Search This Blog
Friday, April 10, 2009
SIAPAKAH SULTAN SULU YANG SEBENARNYA?
TIDAK siapa tahu siapakah Sultan Sulu yang sebenar, melainkan Tuhan yang selama ini menguji waris Sultan yang masih menerima RM5,300 sebulan daripada Kerajaan Malaysia?
Namun tidak siapa juga tahu bahawa wang cession berkenaan tidak dapat ditunaikan dan disimpan oleh Pemegang Amanah iaitu Peguam Ulka T.Ulama disebabkan tidak siapapun yang masih hidup diiktiraf sebagai Sulta Sulu yang sah.
Persoalannya, jika benar Kesultanan Sulu masih wujud, kenapa semua yang mengaku Sultan Sulu yang datang ke Sabah menggunakan PASPORT FILIPINA dan bukannya PASPORT SULU!
Berita Lanjut di Sabahkini.net
PILIHANRAYA KECIL USUKAN?
PENANGKAPAN Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Japlin Akim oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung lebih lapan aduan kes rasuah terhadapnya baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pilihanraya kecil Usukan.
Japlin yang ditangkap bersama seorang kontraktor telah diawasi sejak setahun lalu oleh SPRM tidaklah mengejutkan setelah umum mengetahui beliau dijatuhi hukuman gantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.
Berita Lanjut di Sabahkini.net
Tuesday, April 7, 2009
TAHAN PEMBAKAR BENDERA DI BAWAH ISA?
PARTI Bersatu Sabah (PBS) menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk menahan 12 orang yang terlibat membakar bendera Sabah di Lahad Datu sabtu lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketua Penerangan PBS, Johnny Mositun berkata, partinya yang selama ini telah menyuarakan masalah pendatang tanpa izin di Sabah secara konsisten menganggap insiden berkenaan sebagai mengancam keselamatan dan kedaulatan Sabah di dalam Malaysia.
"Kami di dalam PBS, termasuk sayap Pemuda sangat kecewa dengan insiden ini. Kita sepatutnya menghormati bendera Sabah sebagai simbol kedaulatan kita. Sehubungan itu kami merayu agar kerajaan tidak bertolak ansur dengan kejadian dan provokasi ini," ujar Johnny yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pentadbirannya tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara sewenang-wenangnya tetapi akan mengutamakan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan awam.
Perdana Menteri berkata akta itu sedang dikaji untuk memastikan ia mengandungi beberapa peruntukan yang menegakkan prinsip-prinsip berkenaan.
"Beberapa peruntukan (ISA) akan mencerminkan kehendak kita (kerajaan) untuk menegakkan kebebasan awam dan ada 'check and balance' supaya tidak mudah ada penggunaan ISA secara arbitrari (sewenang-wenang) atau mengikut kehendak pihak berkuasa tanpa melihat kepada hak asasi dan kebebasan awam rakyat Malaysia," kata Najib yang membebaskan 13 tahanan ISA baru-baru ini merupakan suatu isyarat kerajaan yang mementingkan hak asasi dan kebebasan awam dalam masyarakat demokrasi yang moden, matang dan bertamadun.
KEDAULATAN SABAH MUNGKIN TERANCAM?
KEDAULATAN Sabah mungkin terancam sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak memadamkan api kebangkitan United Tausug Citizen (UTC) yang mula merebak ke Sabah kerana sempadan negara ini mudah bolos.
"Kita telah merasai keperitan apabila Pulau Batu Putih yang sekecil itu dilucutkan hak tetapi kita akan lebih malu dan menderita jika isu tuntutan waris kesultanan Sulu ke atas Sabah tidak diselesaikan dengan bijaksana," ujar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.
Sehubungan itu, Bumburing merayu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil langkah proaktif secara biliteral dan komited bagi menjamin kedaulatan Sabah terjamin di dalam Persekutuan Malaysia.
BERLATIH....UTC sedang giat berlatih dan kemungkinan besar akan menjadikan Sabah sebagai pangkalan.
Tegas Bumburing, beliau dan rakannya telah membahas isu kedaulatan Sabah di Parlimen, namun kekurang pekaan pemimpin terdahulu menyebabkan Sabah diambang bahaya berikutan kebangkitan UTC yang mempunyai hubung kait dengan warganegara Filipina yang diberi taraf penduduk tetap dan warganegara Malaysia.
"Saya meyakini kepimpinan Dato' Seri Najib akan memberikan keutamaan kepada Sabah terutama menyelesaikan isu 'tuntutan palsu' yang berlarutan sekian lama sehingga menyebabkan rakyat Sabah mencurigai kejujuran Kerajaan Persekutuan akibat perlambakan pendatang haram di Sabah," kata Bumburing yang tidak jemu-jemu bercakap tentang isu pendatang haram dan kerakyatan songsang di Parlimen.
Bumburing menimbulkan isu kedaulatan ini sebagai mengulas tindakan 12 orang berketurunan Suluk cuba mencabar 'Kerajaan Malaysia' dengan bertindak nekad membakar enam bendera Sabah di Lahad Datu baru-baru ini.
SILA LIHAT VIDEO INI YANG MENAKJUBKAN: TAUSUG DARI SABAH!
Tindakan berkenaan, kata Bumburing adalah ancaman kepada negeri Sabah dan tidak boleh dipandang remeh dan mencadangkan agar pelakunya dilucutkan kerakyatan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mereka yang mengaku Waris Sultan Sulu.
"Jika mereka memiliki mykad Malaysia, bagaimana mereka boleh mengaku Waris Sultan Sulu? Bukankah ini mengancam kedaulatan Malaysia?," tanya Bumburing ketika ditemuramah Sabahkini.net.
Bumburing menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman agar menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat insiden ini yang telah menjatuhkan imej negara apabila pihak polis hanya bertindak untuk mendakwa mereka menyertai perhimpunan haram.
Tidak boleh tidak kata Bumburing, tindakan membakar bendera Sabah adalah perbuatan subversif yang tidak boleh dipandang ringan dan wajar dihukum setimpal dengan perbuatan mereka yang disifatkan sebagai Menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata insiden membakar bendera di Lahad Datu, Sabtu lepas, sebagai serius yang boleh mencetus rusuhan awam dan menimbulkan keadaan huru-hara.
“Membakar bendera adalah perkara amat serius. Ini bukan budaya kita dan tidak boleh bertolak ansur,” katanya.
Musa, yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, berkata beliau telah meminta polis menyiasat perkara itu secara terperinci supaya insiden seperti itu tidak berulang.
Dalam kejadian pukul 8.40 pagi itu, 12 orang termasuk seorang yang mendakwa dirinya dari keturunan Sultan Sulu, ditahan kerana membakar enam bendera negeri Sabah di hadapan pasar pekan Lahat Datu dan di sebuah pasar raya di situ.
SILA LIHAT VIDEO SELEBIHNYA DI: www.sabahkini.net
LAHAD DATU SELAMAT WALAU DIBANJIRI PTI?
LAHAD DATU yang pernah diserang 15 orang lanun berpakaian celoreng dan melarikan RM250,000 daripada Standard Chartered Bank Lahad Datu pada 1986 dijamin selamat sekalipun menjadi sarang pendatang asing tanpa izin terutama yang tinggal di perkampungan setinggan di dalam pekan dan bersembunyi di Felda.
Kejadian 12 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Sultan Borneo' yang diketuai oleh mantan Calon Bebas pilihanraya umum 2004, Datuk Abdul Razak Datu Aliuddin yang bertindak membakar enam bendera bendera Sabah dan mencabar polis menangkap mereka tidak boleh dipandang ringan.
Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam, Johani Abdul Halim mendesak agar polis menjalankan siasatan yang rapi kerana beliau percaya tuntutan kumpulan ini ada hubung kait dengan tercetusnya sengketa di selatan Mindanao antara United Tausug Citizen (UTC) dengan tentera Kerajaan Filipina.
"Kenapa mereka hanya dituduh berhimpun secara haram dan tidak menumpukan siasatan terhadap tidakan menderhaka kepada Yang Di Pertua Agong kerana membakar bendera negeri yang berada di bawah Pemerintahan Yang Di Pertuan Agong," ujar Johani yang kesal dengan kejadian berkenaan.
Johani bagaimanapun yakin dengan kredibiliti polis dan pasukan keselamatan yang mengambil langkah berjaga-jaga namun mengharapkan agarAPMM turut memastikan warga Filipina tidak lepas masuk secara bebas ke Sabah.
"Kedaulatan wilayah Sabah harus diutamakan dan tidak memandang remeh ancaman daripada warga Filipina yang mendapat kad pengenalan Sabah dan mengaku waris Sultan Sulu," ujar Johani lagi.
Johani turut kesal dengan kejadian tembak menembak secara terbuka yang dilakukan oleh anggota polis di Pasar Ikan Lahad Datu seperti yang disiarkan di Youtube dan meminta polis memberikan penjelasan kepada masyarakat yang kini trauma dengan kejadian berkenaan.
VIDEO TEMBAK MENEMBAK DI LAHAD DATU
Subscribe to:
Posts (Atom)