saluran media elektronik dan cetak arus perdana akan menumpukan isu Pendatang asing tanpa izin dan isu penting yang lain secara serius di masa akan datang," ujar Salleh selepas selesai temuramah yang disertai oleh Naib Presiden Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun.
Salleh menekankan, sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional, beliau bertegas bahawa isu Pendatang asing tanpa izin adalah isu utama dan paling penting untuk dibasmi kerana melibatkan keselamatan negara dan kedaulatan undang-undang.
"Kita tidak boleh bertolak ansur dalam apa juga hal. Kita kena berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik melalui pendekatan secara harafiah dan cetusan legislatif secara berkenaan," ujar Salleh yang menafikan sekeras-kerasnya Kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk menyelesaikan isu ini.
Kata Salleh, undang-undang yang sedia ada sudah cukup berat dan menjadi pengajaran kepada pendatang asing, terutama yang telah menerima hukuman sebatan. Namun hambatan ekonomi menyebabkan mereka masih berpusu-pusu masuk ke negara ini," tegas Salleh yang kesal kerana jumlah pungutan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lebih rendah daripada jumlah pengaliran keluar wang ke negara asal para pendatang asing ini.
AMAN....Di mana jua, Salleh tetap mempromosikan keamanan sejagat dengan meletakkan tangan kanan ke dada kiri.
"Bayangkan kesan ekonomi Malaysia dalam beberapa tahun akan datang jika terlalu banyak wang kita mengalir ke luar ke negara mereka. Itupun yang melalui pengiriman secara sah. Bagaimana yang hantar melalui keluar secara haram atau penggubahan wang haram?", ujar Salleh yang mengharapkan rancangan Lambai Limbai akan menjadi katalis terbaik untuk mendidik masyarakat ke arah penggemlbengan usaha mengurangkan tenaga kerja asing.
Sunday, December 28, 2008
SURAT TERBUKA BUAT KETUA POLIS NEGARA
Surat terbuka ini diterima melalui pos pada 26 Disember 2008. Nama penjenayah terutama pengedar dadah terpaksa ditapis untuk tujuan keselamatan, tetapi nama Pendatang haram India tidak ditapis. Pandangan Kamaruddin tidak semestinya pandangan blog ini.
TAN SRI MUSA HASSAN-Ketua Polis Negara
Kamaruddin Omar,
Kampung Gambaron,
Peti Surat 25, Telupid,
89300 Beluran
23 Disember 2008
Yang Berbahagia,
Tan Sri Musa Hassan,
Ketua Polis Negara,
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
KUALA LUMPUR.
Yang Berbahagia Tan Sri,
POLIS MALAYSIA RASUAH DAN TIDAK JUJUR
Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian Tan Sri berhubung perkara di atas.
2. SUKACITA saya sekiranya Tan Sri dapat mengambil tindakan susulan terhadap lebih 17 laporan polis yang saya buat daripada tahun 1982 sehingga 2002 (tidak termasuk tiga laporan polis yang baru saya buat di Balai Polis Karamunsing pada Disember 2008) kerana saya berkeyakinan hanya Tan Sri akan berjaya memulihkan imej PDRM sebelum bersara.
3. Untuk makluman Tan Sri, daripada 18 laporan (Nombor laporan tidak ingat) yang saya buat untuk melapor pelbagai kegiatan jenayah, namun hanya satu sahaja yang berjaya diselesaikan iaitu di Balai Polis Sungai Ringgit, Kota Tinggi Johor berikutan penangkapan 13 orang pendatang haram India pada 1999.
4. Selebihnya hanya dijawab masih dalam penyiasatan atau senyap begitu sahaja walaupun telah 26 tahun berlalu. Berikut saya kemukakan ringkasan dan insiden laporan polis yang saya buat untuk tindakan Tan Sri selanjutnya,
4.1 Oktober 1982 – Balai Polis Karamunsing, Sabah
Pendatang haram India menghina saya dengan mengatakan mereka ada kad pengenalan projek dan saya menggunakan pasport Malaysia terhad untuk tinggal dan bekerja di Sabah. Walaupun hanya berlaku pertengkaran kecil namun pada malamnya, saya diserang dan dicederakan di Sinsuran oleh 20 orang pendatang asing India dan Filipina yang diketuai seorang lelaki tempatan bernama Abdul Salam Mohd Ibrahim kerana diupah oleh seorang pendatang haram India bernama Gani yang bekerja di Taj Restoran, Kampung Air. Saya dipukul sehingga pengsan kerana pendarahan parah dan urat jari hantu saya putus. Orang awam yang menjumpai saya terbaring terus menghantar saya ke Hospital Queen Elizabeth dan hari berikutnya saya membuat laporan di Balai Polis Karamunsing terhadap Gani, namun sehingga kini tidak ada sebarang makluman berhubung kes berkenaan.
4.2 1984- Balai Polis Tuaran, Sabah
Hal ini terjadi di Papar. Ada seorang Pakistan bernama Harun yang tinggal di Tuaran datang ke Restoran saya di Papar (Bilal Restoran) lalu mengenalkan dirinya dan bertanya “Kamu ada IC kah?”. Lalu saya bertanya, “Kenapa kamu tanya?”. Kata Harun, “Kalau kamu tiada IC saya boleh bikin dengan harga RM2,000”. Saya tanya lagi, “Siapa yang bikin?”. Kata Harun, “Tuan Iqbal (Polis)?”. Saya kata, “Kamupun pendatang haram, mana satu orang bodoh yang boleh kasi IC sama kamu?”. Lalu dia ambil kad pengenalan birunya dan melempar ke muka saya sambil berkata,” Saya asli orang Sabah.” Keesokan harinya saya ke Balai Polis Tuaran dan berjumpa dengan OCPD berbangsa Cina dan membuat aduan terhadap Harun. Pada mulanya OCPD menyuruh saya duduk dan bila saya sebut nama Harun dan Tuan Iqbal, dia terus maki saya, “ Hei Bodoh, pergi berdiri di depan pintu saya.” Bila saya enggan berdiri, OCPD memberi amaran untuk menyumbat saya ke dalam lokap lalu saya terpaksa mengikut arahannya. OCPD mengarahkan seorang polis memanggil Harun dan ketika Harun tiba saya lihat mereka terlalu mesra dan seolah kenalan rapat. Harun duduk tetapi saya diarahkan berdiri. OCPD berkata kepada Harun, “Harun, orang ini mau buat laporan terhadap kamu kerana dia kata IC kamu palsu.” Kata Harun, “Kalau dia mau buat Laporan, biarlah tuan. Ini IC bukan palsu, Tuan Iqbal yang jamin,”. Lalu OCPD kata, “kalau kamu mau buat laporan. Buat laporan peringatan sahaja.”
4.3 1985- Balai Polis Papar, Sabah
Ada seorang lelaki India bernama Shafie mahu menyewa Restoran Bilal tempat saya berniaga. Kami membuat perjanjian atas namanya yang ketika itu memegang pasport antarabangsa India. Shafie mahu menyewa restoran berkenaan selama setahun. Selepas tiga bulan Shafie berniaga, taukey bangunan kedai memanggil saya dan berkata, “Kamaruddin, ada seorang lelaki India bernama Shafie dan dia mau sewa restoran kamu dan sanggup bayar RM10,000 sebagai gantirugi. Tapi saya kata tidak boleh kerana kami ada perjanjian dan dia pula PTI. Tapi India itu cakap sekarang dia sudah ada IC”. Sayapun berjumpa Shafie dan bertanya kenapa dia buat begitu. Shafie kata beliau tidak perlu bayar sewa kamu RM3,500, kalau dia sewa dengan Cina itu RM2,200 sahaja. Lagipun dia sudah ada IC. Saya kata kalau ada IC, tunjukkanlah. Lalu Shafie menghempas kad pengenalan birunya ke atas meja, “Tulislah nama dan nombor IC saya. Ini Original.” Saya pun menulis nama dan nombor ICnya seraya memberi notis dua bulan agar dia keluar daripada kedai. Saya membuat laporan polis di Balai Polis Papar dan saya menyiasat latar belakang dan tempat tinggal Shafie. Saya mendapat tahu Shafie memiliki dua pasport India, satu workpermit di Brunei (ada kedai kain di Brunei), satu workpermit di Sabah kerana dia ada tiga gerai kain di Labuan selain memiliki kad pengenalan projek. Memandangkan Polis Papar tidak mengambil sebarang tindakan, maka saya mengambil inisiatif menulis surat kepada pihak berkuasa Brunei, Pengarah Imigresen Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah. Hanya pihak berkuasa berkuasa Brunei yang mengambil tindakan menyebabkan Shafie menyeludup anak Isterinya dari Brunei ke Labuan. Sehingga kini, Shafie tidak dapat dikesan dan dipercayai berada di Labuan denga menggunakan kad pengenalan projek.
4.4 1987- Balai Polis Karamunsing, Sabah
Seorang lelaki India yang pernah memukul saya dalam serangan hendap di Sinsuran, Abdul Salam Mohammad Ibrahim menghina dan memaki saya di majlis pengkebumian seorang lelaki India Muslim di Tanah Perkuburan Islam Penampang dengan mengatakan, “ Hei P**imak kamu, babi, kamu tidak dapat cabut satu pendatang haram India punya bulupun.” Saya hilang kesabaran lalu menumbuk dan menendang Salam dan terus ke Balai Polis Karamunsing buat laporan agar polis menangkap Salam kerana saya mendapat tahu bahawa Salam adalah dalang yang membuat kad pengenalan palsu dan projek untuk Pendatang Haram India. Tuduhan saya terbukti benar apabila Abdul Salam telah ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 17 September 1995.
4.5 1988- Balai Polis Papar, Sabah
Seorang lelaki India yang berasal dari Pallical Kerala, India bernama Ansari telah bekerja dengan saya selama setahun (1983) di Restoran Bilal sebagai pembuat roti canai dengan menggunakan pasport India. Tetapi setelah tiga tahun kemudian saya mendapat makluman Ansari mendapat kad pengenalan melalui Jabatan Pendaftaran dengan menggunakan Sijil Akuan Palsu untuk mendapatkan sijil kelahiran pendaftaran lewat yang dibuat oleh seorang wanita keturunan India tempatan mendakwa Ansari adalah anaknya. Saya buat laporan agar polis menyiasat kes tersebut tetapi sehingga ke hari tidak mendapat sebarang maklum balas dan lelaki tersebut kini telah menjadi jutawan dengan memiliki rangkaian restoran seperti Restoran Bismillah di Lembaga Padi Inanam dan peruncit. Kini beliau seorang Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah.
4.6 1989- Balai Polis Keningau, Sabah
Dua orang pendatang haram India bernama Abu dan Yusof yang terbabit dalam kes membawa 25 orang India dari Kerala, India melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 1988 untuk bekerja di kem kayu balak milik SFI di Sipitang tetapi oleh kerana merasa tertipu kesemua 24 (seorang meninggal dunia kerana Malaria) pendatang haram India melarikan diri ke Sinsuran, Kota Kinabalu dan membuat sidang akhbar mendakwa mereka ditipu Abu dan Yusof yang gagal membayar gaji dan menyambung pas lawatan mereka. Hal ini disiarkan di dalam akhbar Sabah Times dan ketika itu saya berada di Keningau dan terserempak dengan Abu dan Yusof. Saya tanya mereka kenapa aniaya 25 warga India tersebut. Abu menjawab secara kasar, “Ini bukan bapak kamu punya negeri.” Lalu Yusof pula menyambut, ‘Kamu jangan kurang ajar. Jangan campur kami punya urusan. Tempat kamu di Semenanjung, bukan di Sabah.” Lalu saya naik berang dan menumbuk Abu dan Yusof. Mereka lari ke Balai Polis Keningau dan ada seorang polis kawan mereka berpangkat Sarjan memarahi saya dan Abu mengambil kesempatan ini memaki saya dengan panggilan “Pu**mak” dan saya terus menumbuk Abu di hadapan Sarjan berkenaan. Sarjan tersebut mencabut pistolnya lalu mengacukan kepada saya dan berkata,” Kalau kamu kurang ajar, saya tembak kamu. Kalau tidak puas hati, kamu pergi buat laporan di balai.” Saya pun membuat laporan terhadap Abu dan Yusof kerana mereka pendatang haram yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri setelah pas lawatan mereka tamat. Tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dan Yusof masih tinggal di Keningau dan Abu di Kuala Lumpur setelah mendapat kad pengenalan projek.
4.7 Disember 1997- Balai Polis Kuala Kubu Baru, Selangor (Dua Laporan)
Ketika itu saya tinggal di Ulu Yam Baru, Selangor. Saya dapati sekumpulan pengedar dadah yang diketuai oleh M menggunakan sebuah rumah berdekatan Balai Polis Ulu Yam Baru untuk menjalankan operasi pengedaran dadah. Saya memaklumkan Balai Polis Kuala Kubu Baru melalui telefon awam kerana saya melihat M memiliki pistol dan sejumlah besar bungkusan dadah. Berdasarkan laporan saya, pihak polis dari Balai Polis Kuala Kubu Baru segera bertindak menyerbu tempat persembunyian M dan merampas sejumlah lebih RM120,000 wang tunai hasil penjualan dadah dan sebuah kereta Honda Prelude milik M. Saya ke Balai Polis Kuala Kubu Baru pada hari kedua untuk mengetahui hasil siasatan polis kerana saya yang memberikan maklumat. Polis meminta saya meninggalkan nama dan nombor kad pengenalan serta nombor telefon kerana mereka masih menjalankan sisatan untuk mengesan dadah berkenaan kerana ketika serbuan tidak ada dadah ditemui walaupun Forensik dan Unit Anjing Pengesan mendapati kereta yang dirampas mempunyai kesan dadah. Keesokan harinya, isteri M datang berjumpa dengan saya, dia tuduh bahawa saya yang mengadu atau melaporkan kegiatan suaminya kepada polis. Saya tanya siapa beritahu, isteri M berkata bahawa polis yang memberitahu beliau. Isteri M mengugut saya, jika mahu selamat keluarkan suaminya daripada lokap. Walaupun saya menafikan, namun isteri M bertegas bahawa beliau mempunyai bukti bahawa saya yang membuat aduan. Dua hari kemudian, isteri M datang kembali ke kedai saya di Ulu Yam Baru dan meminta saya menjamin keluar suaminya kalau betul saya tidak buat. Atas nasihat kawan, jangan memusuhi M kerana membahaya diri dan keluarga disebabkan mereka adalah penjenayah. Saya membuka akaun di Bank Simpanan Nasional dengan wang sejumlah RM2,000 yang diberikan oleh isteri M. Lalu kami ke Mahkamah Kuala Kubu Baru untuk menyerahkan buku bank sebagai cagaran untuk menjamin suaminya keluar daripada lokap balai Balai Polis kerana isteri M tidak memiliki kad pengenalan. Setelah M keluar dia menunjukkan jari kepada saya seakan memberi amaran. M telah cuba merasuah Inspektor Azizul sejumlah RM30,000 untuk mendapat maklumat siapa yang membuat laporan kepada polis, tetapi pegawai polis berkenaan menolak tawaran M sebaliknya seorang lagi Inspektor Anti-Narkotik (nama tidak ingat) telah bersetuju menerima tawaran M melalui rundingan seorang Peguam bernama Seelan yang berpejabat bersebelahan dengan Balai Polis Rawang. Pada Januari 1998, M telefon saya dan ingin berjumpa dengan saya untuk bertanya adakah betul saya yang buat laporan kepada polis. Tetapi saya enggan berjumpa dengan M dan menafikan saya yang memaklumkan kegiatan haramnya kepada Polis. Pada 30 Februari 1998, M menelefon saya sekali lagi dan ingin berjumpa saya dan berjanji tidak akan mengapa-apakan saya. Dia mengucapkan terima kasih kerana saya menjamin beliau keluar dan saya termakan pujukannya. Saya memandu kereta saya sendiri, Proton Saga Iswara ditemani seorang kawan (keluarga M) pergi ke Cheras pada lebih kurang jam 7.00 malam. Kami berjumpa di sebuah restoran dan M meninggalkan saya sebentar kerana beliau ada urusan segera. Tetapi lima minit kemudian datang sekumpulan tujuh orang samseng India terus memukul saya menggunakan beruti di kepala dan mengheret saya ke dalam kereta. Kawan saya juga mengalami nasib yang sama. Saya dapati mereka (tujuh orang) termasuk pemandu berada di dalam kereta berkenaan secara berasak-asak dengan kami. Mereka merampas telefon bimbit, dompet dan kunci kereta saya. Kami di bawa ke sebuah perkampungan India di Sentul bernama Kasipillai dan diturunkan di sebuah kuil Hindu berdekatan landasan keretapi dan seramai 13 orang rakan mereka termasuk M menanti untuk menyiksa kami selama lebih kurang tiga jam. Mereka memotong badan saya dengan gergaji kayu, menikam lengan kiri, kedua peha saya dengan pisau dan memberi ugutan untuk menumbuk saya jika saya berteriak atau bergerak. Oleh kerana saya berteriak akibat kesakitan, mereka menumbuk dan menendang muka saya menyebabkan dua batang gigi saya patah. Mereka mendesak saya agar mengakui bahawa saya yang membuat laporan polis, kalau saya akui, mereka tidak akan seksa saya lagi tetapi mereka akan menyuntik saya dengan dadah melebihi dos. Saya tetap tidak mengakui tuduhan dan mereka naik berang terus mencabut pisau yang dicacak di lengan dan peha lalu terus menyentap rambut saya dengan kasar dan dua orang lelaki mengencing di muka dan kepala saya. Nasib rakan saya, Maniam lebih malang kerana M menculik isteri dan seorang anak lelakinya berusia dua tahun dan memberi amaran agar isterinya tidak membuat sebarang laporan polis jika engkar M akan menculik semua keluarga Maniam dan keluarga saya . Tiba-tiba satu pukulan padu hinggap di belakang kepala saya sehingga saya tidak sedarkan diri. Apabila saya pulih dari pengsan, saya dapati diri saya berada di dalam sebuah longkang di Cheras dalam keadaan separuh bogel (hanya berseluar dalam) dan berlumuran darah. Saya bangun perlahan-lahan dan sebuah teksi berhenti yang dipandu oleh seorang Melayu, Beliau memberi saya T-Shirt dan seluar pendek lalu saya meminta ehsan beliau menghantar saya ke Hospital Kuala Kubu Baru. Saya dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Baru selama empat hari dan menerima lebih 60 jahitan akibat cedera parah. Dua orang pegawai polis datang mengambil kenyataan daripada saya dan saya memberitahu bahawa saya dicederakan oleh M dan orang-orangnya. Polis menyuruh saya menandatangani kenyataan saya dan meminta saya ke Balai Polis Kuala Kubu Baru selepas keluar daripada hospital. Selepas empat hari ditahan di hospital, saya terus ke Balai Polis Kuala Kubu Baru dan berjumpa Inspektor Kararan dan seorang seorang pegawai berketurunan Benggali. Saya turut membuat laporan berasingan kerana kereta, kad pengenalan dan telefon bimbit saya yang dirampas oleh M. Mereka bertanya saya soalan yang sama dengan pegawai yang datang ke hospital. Saya menceritakan apa yang terjadi. Selepas memberi keterangan, pegawai polis berkenaan menyuruh saya kembali ke rumah dan berjanji akan datang esok pagi menemui saya di rumah. Sebagaimana dijanjikan, Inspektor Kararan dan pegawai Benggali datang ke kedai kopi saya dan meminta saya mengikuti mereka. Tanpa sebarang syak wasangka, saya pun mengikuti mereka kerana mereka meminta saya menunjukkan tempat saya disiksa. Tetapi apabila hampir tiba di tempat kejadian, kedua pegawai polis berkenaan menyaksikan pengedar dadah menjual dadah secara terbuka di kampung Kasipillai menyebabkan mereka membatalkan niat mereka ke tempat saya disiksa kerana bimbangkan keselamatan mereka. Mereka hantar saya pulang dan sehingga sekarang saya tidak mendengar sebarang perkembangan berhubung kes berkenaan.
4.8 1998- Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur
Pada pertengahan Februari 1998, saya membuat laporan polis sekali lagi berhubung jenayah penculikan, mencederakan dan kecurian kereta saya. Seorang Inspektor (nama tidak ingat) bertanya saya. “kenapa mahu membuat laporan tentang pengedar dadah? Kerana itulah kamu susah, buatlah kerja kamu sendiri. Mereka mengedarkah, apakah kenapa kamu sibuk?” Polis tersebut memberitahu kereta saya ada di Balai Polis Cheras. Selepas saya membuat laporan, saya terus ke Balai Polis Cheras untuk mengambil kereta saya yang rosak teruk.
4.9 November 1998- Balai Polis Kim Seng Road, Singapura (Makluman Sahaja)
Selepas kejadian serangan M, saya berpindah ke Singapura, namun kehadiran saya di sana dapat dikesan oleh Sindiket Dadah Antarabangsa dan memberitahu M. Orang Suruhan M terus mencari saya di tempat penginapan saya di tingkat 13, Kim Seng Road, Singapura. Saya terpaksa menyamar sebagai abang kepada Kamaruddin apabila mereka menemui saya di rumah penginapan saya. Mereka menggertak saya agar memberitahu Kamaruddin bahawa jika mereka menemui Kamaruddin, mereka akan mencampakkannya dari tingkat 13. Lalu saya membuat laporan di balai polis di Kim Seng Road dan polis Singapura segera bertindak namun orang suruhan M tidak ditemui lagi. Saya dimaklumkan polis Singapura menghantar kawat ke Polis Malaysia, namun saya tidak mengetahui keputusan kes tersebut.
4.10 1999- Balai Polis Sungai Ringgit, Kota Tinggi, Johor Bharu
Saya membuat laporan tentang kehadiran 13 orang pendatang haram India yang tinggal secara haram di sebuah kebun kelapa sawit milik seorang India tempatan. Polis segera mengambil tindakan menyerbu dan menangkap 13 pendatang haram tersebut dan menyerahkannya kepada Jabatan Imigresen. Selepas dua minggu kemudian seorang tekong darat warganegara Sri Lanka menelefon saya dan memberi amaran jika beliau jumpa saya, seketul tulangpun polis tidak akan jumpa lagi. Saya masih trauma bagaimana warga Sri Lanka tersebut boleh mengenali dan mendapat nombor telefon saya sedangkan hanya polis yang menerima laporan yang mengetahui nombor telefon baru saya.
4.11 Januari 2000- Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur
Ketika saya turun daripada bas di hadapan Panggung Wayang Odeon dalam perjalan menuju ke Kompleks Sogo untuk membeli kasut saya terserempak dengan orang suruhan M yang pernah menyiksa saya. Saya cuba mengelak tetapi nasib malang kerana M dan dua orang suruhannya menunggu di hadapan Sogo. Saya terus melarikan menaiki lift ke tingkat 9 dan duduk di sebuah restoran. Enam orang suruhan M menunggu saya di luar restoran. Saya duduk lebih setengah jam sebelum ke telefon awam di luar restoran yang agak berjauhan dengan orang M. Saya menelefon 999 meminta bantuan. Setelah talian disambungkan ke Balai Polis Dang Wangi, polis yang bertugas meminta nombor telefon bimbit saya kerana ketika itu kehabisan kredit dan meminta saya menunggu di restoran tersebut. Menyedari kehadiran dua orang polis, kesemua enam orang M bergegas meninggalkan kawasan tersebut. Saya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi tetapi polis berkenaan berkata laporan tersebut dibuat hanya untuk peringatan sahaja kerana kes tersebut adalah kes lama. Kesan daripada tindakan M dan orangnya, saya terpaksa bersembunyi di rumah selama satu tahun kerana bimbangkan keselamatan saya dan hilang kepercayaan kepada polis.
4.12 2006- Balai Polis Telupid, Sabah
Saya membuat laporan terhadap seorang pendatang haram India yang memiliki kad pengenalan projek bernama Daud Bin Said setelah semua aduan bertulis saya tidak mendapat layanan setimpal. Polis hanya memanggil Daud untuk memberi keterangan dan tidak membuat sebarang tindakan penyisatan susulan.
4.13 2006- Balai Polis Beluran, Sabah
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Polis Telupid, saya membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Beluran terhadap Daud Bin Said. Polis Beluran juga memanggil Daud untuk siasatan tetapi tidak ada sebarang tindakan drastik walaupun terbukti Daud memiliki kerakyatan secara tidak sah.
4.14 2006- Balai Polis Telupid, Sabah
Saya membuat laporan polis kerana orang suruhan Daud memberi amaran dengan menghantar surat dan menunjukkan sebutir peluru dengan berkata,” ini peluru cukup untuk kasi hilang kamu.Surat aduan yang kamu hantar ke Imigresen Sandakan sudah kami ambil balik. Nah tengok kamu punya tandatangan. Kalau sekali lagi kamu buat, memang ini peluru terpakai untuk ambil nyawa kamu.” Mereka memberitahu kepada saya, mereka memperolehi surat saya dengan harga RM5,000 sahaja daripada Pegawai Imigresen Sandakan. Namun tidak ada sebarang tindakan daripada Polis Telupid.
4.15 2006- Balai Polis Telupid, Sabah
Saya membuat satu lagi laporan polis terhadap agen rokok Dunhill yang juga keluarga Pang (Along) yang menceroboh, memecah masuk kedai saya dari pintu belakang dan mencuri wang serta showcase yang menempatkan rokok berkenaan. Kerugian saya lebih kurang RM4,000. Tetapi Polis Telupid tidak mengambil sebarang tindakan terhadap agen rokok berkenaan.
4.16 2006- Balai Polis Telupid, Sabah
Daud telah mengupah seorang Along (Ceti Haram) yang dikenali sebagai Pang, mengugut saya melalui SMS dan telefon. Dalam SMS, Pang memberi amaran berikut; “Kamu Keluar dari Telupid, kalau tidak kamu punya kepala saya kasi pecah dan kasi mati kamu.” Kemudian Pang menelefon saya dan berkata,” Hei Keling, Lu keluar dari Telupid, kalau tidak saya kasi bunuh kamu.” Saya menjawab “Kau di mana, saya mahu jumpa.” Pang berkata, “Saya tunggu di Jalan Raya depan rumahmu, kalau berani turunlah.” Saya terus memandu kereta saya ke arah yang diberitahu dan tiba-tiba Pang memecut keretanya dari belakang untuk melanggar kereta saya. Saya dapat mengelak dan berlaku kejar mengejar sehingga saya ke Balai Polis Telupid untuk membuat laporan. Kami bertengkar dan Pang memanggil saya, “Keling” di hadapan Polis yang bertugas. Ketua Balai Polis Telupid, Sarjan Aping terus menahan Pang dan dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari setelah saya membuat laporan polis. Selepas tiga hari ditahan, Pang dibebaskan tanpa sebarang tindakan walaupun SMS bukti saya tunjukkan kepada Sarjan Aping.
4.17 2007- Balai Polis Telupid, Sabah
Ketika saya duduk minum di sebuah restoran India, seorang lelaki India yang menggunakan pas lawatan kerja sementara bernama Raja datang memaki hamun saya dengan berkata,” Kamu ini binatangkah manusia, kenapa kamu komplen pasal orang India.” Saya hilang kesabaran dan hampir melempar kerusi kepada Raja tetapi Raja melarikan diri. Beberapa minit kemudian, seorang konstable polis yang berasal dari Semenanjung Malaysia datang dan berkata di hadapan orang awam,”Hei Kamaruddin, ikut saya ke balai, kalau tidak saya tarik baju kamu atau saya gari kamu.” Saya pun ke balai dengan menaiki kereta polis. Sampai di balai seorang polis lagi memaki dan mencemuh saya dengan perkataan kesat sambil Raja mencebik bibir kepada saya. Dalam laporan polis yang saya buat, saya mendakwa Raja memaki dan menghina saya di khalayak ramai. Saya juga membuat laporan terhadap rakan Raja, iaitu Yassin yang merupakan seorang pendatang haram India. Tetapi polis tidak menjalankan siasatan dan tidak menangkap Yassin yang tidak memiliki sebarang dokumen yang ketika itu turut berada di Balai Polis Telupid.
5. Sehubungan itu, saya menggesa Tan Sri membuka semula semua kertas siasatan dan menubuhkan unit khas untuk menyiasat dakwaan dan laporan polis yang saya buat bagi memulihkan keyakinan orang awam yang semakin terhakis akibat sikap rasuah dan ketidak jujuran pegawai polis yang menconteng arang ke muka Tan Sri.
6. Bagaimanapun, saya hanya akan memberi keterangan di hadapan panel khas yang ditubuhkan atau di mana-mana mahkamah terbuka kerana saya tidak mempercayai Polis Sabah atau Selangor.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
t.t
(KAMARUDDIN OMAR)
Mykad 590829-10-5633
Salinan Kepada;
YB Datuk Seri Hamid Albar,
Menteri Dalam Negeri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Mutalib M.D,
Pengarah Biro Aduan Awam,
Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH),
Lot G 59, Tingkat Bawah,
Kompleks Asiacity,
88300 KOTA KINABALU.

SAYA HANYA AKAN KEMUKAKAN BUKTI DI MAHKAMAH: KAMARUDDIN
BUKTI….Kamaruddin menunjukkan bukti nyata yang dimuatkan dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir.
WALAUPUN didesak pelbagai pihak untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah merekrut dan melindungi Pendatang Haram India, namun Kamaruddin Omar bertegas hanya akan mendedahkan bukti di mahkamah terbuka.
“Buat apa saya mau bagi bukti kepada mereka? Mereka ini penjenayah. Saya hanya akan cakap dan bongkar semuanya di mahkamah. Itu hak saya mau cakap atau tidak. Kalau mereka (DPIM) tidak puas hati samanlah saya, baru saya bongkar ‘tong tahi’ mereka di mahkamah,” kata Kamaruddin ketika diminta mengulas tindakan beberapa pihak yang mencabar beliau mendedahkan bukti daripada melemparkan tuduhan meliar.
Kata Kamaruddin, apa yang didedahkan dalam buku 007-LELAKI MALAYSIA TERAKHIR karya Mutalib M.D sudah cukup untuk dijalankan siasatan dan menangkap Presiden DPIM Datuk Baisul Khan kerana petualangannya.
Dalam Forum Akhbar Daily Express 28 Disember 2008, seorang lelaki Haji SM Kamarul Zaman membuat kenyataan mencabar Kamaruddin mendedahkan bukti penglibatan DPIM dalam isu Pendatang Haram India.
Kenyataan penuh Forum yang menyiarkan surat seorang lelaki yang menamakan dirinya Haji SM Kamarul Zaman.
ACCUSER SHOULD ALSO PROVIDE EVIDENCE
With The Best Compliment From DAILY EXPRESS
Sunday Forum (28.12.2008)
I REFER to call to Probe ‘Chamber” (23.12.08 about Indian in Sabah getting ICs).
The report was lodged by one Kamaruddin Omar and activist Mutalib MD and Dr Chong Eng Leong.
Kamaruddin claim that his shop premises were locked for being outspoken but suspect it is due to pay monthly rents regularly.
Kamaruddin claimed in his police report that the ‘Indian Muslim Chamber of Commerce in Sabah should be investigated for allegedly harbouring Indian illegal immigrants and helping the to obtain citizenships illegally.’
The objectives of Sabah Indian Chamber of Commerce and Industry are just to mind business and industry activities by embers the Body.
Such wild, unfounded, baselesss, malicious and prejudicial police report must be very properly investigated so as to established that such police reports are genuine or done just damage the image of well founded body.
Let Kamaruddin come forward with at least one case to substantiate his allegation in the police reports.
If he fails to do so, let the police arrest him for lodging false reports with misrepresentation of facts.
The matter of IC issuance’s is not the concern of Dr Chong Eng Leong and Mutalib M.D such issue rest with the authorities concerned.
They should mind their own business and not poke their noses unnecessarily lest they face defamation suit by Sabah Indian Muslim Chamber of Commerce and Industry for lodging false reports.
Friday, December 26, 2008
SURAT TERBUKA KE HADAPAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG
DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong Ke 13
Tuanku Mirzan Zainal Abidin ibni
Al-Marhum Sultan Mahmud
Al Muktafi Billah Shah
NOTA: Pandangan Kamaruddin tidak semestinya pandangan Blog ini. Kamaruddin bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa yang beliau tulis dalam blog ini. Surat terbuka ini telah dihantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.
Kamaruddin Bin Omar,
Kampung Gambaron,
Peti Surat 25, Telupid,
89300 Beluran, Sabah.
TEL: 0145534234
26 Disember 2008
Ke Hadapan Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,
Istana, Negara,
Kuala Lumpur.
Ke Bawah Duli Tuanku,
MOHON EHSAN & LIMPAH PERKENAN AGAR MENGATASI KEWARGANEGARAAN SONGSANG PENDATANG HARAM INDIA DI SABAH
Dengan segala hormat dan penuh takzimnya saya memohon limpah perkenan Duli Tuanku agar dapat menasihati Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah Kewarganegaraan Songsang Pendatang Haram India di Sabah yang semakin berleluasa sehingga saya, rakyat setia kepada Tuanku hidup dalam keadaan terancam.
2. Untuk makluman Duli Tuanku, saya bernama Kamaruddin Bin Omar, No. Kad Pengenalan 590829-10-5633 (6884049) yang berasal daripada Rawang Selangor dan amat mencintai negara Malaysia dan menghormati Undang-Undang Negara.
3. Akan tetapi saya amat kecewa dengan sikap pemimpin Negara dan pegawai yang bertanggung jawab terhadap isu kerakyatan dan keselamatan Negara kerana tiga surat aduan rasmi saya tidak mendapat sebarang respon positif walaupun sudah dua tahun berlalu.
4. Pendatang haram berkenaan hidup mewah dan aman damai di Malaysia sedangkan saya yang membuat laporan kepada pihak berwajib demi cinta kepada tanah air hidup dalam kesusahan dan penghinaan.
5. Sebagai warganegara yang dijamin hak secara saksama oleh Perlembagaan Persekutuan, saya tidak mempunyai pilihan melainkan menulis surat aduan kepada Duli Tuanku kerana seakan tidak ada jalan penyelesaian ke atas isu kerakyatan songsang ini.
6. Kisah tragis saya bermula pada 2006 apabila telah didatangi seorang pendatang haram India yang mendapat kad pengenalan projek @ palsu bernama Daud dan memberi amaran keras kepada saya agar jangan berniaga besi buruk di Telupid dan memaksa saya keluar dari Telupid, kerana dia ingin memonopoli perniagaan besi buruk.
7. Saya bertanya kepada dia kenapa saya harus keluar daripada Telupid dan mencabar dia dengan mengatakan dia (Daud) pendatang haram India. Sebaliknya dia pula mencabar saya dengan menggelarkan saya pendatang daripada Semenanjung Malaysia dan seharusnya memohon pas kerja, tetapi dia tidak perlu kerana kad pengenalannya menunjukkan dia rakyat Sabah.
8. Daud tambah berang dan mencabar saya agar melaporkan kepada Kerajaan kalau tidak puas hati dan dia sanggup menghadapi sebarang kemungkinan dan menghina Kerajaan Malaysia dengan mengatakan, “Kalau ada duit (rasuah) semua boleh dapat di Malaysia.”
9. Untuk makluman Duli Tuanku, saya telah menghantar surat aduan berserta bukti kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi Keselamatan Dalam Negeri Sabah (Ketua Menteri), Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya Polis Sabah, Ketua Polis Beluran, Ketua Polis Telupid, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Ketua Pejabat Imigresen Sandakan, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Sabah dan Pejabat Jabatan Pendaftaran Telupid, namun jawapan yang diberikan amat menghampakan.
10. Saya juga telah menelefon Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Putrajaya lebih daripada 20 kali ; Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu lebih daripada 25 kali; Jabatan Imigresen Kota Kinabalu lebih daripada 10 kali; Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua kali, namun saya mendapat balasan yang mengecewakan daripada Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya yang meminta saya hadir di Ibu Pejabat Pendaftaran Putrajaya dengan membawa semua dokumen peribadi milik saya dan salinan pasport warga India yang saya dakwa sebagai pendatang haram.
11. Sebagai seorang rakyat biasa, saya agak terkilan dan tidak mampu untuk ke Putrajaya dan bertindak seolah-olah saya Pegawai Imigresen atau Polis untuk merampas salinan pasport daripada Pendatang haram India berkenaan.
12. Saya bertanya kepada diri saya, inikah kecekapan sistem penyampaian yang di war-warkan oleh Kerajaan? Saya yang melaporkan kejadian anasir subversif, saya pula yang disiasat dan diminta kemukakan bukti?
11. Bukankah menurut Undang-Undang yang berkuatkuasa, beban bukti terletak kepada pendatang haram berkenaan?Bukankah menjadi tugas pegawai polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen untuk menjalankan siasatan berdasarkan butiran aduan saya?
12. Setelah saya menulis surat kepada Ketua Polis Negara, ada juga pegawai polis Beluran memanggil Daud dan keluarganya ke Balai Polis Beluran, namun siasatan ala kadar yang dijalankan menyebabkan Daud semakin besar kepala.
13. Pada pandangan peribadi saya, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Polis, Imigresen, Pendaftaran dan pegawai kerajaan lain bergaji tetap , sedangkan saya tidak mempunyai sebarang pendapatan selepas perniagaan saya diganggu gugat oleh pendatang haram India.
14. Apa yang ada pada diri saya kini hanyalah ketaat setiaan yang tidak berbelah bahagi ke bawah Duli Tuanku dan menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.
15. Saya bersedia memberi keterangan dan bukti di mana-mana mahkamah undang-undang kerana saya tidak lagi mempercayai polis setelah saya dihalang untuk membuat laporan polis pada 24 Disember 2008 oleh seorang pegawai polis daripada Balai Polis Lahad Datu.
16. Saya tidak akan berdiam diri sekalipun nyawa saya menjadi pertaruhan kerana khuatir di masa akan datang Negara akan menghadapi masalah yang amat besar kerana semakin ramai pendatang haram yang mendapat kad pengenalan projek melalui surat akuan atau sijil lahir daftar lewat palsu.
17. Demi cinta saya kepada Negara ini, saya sanggup menghadapi apa juga cabaran, rintangan dan dugaan kerana pendatang haram India ini pernah mengugut saya dengan menghantar sebutir peluru hidup bersama notis beramaran agar saya menutup mulut jika ingin selamat.
18. Seorang Ceti Haram @ Along juga pernah menghantar SMS mengugut untuk membunuh saya dengan alasan pendatang haram India ini banyak berhutang kepadanya dan meminta saya keluar segera daripada Telupid.
19. Ekoran daripada itu, saya telah membuat laporan Polis berhubung SMS yang dihantar Along di Balai Polis Telupid dan setelah saya desak dan tunjukkan bukti, Along berkenaan ditahan reman selama tiga hari di lokap Balai Polis Beluran.
20. Memandangkan keselamatan keluarga saya ketika itu tidak terjamin, saya mengambil keputusan untuk berhijrah daripada Telupid ke Lahad Datu dan meninggalkan perniagaan saya di sana.
21. Di Lahad Datu saya dapat hidup aman damai menjalankan perniagaan besi buruk dengan bantuan rakan-rakan Melayu saya kerana tidak ada seorang Indiapun mengenali saya. Namun pada 14 Februari 2008, saya bertemu dengan seorang India yang bernama Samsuddin kerana ingin menyewa restorannya di Jalan Dam setelah mendapat tahu daripada kawan saya bahawa beliau ingin menyewakankan restorannya.
22. Saya bersetuju menyewa restorannya pada kadar harian sejak 26 Februari 2008 tanpa sebarang perjanjian setelah saya menyerahkan deposit tunai RM1,200 untuk sebulan sewa. Saya telah menjalankan perniagaan dengan selesa dan dapat membayar sewa RM40 sehari tanpa gagal.
23. Namun pada 07 Dis 2008, ketika saya dan keluarga sedang bercuti hari raya aidil adha di Telupid, tambahan pula saya tidak begitu sihat, saya menghubungi pekerja saya pada 13 Disember 2008 dan memberitahu mereka agar membuka perniagaan pada 15 Disember 2008.
24. Pada 11.00 pagi, 14 Disember 2008, saya bertolak dari Telupid kembali ke Lahad Datu dan terus ke restoran tersebut. Saya terkejut kerana semua kunci restoran tersebut telah ditukar.
25. Saya terus berjumpa Samsuddin di Kilang Bismi Bakeri di Jalan Kastam Baru dan bertanyakan siapa dan kenapa kunci restoran tersebut ditukar?. Samsuddin mengakui dia yang telah memecah kunci dan menceroboh masuk restoran berkenaan.
26. Sayapun bertanya kenapa dia memecah masuk restoran sedangkan saya tidak pernah berhutang sewa dengan beliau dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Samsuddin memarahi saya dengan mengakui beliau berbuat demikian sebagai pengajaran kerana saya mendedahkan Skandal Kerakyatan Songsang Warga India di dalam laman web http://mutalibmd.blogspot.com.
27. Bermula daripada tarikh tersebut, Samsuddin bertindak merampas perniagaan saya dan semua barang milik peribadi saya sejumlah lebih RM12,000 tanpa sebarang bayaran atau pampas an.
28. Jenayah ‘Criminal Tresspassing’ dan rampasan harta saya telah saya laporkan di Balai Polis Karamunsing dan sedang menunggu peguam yang sudi membantu saya membuat tuntutan di mahkamah berdasarkan Fasal 13, Perlembagaan Persekutuan.
29. Saya rasa tibalah masa dan ketikanya saya terpaksa melakukan sesuatu untuk mendapat keadilan menurut Undang-Undang Malaysia. Sehubungan itu, sebelum melakukan tindakan drastik, saya menulis surat ini kepada Duli Tuanku untuk mendapat belas ehsan dan perkenan agar semua aduan saya diselesaikan secara tuntas dan kerakyatan songsang ini dapat dihentikan SERTA MERTA.
30. Saya bersedia menghadapi apa juga tindakan pihak berkuasa dan mengorbankan diri saya demi untuk mempertahankan kedaulatan Negara saya yang tercinta. Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai anggota Liberation Tiger of Tamil Elam (LTTE) dan pengganas telah mendapat kad pengenalan projek dan menjadi talibarut pengganas.
31. Cukuplah kes penculikan Sipadan dan Pandanan yang dilakukan oleh warga Filipina yang mendapat kad pengenalan projek menjadi pedoman kita dan kita tidak ingin keganasan di Malaysia disebabkan oleh kehadiran pengganas yang menyamar sebagai rakyat Malaysia setelah mendapat kerakyatan songsang atau tinggal secara haram di Malaysia.
32. Saya kesal kerana pihak berkuasa di Malaysia membenarkan pendatang haram dari India ini berkuasa menentukan corak ekonomi tempatan sehingga mereka kelihatan lebih berkuasa dan melumpuhkan ekonomi dengan dengan menghantar wang kita ke Negara asal mereka. Bukankah ini sabotaj kepada ekonomi kita?
33. Saya tidak fikir Datuk Baisul Khan selaku Presiden Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) Sabah tidak mengetahui hal ehwal ahli persatuannya yang terdiri daripada pendatang haram India?
34. Saya amat mengenali Datuk Baisul Khan sejak 1981 kerana ketika itu hanya berapa orang India yang berada di Sabah dengan kata lain boleh dihitung dengan jari. Tetapi melalui laporan akhbar, Baisul mengakui keahlian DPIM telah meningkat sehingga 400 peniaga. Jika sebuah restoran atau kedai runcit mengambil lima orang pendatang haram India, maka 2,000 orang pendatang haram telah dilindungi DPIM?
35. Mungkin ramai tertanya-tanya dari manakah datangnya begitu ramai orang India di Sabah kerana sebagai seorang Melayu berketurunan Mamak, saya amat mengenali bahasa dan budaya India Semenanjung Malaysia.
HINA...Adakah bermaruah jika kita hanya melihat ibu pertiwi dirogol di hadapan mata kita sendiri?
36. Saya ingin menggesa Datuk Baisul Khan agar bertaubat jika masih mengaku beragama Islam kerana adalah menjadi kesalahan jika menjual Negara dengan menjadi dalang kepada pemberian kerakyatan secara haram atau bersubahat dengan mereka bagaikan membiarkan ibu sendiri dirogol oleh Pendatang Haram dari India ini.
37. Jika Negara ini masih ada Undang-Undang, saya sarankan agar pangkat Datuk yang dianugerahkan kerajaan Negeri Sabah kepadanya ditarik balik kerana bersubahat melindungi dan menawarkan suaka (perlindungan) kepada pendatang haram India sehingga memudaratkan keselamatan Negara.
38. Sehubungan itu, saya memohon belas ehsan Duli Tuanku agar mengarahkan jentera kerajaan menyiasat laporan saya dan mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang Negara dan menghukum petualang Negara ini kerana pada pandangan saya mereka telah menderhaka kepada Duli Tuanku.
39. Sembah salam kemaafan dan mohon keampunan jika surat terbuka saya ini mendatangkan aib kepada Duli Tuanku dan juga negara.
Yang Benar,
t.t.
Kamaruddin Bin Omar
s.k. Yang Amat Berhormat,
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
PTI SUKAR DIKAWAL KERANA KONSPIRASI DAN RASUAH
KAMARUDDIN OMAR
KEBANJIRAN Pendatang Haram India (PTI) ke Sabah semakin sukar dikawal kerana wujudnya konspirasi peringkat tertinggi dan rasuah.
“Saya telah menulis beberapa pucuk surat kepada Pengarah Imigresen Sabah untuk menyiasat beberapa warga India yang datang secara sah tetapi mendapat kad pengenalan secara tidak sah. Dia tidak siasat, sebaliknya panggil saya untuk runding,” dedah Kamaruddin Omar, dalam satu temuramah khas dengannya selepas membuat dua laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.
Kamaruddin merupakan anak kelahiran Selangor yang telah datang ke Sabah sejak 1979 dan kini menetap di sebuah pekan kecil Telupid setelah restorannya di Lahad Datu dirampas secara tidak sah oleh tuan punya restoran yang dikhuatiri PTI India.
“Dulu saya guna pasport terhad Malaysia tetapi kini terpaksa ulang-alik tiga bulan sekali kerana peraturan menghendaki beliau berbuat demikian disebabkan tiada permit kerja,” ujar Kamaruddin yang akan memfailkan pampasan dan saman malu kepada pemilik restoran yang disewanya kerana menceroboh masuk dan merampas perniagaannya.
Sebagai seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin agak kesal kerana peraturan Imigresen Sabah mengetatkan kemasukan warga Semenanjung Malaysia sebaliknya membuka ruang dan peluang kepada warga India, Pakistan, Indonesia, Filipina, Myanmar dan sebagainya yang memasuki Malaysia melalui pintu Imigresen atau laluan tikus.
“Jika terkawal, kerana jumlah PTI di Sabah melebihi rakyat tempatan?,” tanya Kamaruddin yang mendesak agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat bagaimana seorang warga India dari Karasilpatti India, Abdul Jabar Munthalif dan seorang lagi lelaki bernama Ghani boleh berlegar bebas di Jabatan Imigresen Sabah menguruskan passport Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Sabah menguruskan kad pengenalan projek.
Kata Kamaruddin lagi, semua masyarakat India asli di Sabah mengetahui siapa Jabbar dan apa hubungannya dengan Presiden Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) Sabah, Datuk Baisul Khan Salman Faris.
“Tetapi aduan kita macam sudah dimasukkan ke tong sampah kerana dua lelaki India ini telah menggunakan kelonggaran undang-undang dan menawarkan rasuah menyebabkan mereka menjadi Raja PTI di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara,” kata Kamaruddin yang kesal dengan sikap ketua jabatan yang melayan mereka sedangkan jabatan berkenaan mempuyai rekod peribadi dan pasport semua warga India yang memasuki secara haram.
Tegas Kamaruddin, beliau kini sukar untuk mempercayai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ketika beliau mahu membuat dua laporan polis di Balai Polis Karamunsing, beliau dihubungi melalui telefon oleh pegawai polis Lahad Datu agar jangan membuat laporan lagi kerana semua itu boleh dirundingkan.
“Apa mau runding? Ini isu keselamatan Negara. Saya sangka selama ini polis boleh mahu menjaga keamanan dan keselamatan Negara, tetapi baru sekarang saya tahu ada antara mereka bersubahat dengan penjenayah,” kata Kamaruddin yang meminta agar kesnya ditangani oleh ibu pejabat Bukit Aman kerana beliau membuat keputusan tidak akan memberi kenyataan di Balai Polis Lahad Datu.
Kawalan Imigresen di Malaysia terutama Sabah, kata Kamaruddin lebih buruk daripada India kerana beliau terpaksa memperbaharui visanya sehari lagi setelah tempohnya selama 60 hari tamat ketka beliau masih berada di Hospital untuk rawatan pembedahan tulang belakang.
“Mereka cari saya sampai di hospital. Kenapa pula bila beratus ribu warga India datang ke Malaysia hilang begitu sahaja dan tiba-tia mendapat kad pengenalan projek. Ini bukan isu lama tapi isu baru,” ujar Kamaruddin yang memaklumkan dia mengenali dua adik beradik warga India yang baru mendapat kad pengenalan walaupun hanya dua bulan mendarat di Sabah.
Kamaruddin menarik perhatian, kehadiran puluhan ribu warga haram India di Sabah yang diberi taraf kerakyatan Malaysia secara tidak sah menyebabkan ekonomi Sabah turut merudum.
“Saya ada bukti seorang PTI India yang mendapat kad pengenalan projek ini mengambil pinjaman bank sejumlah RM400,000. Dia hantar balik India RM200,000, bakinya dia guna di sini. Dia tidak pernah bayar hutang itu. Bila bank cari, dia lari ke Lahad Datu dan berniaga di sana atas nama lain. Kalau seratus orang buat begini, macam mana ekonomi kita?,” kata Kamaruddin yang terkilan kerana kerajaan seolah-olah menganggap laporannya hanya sebagai penyibuk (busy body).
Bagaimanapun, Kamaruddin hanya akan mendedahkan butir peribadi ramai warga India yang menjadi samseng ekonomi di Sabah di Mahkamah dan beliau bersedia menjadi saksi kerajaan untuk membuktikan pemberian kerakyatan secara tidak sah ini adalah konspirasi peringkat tertinggi dan rasuah yang menjadi-jadi di dua jabatan penting.
“Bukankah kes warga China telah berjaya dibongkar dan pelakunya telah dihadapkan ke Mahkamah. Saya rasa hanya BPR sahaja lagi yang menjadi sandaran rakyat Malaysia untuk bertindak terhadap PTI India yang menggunakan kerakyatan Malaysia untuk tujuan yang salah,” kata Kamaruddin yang tidak gentar walaupun pernah dihantarkan sebutir peluru dan ugutan bunuh.
Bagi Kamaruddin, ajalnya di tangan Tuhan dan dia tidak gentar menghadapi sesiapa kerana terbukti mengikut rekod Balai Polis Telupid, Kamaruddin pernah mengejar Along (pemberi pinjam wang haram) yang cuba mendapat perlindungan di Balai Polis Telupid setelah Along tersebut menghantar SMS yang mengugut akan membunuh Kamaruddin jika dia terus mendedahkan kes kerakyatan songsang rakyat India.
Tetapi Along berkenaan hanya di lokap selama tiga hari dan dibebaskan tanpa di hadapkan ke mahkamah walaupun Kamaruddin menunjukkan mesej SMS yang dihantar oleh Along berkenaan.
“Kenapa dia mau bunuh saya? Oh.. Baru saya tau rupanya warga songsang India ini merupakan peminjam terbesar dan jika mereka ditangkap, Along akan hilang bisnes. Ini macam punya manusia pun adakah,” ujar Kamaruddin seraya meminta Ketua Polis Negara menyemak semula dua laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Telupid dan Beluran sekitar 2006 yang tidak ada sebarang kesudahan.
Dalam pada itu, Laporan Polis Lahad Datu/7297/08 bertarikh 24 Disember 2008 yang dibuat di Balai Polis Karamunsing berbunyi;
“Pada 14/12/2008, lebih kurang jam 3.00 petang, saya mendapati premis yang disewakan kepada saya iaitu Restoran Dam di Jalan Dam Lama, Lahad Datu telah diceroboh oleh pemilik premis dan semua kunci dipecahkan dan ditukar. Semua perkakas (peralatan) milik saya seperti senarai berikut telah dicuri oleh oleh pemilik premis:
01) TV 21” PENSONIC RM 900.00
02) Peti Ais (Freezer) RM 1,280.00
03) Mesin ABC RM 190.00
04) Kipas Meja (4 Unit) RM 360.00
05) Radio Hi Fi RM 450.00
06) Dapur Gas (4 Unit) RM 480.00
07) Show Case (Stainless Steel) RM 1,500.00
08) Pinggan Mangkuk RM 1,200.00
09) Pemotong Oksigen RM 380.00
10) Barang Runcit RM 3,500.00
11) Barang Peribadi/Pakaian/Tilam RM 1,500.00
12) Wang Dalam Mesin Tunai RM 200.00
13) Wang Tabung Masjid RM 60.00
RM 12,000.00
Selain kerugian daripada rampasan/kecrian berjumlah RM12,000.00, saya juga kehilangan pendapatan lebih kurang RM15,000 sebulan. Saya buat aduan ini supaya PDRM ambil tindakan di bawah undang- undang jenayah terhadap pemilik premis tersebut yang menceroboh privisi dan merampas semua harta milik saya di dalam premis berkenaan termasuk semua dokumen penting seperti rekod bayaran sewa, resit pembelian barang dan dokumen peribadi.”
Satu lagi laporan polis Kamaruddin ialah Lahad Datu/7296/2008 yang juga dibuat pada 24 Disember 2008 di balai yang sama menyebut;
“Pada 24 Disember 2008, premis yang disewakan kepada saya telah diceroboh dan semua harta benda milik saya seperti dilapor melalui laporan polis bernombor Lahad Datu/7297/08 . Siasatan saya menunjukkan pemilik premis seorang yang berasal dari India menggaji seramai lebih kurang 15 orang pelawat dari India untuk bekerja dengannya sebagai pekerja kilang roti Bismi Bakery dan di beberapa kedai runcit lain. Saya buat aduan ini supaya PDRM ambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap pemilik premis yang saya kenali bernama Samsuddin bersama isterinya Rahimatul Misa Binti Kunyi Muhidden yang juga berasal daripada India kerana menggaji pendatang haram dari India.”
Thursday, December 25, 2008
MANTAN AHLI PARLIMEN SUARA KEBIMBANGAN
RATUS...Sudah ratusan kali isu buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah dibincangkan di Parlimen, namun masalah kad pengenalan di Sabah belum selesai.
Ehsan Akhbar Daily Express, Sabah
MANTAN Ahli Parlimen Gaya, Datuk Philip Yong Chiew Lip menggesa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memulakan siasatan formal mengenai pemilikan dokumen Mykad oleh pendatang haram dan salah guna passport Malaysia oeh pihak tertentu, termasuk pengganas.
“Saya merasakan perkara ini merupakan ancaman kepada keselamatan Negara dan juga kepada imej Malaysia di mata dunia,” kata Yong Mantan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)
“Semasa saya menjadi ahli parlimen, saya menyuarakan isu-isu seperti kad pengenalan palsu dan buku ‘IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah’ yang ditulis oleh Mutalib M.D di Parlimen. Bagaimanapun, ia tidak diambil serius oleh pihak berkuasa dan tidak ada tindakan susulan dari mereka,” katanya di sini.
Yong memetik kandungan buku Mutalib seperti pendedahan bagaimana pendatang haram mendapat kad pengenalan mereka melalui gerakan besar-besaran yang memberi laluan kepada pendatang asing menjadi warganegara.
Sejak itu, komposisi kaum Sabah berubah dan ini membawa kepada perubahan scenario politik yang berbeza di Sabah.
“Sumber yang diperlukan untuk mendapatkan passport Malaysia adalah kad pengenalan Malaysia yang kini dikenali sebagai Mykad,” tambah Yong.
Perkara Mykad turut disuarakan dua ahli Parlimen dari SAPP, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Chua Soon Bui.
CASH GESA BPR BERTINDAK!
SIKAP lepas tangan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung isu pengswastaan Pelabuhan Labuan kepada Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd (LLPM) menyebabkan anak syarikat Dewan Perniagaan Melayu Labuan (DPML) itu terlepas daripada tindakan walaupun bukti telah mencukupi.
“Kita tidak tahu apa yang mereka mahu lagi kerana sudah jelas pengswastaan pelabuhan bebas cukai berkenaan dikendalikan secara tidak sah dan pengswastaannya pula membelakangkan Dasar Pengswastaan dan Pengkorporatan Malaysia,” ujar Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH), Datuk Patrick Sindu, setelah menerima kunjungan lebih 20 peniaga Labuan.
Menurut Patrick, adalah tidak mungkin BPR tidak mengetahui bahawa hanya Jabatan Laut Persekutuan yang mempunyai locus standi untuk meluluskan pengendalian pelabuhan dan bukannya Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Adalah tidak wajar kata Patrick, Pelabuhan Bebas Cukai di Labuan boleh dikendalikan secara bebas dan mendorong berlakunya rasuah dan penyalahgunaan pelabuhan untuk kegiatan penyeludupan kerana Jabatan Kastam hanya memeriksa di pintu keluar dan bukannya di kawasan penempatan kontena yang boleh dimasuki secara bebas daripada jeti dan pantai.
“Caj penggunaan dan kadar harga penyimpanan kontena yang dikenakan terlalu tinggi sehingga membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi menampung kos pengangkutan,” ujar Patrick yang telah menemui pegawai BPR beberapa kali namun tidak ada sebarang tindakan dilakukan.
Sehubungan itu, Patrick merayu Ketua Pengarah BPR agar membuka semua fail aduan Jawatankuasa Pengguna Pelabuhan dan mengarahkan pegawai kanan menjalankan siasatan berhubung pengswastaan Pelabuhan Labuan yang tidak mengikut peraturan.
“Jika hal ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, saya fikir Penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak banyak membantu,” ujar Patrick yang jelak kerana pihak penguatkuasa bersekongkol dengan mereka yang menyalahguna kelonggaran undang-undang untuk membuat keuntungan daripada kesengsaraan rakyat.
Kata Patrick lagi, surat arahan Ketua Pengarah Aduan Awam, Jabatan Perdana Menteri tidak dipatuhi dan diabaikan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang masih membenarkan LPPM mengendalikan Pelabuhan Labuan atas dasar bulan ke bulan.
“Kalau BPA pun tidak laku, kita tidak tahu mahu mengadu kepada siapa lagi,” kata Patrick yang turut menerima aduan ramai penduduk Labuan terpaksa membeli barang keperluan di Kota Kinabalu kerana harga barang di Labuan meningkat lebih 30 peratus sehingga membebankan penduduk Labuan.
SELAMAT HARI NATAL!
SAYA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Natal kepada rakyat Malaysia. Semoga Hari Natal yang disambut dalam suasana suram akibat kemelesetan ekonomi akan menyedarkan kita betapa pentingnya memerangi pendatang tanpa izin dan anasir yang seangkatan dengannya. Kita tidak perlu bersedih dengan apa yang berlaku kerana jika kita bersatu PTI akan berjaya dihapuskan juga di suatu hari nanti. Kebanyakan Dalang PTI sudah mati dalam keadaan yang amat hina kerana Hukum Karma tetap berjalan. CCTV Tuhan tidak pernah cuai. Jika tidak ditangkap di dalam negara, musibah akan menimpa mereka di luar negara. Bagi pihak blog ini, saya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan berbangga menjadi BANGSA MALAYSIA.Selamat Maju Jaya!
PTI KINI SEMAKIN GANAS?
LAPOR...Hassnar menunjukkan dua laporan polis yang dibuatnya di hadapan Balai Polis Menggatal selepas memberi keterangan.
IBARAT Kaduk naik junjung, warga Indonesia yang memperolehi kad pengenalan projek dan diberi suaka politik oleh UMNO kini bertindak semakin ganas dengan menjadi ‘samseng jalanan’ (Road Bully).
Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Haji Ebrahim menyatakan demikian selepas membuat dua laporan polis di Balai Polis Inanam (Inanam/006585/08 dan 006586/08) dan memberi kenyataan di Balai Polis Menggatal terhadap seorang pembuli jalanan yang dikenalpasti sebagai Bahtiar, seorang Ketua Cawangan UMNO Kg.Warisan.
“Saya menyeru semua rakyat Sabah agar berani menghadapi pembuli jalanan terutama mereka yang diberi kerakyatan melalui jalan belakang dengan membuat laporan polis. Kebanyakan Orang asing ini tidak beradat dan membawa budaya samseng dari negara asal mereka ke negara ini,” ujar Hassnar yang kesal kerana kejadian ini berpunca daripada gara-gara merebut tempat letak kereta di hadapan Balai Polis Inanam.
Menurut Hassnar, beliau kesal kerana Pembuli Jalanan berkenaan seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia dengan menunjukkan samseng di hadapan Balai Polis.
“Sebagai seorang warganegara, saya kesal kerana polis yang sering memberi amaran akan mengambil tindakan hanya berbohong kepada rakyat. Aduan seumpama ini pernah diadukan tetapi tidak ada sebarang tindakan drastik diambil oleh pihak polis menyebabkan pembuli jalanan menjadi-jadi ,” ujar Hassnar lagi menggesa agar polis mengotakan amaran yang diberikan Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.
Tegas Hassnar, beliau membuat laporan kedua disebabkan beliau berpendapat Pembuli jalanan ini tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana budaya samseng yang ditonjolkannya akan menjadi teladan buruk kepada rakyat Malaysia yang lain.
“Saya akan susul perkara ini dengan pihak berwajib terutama Jabatan Pendaftaran Negara untuk mempastikan kerakyatan pembuli jalanan ini tidak menjadi dalang kepada keharmonian rakyat Malaysia,” tegas Hassnar yang berjanji akan mengheret pembuli ini kemuka pengadilan jika polis lambat bertindak atau mengabaikan laporannya.
Menurut Hassnar lagi beliau terkejut kerana PTI berkenaan berani menuding jari ke mukanya dan menjerit secara kasar dengan mengatakan “Bodoh kau, kalau kau anak jantan mari kita ke sana,” (dengan slanga Bugis) hanya kerana mahu merampas tempat letak kereta daripada Hassnar yang lebih dahulu sampai daripada PTI berkenaan.
Tuesday, December 23, 2008
'JOCKEY PARKING SERVICES ATAU LANUN DARAT?
HARAM...Salah satu kompleks yang menyediakan kemudahan JPS
PERKHIDMATAN Jockey Parking Services (JPS) yang diamalkan di beberapa kompleks membeli belah dan hotel menimbulkan pelbagai rungutan di kalangan orang awam terutama kadarnya yang agak mahal menyebabkan Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH) menerima tidak kurang daripada 73 aduan berhubung isu ini.
Presidennya, Datuk Patrick Sindu berkata, demi kepentingan pengguna dan orang awam, beliau meminta Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memantau kegiatan berkenaan yang menyusahkan orang ramai terutama di kawasan terbuka (open space) dan hak orang awam.
“Kawasan ini tidak patut diperdagangkan kerana bercanggah bylaw dan kepentingan pengguna dan tidak ada pihak boleh menafikan hak pengguna untuk mendapatkan kadar rendah bagi tempat letak kereta yang dikendalikan oleh syarikat tertentu dan bukannya boleh dikendalikan sesuka hati oleh pemilik bangunan,” ujar Patrick yang sempat memantau empat lokasi iaitu Kompleks Asiacity, Hotel Hyyat Kinabalu, Warisan Square dan Sadong Jaya.
MAHAL...Kadar yang ditetapkan agak mahal ketika ekonomi semakin merosot.
Patrick mengakui pihaknya tidak dapat mengenalpasti apakah Pengendali JPS ini membayar sesuatu yuran kepada kerajaan atau tidak kerana belum ada sebarang pengumuman dibuat oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu apakah pemilik bangunan boleh mengutip yuran sesuka hati tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Walaupun ada pihak menerima kaedah JPS, tetapi majoriti pengguna kurang berpuas hati kerana kawasan mereka berlalu lalang semakin sempit disebabkan tindakan pemilik premis menggunakan kawasan lapang sebagai tempat letak kereta walaupun mempunyai tempat letak kereta bertingkat.
“Ini agak janggal. Bukan kelab eksklusif. Tak patutlah kenakan bayaran parking yang tinggi. Kadar inflasi semakin tinggi, kuasa beli semakin merosot kerana ekonomi semakin teruk dan jika semua pihak mengambil kesempatan membuat wang di kawasan awam adalah sesuatu yang keterlaluan,” tambah Patrick yang menambahkata pihaknya akan mengunjungi Mayor Kota Kinabalu selepas Krismas untuk mengutarakan masalah rungutan pengguna termasuk JPS.
Dalam pada itu, seorang pengunjung Warisan Square agak berang apabila dikenakan bayaran RM5 bagi tempoh satu jam meletakkan kereta di kawasan awam tetapi dirompak untuk dijadikan kawasan letak kereta.
“Ini bukan lagi manusia, tetapi lanun darat. Mana patut letak saja RM5, walaupun lima minit?,” getus Mansor yang juga seorang guru kerana terpaksa membatalkan niatnya untuk meletakkan kenderaan di situ sebaliknya terus ke Wisma Merdeka.
Bagaimanapun, seorang pegawai kerajaan yang bercuti ke Kota Kinabalu agak terkejut apabila Hotel Hyyat Kinabalu mengenakan bayaran RM33 bagi satu jam letak kereta di tempat letak kereta yang disediakan untuk pengunjung hotel.
“Saya tidak tau apa mau cakap? Kenapa kerajaan biarkan perkara ini terjadi. Mana ada jockey, saya pandu sendiri dan inilah kali pertama saya disamun di siang hari di Sabah,” ujar Mayakub sambil mendengus kerana kesal dengan sikap hotel berkenan mencekik darah!
TANDAS DI SABAH TIDAK MESRA ISLAM?
AIR BERUBAT....Nordin hairan bagaimana mau menyucikan diri selepas membuang air kecil jika paip air ini berubat dan boleh memudaratkan kulit.
RAMAI Pelancong Arab dan Negara Islam lain kurang gemar mwengunjungi restoran hotel bertaraf antarabangsa dan kompleks membeli belah di Sabah kerana tidak mesra Islam.
"Mereka mengadu kepada Cash bahawa kebanyakan tandas lobi di hotel atau di kompleks membeli belah terutama berdekatan restoran tidak mempunyai paip air bagi membolehkan mereka beristinjak," ujar Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Sabah, Nordin Thani.
Mereka terpaksa membatalkan niat mereka untuk makan apabila melihat tandas yang walaupun bersih namun tidak mempunyai kemudahan untuk bersuci daripada hadas kerana hanya disediakan tisu.
"Ketiadaan paip air atau air yang dicampur ubat menyebabkan mereka merasa tidak selesa kerana diri mereka dalam keadaan hadas besar atau kecil sehingga sukar menunaikan ibadah," tegas Nordin yang meminta kerjasama agar hotel dan pusat membeli belah menyediakan tanpa yang mempunyai kemudahan paip air dan hos getah.
Lebih buruk lagi kata Nordin,kemudahan tempat menggantung pakaian dan kunci tandas tidak disediakan atau rosak akibat vandalisme.
AIR... Tiada paip air menyebabkan sukar beristinjak.
Sebagai sebuah negara yang mengakui Islam sebagai agama rasmi,Nordin menyarankan agar Menteri Pelancongan mengetatkan syarat kepada hotel dan kompleks yang mahu membeli belah dan kawasan kunjungan awam menyediakan kemudahan paip air dan kemudahan berwudhu untuk menarik pelancong yang beragama Islam.
Kebanyakan pelancong Timur Tengah tertumpu di Kuala Lumpur dan Singapura berbanding Sabah dan Sarawak yang dipercayai dipengaruhi oleh kemudahan tandas yang tidak mesra Islam dan kotor.
FELDA UNTUK SIAPA?
LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang didatangkan khas ke Sabah untuk membangunkan Semenanjung Dent yang sebelum ini terkenal sebagai kubu persembunyian lanun di era 70-an mula membenihkan kejayaan menukarkannya ’Zon Pirate Of Dent Heaven’ menjadi tanah ladang yang subur.
Program asal Felda ialah untuk membangunkan kawasan terbiar dan menempatkan semula masyarakat di Sabah melalui pembukaan tanah rancangan untuk para peneroka namun akibat sikap kurang minat penduduk tempatan Felda telah menukar skim penempatan peneroka dengan skim perladangan komersil berikutan pengkoporatan Felda yang menyaksikan penubuhan beberapa anak syarikat seperti Felda Plantation Sdn.Bhd.
Namun dalam kebanggaan rakyat Sabah terhadap kewujudan Felda, tanpa sedar ramai WARGA PENYU (Warga Asing Yang Pendapat Kad Pengenalan Projek) mengambil kesempatan merebut peluang yang ditinggalkan anak tempatan dengan menyertai tanah rancangan Felda.
Berikut dipaparkan sebahagian daripada Warga Penyu yang berasal dari Indonesia atau Filipina yang mengecapi nikmat sebagai Peneroka di Tanah Rancangan FELDA Sahabat terutama Anjung Teduh, Lahad Datu.
No.Rumah: 58
Nama: HASSAN BIN HJ MANULA
No.K/P: H0294982
Tarikh Lahir: 18 MEI 1950
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 21 OKTOBER 1991
Data Isteri:
Nama: TIPAI BTE ABDUL HASID
No.K/P: H0278567
Tarikh Lahir: 1956
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 71/83 BARMAH WATI 29/12/1982
457/91 MOHD KHAIRUL 13/05/1991
No.Rumah 179
Nama: MUJI B APANG
No.K/P: H0293689
Tarikh Lahir: 16 MAC 1957
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 20 DISEMBER 1991
Data Isteri:
Nama: SAHADA BT JURANI
No.K/P: H0290928
Tarikh Lahir: 24 MAC 1961
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 181/78 SAADIAH 05/02/1978
1184/80 FAIZAL 18/07/1980
2329/81 HALIMAH 15/12/1981
2212/83 MUHAMMAD ENIL 06/12/1983
3162/85 MARIANA 17/11/1988
1931/88 ABDUL BASIR 01/07/1988
No.Rumah 199
Nama: LANARI LATIPU
No.K/P: H0328807
Tarikh Lahir: 13 JANUARI 1958
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 24 JUN 1992
Data Isteri:
Nama: SENAA KENORNE
No.K/P: H0328805
Tarikh Lahir: 30 JUN 1960
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: NIL ABIDIN 13/02/1983
NIL ZAINAL 26/05/1980
NIL GUSTIA 13/09/1984
NIL GUNIA 13/09/1984
NIL SURINI 10/04/1986
No.Rumah 02
Nama: MANAGOLA BIN ALIP
No.K/P: H0304719
Tarikh Lahir: 17 JANUARI 1954
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 11 JUN 1990
Data Isteri:
Nama: MURIN BTE JURAN
No.K/P: H0304718
Tarikh Lahir: 8 MEI 1956
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 198/75 ERVINNA 30/01/1975
1590/79 ROSNIE 17/10/1979
2062/80 ABDUL JAMIL 02/12/1980
2125/82 NORYANA 25/11/1982
907/84 HELENA 19/05/1984
1198/86 ABDUL RIZAN 19/05/1986
No.Rumah 07
Nama: DAHANG BIN KASA
No.K/P: H0383222
Tarikh Lahir: 06 MEI 1950
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 06 MEI 1950
Data Isteri:
Nama: SIWATI BTE BILAT
No.K/P: H0305474
Tarikh Lahir: 16 OGOS 1954
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 2031/73 NURDIN 02/08/1973
8119/74 SATRIANI 26/10/1974
43/77 SAFRUDDIN 04/10/1977
2051/78 MUHAMMADIN 12/06/1978
535/85 JUMIATI 14/12/1984
3801/86 NURHAGATI 14/07/1986
1357/89 NURNATI 16/03/1989
4840/90 HASNAH 10/08/1990
No.Rumah 15
Nama: HJ SULTAN BIN DARUMA BACO
No.K/P: H0292322
Tarikh Lahir: 12 SEPTEMBER 1954
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 26 MEI 1991
Data Isteri:
Nama: KARTINI BTE LASADDE
No.K/P: PASPORT NO. 462070 (INDONESIA)
Tarikh Lahir: 15 APRIL 1962
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 382/82 MAHADIR 03/04/1982
NIL SITI ASMA 26/10/1974
43/77 SAFRUDDIN 03/04/1984
75/87 MASLINDA 26/12/1986
866/90 MOHD FADLY 05/10/1990
No.Rumah 29
Nama: HABBA BIN LABEDDU
No.K/P: H0381048
Tarikh Lahir: 12 JULAI 1957
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 23 MEI 1991
Data Isteri:
Nama: JUGE BTE MUHAMMADIAH
No.K/P: H0381099
Tarikh Lahir: 15 OGOS 1964
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 194/74 MOHD YUSOF 18/04/197
485/84 KASMA 19/04/1984
502/86 NURMIA 06/05/1986
No.Rumah 37
Nama: SUKARDI BIN MOHD
No.K/P: H0331761
Tarikh Lahir: 13 MAC 1957
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 26 MEI 1991
Data Isteri:
Nama: IMARIAMA BTE LAHASANG
No.K/P: H0334665 (Pasport E070288- 297118/IC.156 (T) 1815)
Tarikh Lahir: 06 OGOS 1958
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 404/84 ISUKMA 16/03/1984
NIL SALENG NIL
No.Rumah 47
Nama: MOHAMAD LOH BIN JAWAJI
No.K/P: H0286997
Tarikh Lahir: 23 FEBRUARY 1958
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 25 MEI 1991
Data Isteri:
Nama: ASMAH BTE SHAHAN
No.K/P: H06177650
Tarikh Lahir: 01 DISEMBER 1964
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 143/79 JASMAH 12 JANUARI 1979
579/87 ZAINAB 23 MAC 1981
No.Rumah 52
Nama: SAKKA B SANIHANI
No.K/P: H0330121
Tarikh Lahir: 7 MEI 1960
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 30 MEI 1991
Data Isteri:
Nama: ASIDAH BTE ABIARIH
No.K/P: H0666283
Tarikh Lahir: 17 MAC 1959
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 1646/83 FAZLAN 02 OGOS 1983
659/88 MOHD AZAHAR 04 APRIL 1988
No.Rumah 77
Nama: AMBRULLAH B MASTUR
No.K/P: H0574820
Tarikh Lahir: 10 MEI 1962
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 20 JULAI 1993
Data Isteri:
Nama: FARIDAH BT JAMARUN
No.K/P: H0710304 (BC 2073/67)
Tarikh Lahir: 07 NOVEMBER 1967
Bangsa: SULUK
Data Anak
No SL/ KP: 5988/88 ASMAFASILLAH 23 NOVEMBER 1988
5877/89 ARSRIL 11 NOVEMBER 1989
5878/89 ISMA NURULLAH 11 NOVEMBER 1989
10345/91 ISMA ALHAN 15 OKTOBER 1991
No.Rumah 87
Nama: LATAHIR BIN RAUF
No.K/P: H0289339
Tarikh Lahir: 27 JANUARI 1962
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 02 OGOS 1991
Data Isteri:
Nama: SALASIA BTE MANDORA
No.K/P: H6022973 (MERAH)
Tarikh Lahir: 04 OKTOBER 1966
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 4586/87 AHMAD ZAERI 17 SEPTEMBER 1987
2452/91 AHMAD AINI 03 MAC 1991
No.Rumah 91
Nama: ABDUL RAHMAN BIN BETANG
No.K/P: H0569533
Tarikh Lahir: 10 MEI 1958
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 02 OGOS 1991
Data Isteri:
Nama: HANISAH BT MASARANG
No.K/P: H0564532
Tarikh Lahir: 03 MAC 1962
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 436/80 ROMMIE 25 MEI 1980
56/83 MAKAINI 27 NOVEMBER 1982
1718/84 MARLINA 07 DISEMBER 1984
36/87 HELMI 07 JANUARI 1987
6192/89 SURWINAH 25 OKTOBER 1989
No.Rumah 101
Nama: ABDUL SALAM BIN AMBO RAPPE
No.K/P: H 0565104
Tarikh Lahir: 19 JULAI 1953
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 10 OGOS 1991
Data Isteri:
Nama: IBANDANG BT RAMLI
No.K/P: H0565123
Tarikh Lahir: 02 MEI 1955
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: H0912690 SAMSIA 23 SEPTEMBER 1975
1058/77 SALMIAH 15 OGOS 1977
899/79 SALMA 15 MAC 1979
530/84 SAIFULLAH 22 FEBRUARI 1984
375/86 SANAWIAH 20 FEBRUARI 1986
2173/81 SAIDAH 04 SEPTEMBER 1987
No.Rumah 102
Nama: UDING B TULLE
No.K/P: H0564218
Tarikh Lahir: 23 JANUARI 1954
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 14 OGOS 1991
Data Isteri:
Nama: TASAKA BT BARU
No.K/P: H0415187
Tarikh Lahir: 22 NOVEMBER 1961
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: NIL MARDIANI 03 DISEMBER 1978
NIL AMIR 03 JULAI 1980
51/83 MOHD AZMAN 31 DISEMBER 1982
2301/86 MOHD ASIS 18 OGOS 1986
1230/88 MOHD ALWI 04 MEI 1988
3591/90 ABD RACIT 05 OKTOBER 1990
No.Rumah 103
Nama: ALI B PALALOI
No.K/P: H0380219
Tarikh Lahir: 26 OKTOBER 1953
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 14 OGOS 1991
Data Isteri:
Nama: DAMAWIYA BT RABONG
No.K/P: H0481088
Tarikh Lahir: 05 APRIL 1958
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 1378/78 PATMAWATI 07 OKTOBER 1978
2485/85 JUSNAWATI 10 SEPTEMBER 1985
No.Rumah 105
Nama: SAINUDDIN BIN BABA
No.K/P: H0325023
Tarikh Lahir: 09 SEPTEMBER 1952
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 29 OGOS 1991
Data Isteri:
Nama: MAISURIA BT MAME
No.K/P: H0325594
Tarikh Lahir: 06 JUN 1958
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 444/78 SALUMA 28 OGOS 1978
4975/82 HERMAN 15 DISEMBER 1982
5446/86 UMAR 15 DISEMBER 1986
184/92 RAHMAN 06 JANUARI 1992
No.Rumah 107
Nama: TAHANG B BEDU
No.K/P: H0326892
Tarikh Lahir: 21 FEBRUARI 1954
Bangsa: BUGIS
Tarikh lapor diri: 21 APRIL 1943
Data Isteri:
Nama: KAMU BT AMBOTANG
No.K/P: H6003742 (MERAH)
Tarikh Lahir: 1956
Bangsa: BUGIS
Data Anak
No SL/ KP: 1182/73 SADDIA 10 MEI 1973
3286/74 SAMSUDIN 12 NOVEMBER 1974
2714/76 SAMSIAH 24 OGOS 1976
4490/79 SUDIRMAN 11 NOVEMBER 1979
5242/83 AMBO SAKKA 20 SEPTEMBER 1983
No.Rumah 132
Nama: ABDUL MAD B MILAHAD
No.K/P: H0287600
Tarikh Lahir: 1953
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 18 OKTOBER 1991
Data Isteri:
Nama: NORMADIAH BTE JUMANI
No.K/P: H0692615
Tarikh Lahir: 10 JULAI 1964
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 1408/79 ARBAIYAH 12 SEPTEMBER 1979
1609/83 ARBAIYAH 30 SEPTEMBER 1983
872/85 SABTIAH 26 APRIL 1985
No.Rumah 140
Nama: BAYANI B SINDANG
No.K/P: H0307910
Tarikh Lahir: 07 APRIL 1953
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 18 OKTOBER 1991
Data Isteri:
Nama: NORIZAH BT ABAH
No.K/P: H0400539
Tarikh Lahir: -
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 4612/90 JOMAR 05 DISEMBER 1981
2092/88 FAHAD 04 OKTOBER 1988
1081/90 FAHAD 31 MAC 1990
No.Rumah 150
Nama: AKMARUN BIN RABBUN
No.K/P: H0295058
Tarikh Lahir: 15 FEBRUARI 1960
Bangsa: BAJAU
Tarikh lapor diri: 16 APRIL 1993
Data Isteri:
Nama: SITTI RUHAYA BT OMAR BASA
No.K/P: H0783671
Tarikh Lahir: 17 JANUARI 1966
Bangsa: BAJAU
Data Anak
No SL/ KP: 40/83 KADIR HUSMAN 5 NOVEMBER 1982
782/84 MASTURA 09 MEI 1984
414/86 ERMEE 05 MAC 1986
758/88 ROZITA 18 MAC 1988
2390/91 FADZILLAH 15 FEBRUARI 1991
9184/94 EFINDI 18 DISEMBER 1992
Tindakan Felda menghentikan pengambilan peneroka mungkin disebabkan bantahan anak jati Sabah terhadap kewujudan ramai warga Penyu di Felda dan dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.
Pendedahan ini hanya sekelumit bukti, namun majoriti kontraktor Felda dan lebih 60 peratus peneroka terdiri daripada Warga Penyu.
Bagaimanapun Felda telah menunaikan tanggung jawabnya dengan menawarkan pampasan kepada Kerajaan Negeri untuk diagehkan kepada rakyat yang menerima kesan daripada pembangunan tanah rancangan Felda iaitu Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan.
Sejumlah RM50 juta telah diserahkan kepada Kerajaan iaitu RM25 juta disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan bakinya kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek perumahan rakyat termiskin yang kini belum menjadi kenyataan.
Subscribe to:
Posts (Atom)