Search This Blog

Saturday, April 25, 2009

LEGASI POLITIK MAGINDORA!




DATUK SERI SHAFIE AFDAL: LEGASI MAGINDORA!

Oleh: ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH

NOTA: Rencana politik ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak ada kena mengena atau mencerminkan pandangan Laman Web ini. Sila rujuk rencana asal di WWW.SABAHKINI.NET



MENGIKUT James Francis Waren North Borneo terbahagi kepada 3 Kawasan perdagangan di zaman pemerintahan Kesultanan Sulu 1768 hingga 1898 iaitu 1. Daerah Marudu, 2. Daerah Magindora dan 3. Daerah Tirun seperti peta di bawah.




Lakaran persempadan Daerah Daerah Perdagangan North Borneo 1768 - 1898

Dalam laporan dan penulisan kali ini saya cuba membawa perhatian pembaca melihat secara mendalam daerah MAGINDORA mempunyai lima pusat penempatan yang dikenal pasti pada semasa British North Borneo Chattered (BNBC) iaitu Kinabatangan, Sabahan, Madai, Giong, Tidong dan satu Wilayah bebas yang dikenali Omadal.

Banyak perkara yang tersirat di sebalik tersurat yang perlu kita ketahui bersama dan berkongsi pengalaman untuk mengetahui lebih mendalam perkembangan politik, sosio-budaya dan ekonomi kawasan ini khasnya wilayah bebas Omadal yang terletak di MAGINDORA DISTRICT.

Satu penemuan yang sangat istimewa saya temui dalam kawasan MAGINDORA ialah terdapat satu kawasan PEMERINTAHAN BEBAS dan tanpa kawalan dalam sistem pemerintahan bersultan di kawasan Sulu Zon iaitu PULAU OMADAL yang tidak dikawal langsung oleh Kesultanan Sulu dan Bolongan.


Namun pulau ini mengikut sejarah dan lagendanya diperintah dan ditadbir secara sistematik mengikut lunas- lunas Sistem Pemerintahan Islam dengan pimpinan 'superior' di bawah para Ulama, Imam, Khatib, Bilal serta Panglima mereka, Laksamana, Mahadraja, Legadong, Munari dan benyagah-benyagah sejak sekian lama.

PULAU OMADAL

Sangat sedikit sejarah diketahui mengenai Pulau ini, selain dari lagenda dan penulisan kajian Iimiah yang dibuat selepas merdeka.

Namun pulau ini menyimpan sejarah yang perlu kita kaji secara mendalam kerana penemuan yang dapati ini amat menakjubkan dan memberikan peluang kepada pengkaji sejarah untuk mengetahui lebih mendalam lagi.

Pulau yang berlagenda ini sebenarnya adalah WILAYAH MERDEKA sehingga 1903 dan TIDAK PERNAH di perintah oleh DUA KESULTANAN yang amat dominan pada zaman itu. Para pengkaji telah gagal mengenalinya dari sudut struktur politik yang tersimpan sekian lama.

Mengikut catatan British North Borneo, semasa mereka menjalankan Kajian dan memperluaskan sempadan sebaik sehaja mengambil alih pajakan Lease dari Kesultanan Sulu 1881, Masyarakat Pulau Omadal adalah masyarakat yang terawal mengistyharkan Perang dengan penjajah BNBC seawall 1884 di MAGINDORA.

Tiga peperangan telah berlaku di antara BNBC antara tahun 1884, 1885 dan 1886. Dalam peperangan ini Masyarakat Bajau telah Berjaya menghancurkan penempatan BNBC di Silam namun serang balas BNBC 1885 dan 1886 tidak membawa apa-apa kemenangan terhadap mereka kerana orang Bajau telah lebih awal menghidu rancangan serangan British.

British cuba mewujudkan daerah Semporna pada 1887 dengan merekrut masyarakat China dari Jolo diketuai oleh Toonah bersama kumpulan dari Tawi-Tawi khasnya Bajau Simunul, Sibutu, Balimbing, Banaran dan Buna-bunaaan bagi mengimbangi kekuatan masyarakat Bajau Omadal.


Penguasa dan pemimpin masyarakat Bajau Pulau Omadal dan Pulau Bum-Bum seperti Khatib Sarahari @ Maharaja Mahasari @ Sabhurari adalah di antara pemimpin yang mengetuai perang dengan BNBC seperti tertulis dalam sejarah masyarakat tempatan dan tercatat dalam tulisan pencatat sejarah British antara 1850 - 1915 bahawa Khatib Sarahari dan Laksamananya, legaddongnya, beserta benyagah-benyagahnya memulakan serangan berpusat di Tong Si Sarahari, Timbun Mata pada disember 1884.


Namun pihak BNBC tidak ingin meneruskan peperangan dengan masyarakat Bajau Omadal tetapi mengadakan perdamaian dengan menghantar wakil mereka, Usman untuk perdamaian.

Selepas 1903, pihak BNBC memasukkan Wilayah Omadal ini sebagai sebahagian dan kawasan BNBC dengan kerjasama Kesultanan Sulu selepas perkahwinan Khatib Sarahari dengan Keluarga Di Raja Sulu yang melahirkan 4 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan dan akhirnya Waris-waris Khatib Sarahari memulakan pembukaan penempatan baru yang berselerak di Kepulauan Semporna.

Manakala Imam Misuari @ Hj.Abdul Rahman (1899 – 1960) membuka Perkampungan Tangal sebagai pusat Penyebaran Agama di Pulau Bum-Bum dan Panglima Ripahani @ Ripah (1902 – 1965) membuka Sisipan dan Selokah Empat bagi mengasah pemuda-pemuda Bajau untuk menjadi pendekar dan pejuang bangsa.

Sementara anaknya dari isteri lain Imam Pahi Pahi dan Imam Lahu membuka Penempatan di Look dan Labuan Haji di Pulau Bum Bum.

Anak-anaknya yang lain meneruskan pembukaan penempatan baru di Tungku, Kampung Balimbang ( Panglima Buaya) sementara keluarga menantunya Imam Bangkas, Haji Mustapha pula terus menguasai wilayah Denawan, Si Amil, Sipadan dan Ligitan yang hanya mendapat kemerdekaannya pada 2002 atas Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bajau Omadal yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi seperti Panglima Ripahani, mengasuh dan mendidik Ulama yang handal seperti Imam Misuari, Bilal Baginda Ali dan Pahlawan-Pahlawan Agung seperti Khatib Gupurani @ Matoa Gupu @ Buaya Kabang membuktikan betapa hebatnya Pemimpin masyarakat Bajau di Daerah MAGINDORA sehingga tidak mampu untuk di kuasai oleh BNBC (British), Kesultanan Sulu dan Kesultanan Bulungan di antara 1850 – 1963.

Di awal perjuangan untuk memerdekakan Sabah, waris-waris Khatib Sarahari lah yang banyak memainkan peranan penting dan mendapat persetujuan untuk menyertai Malaysia dengan kerjasama waris Panglima Uddang.

Harus diingat 'Superior' Pempimpin Bajau terletak di tangan Ulama dan Ketua Agama sementara Panglima Panglima adalah orang suruhan Iman dan Khatib di zaman itu. Panglima datang dari Keturunan Bennyagah tetapi Ketua Agama lazimnya datang dari Keturunan Shiekh, Shariff atau Auliah, Sultan atau pemerintah atau paling lemah pun dari Keturunan alim ulama yang waraq dan bertanggungjawab terhadap masyarakat Bajau.

Manakala pernikahan beliau dengan perempuan Idahan Bagahak telah melahirkan Imam Pahi Pahi dan Imam Lahu iaitu saudara seibu dengan Datuk Panglima Abdullah Panglima Uddang.

Waris Khatib Sarahari inilah yang menjadi Legasi pempimpin politik yang amat berpengaruh di Daerah Semporna selepas Merdeka dan setelah kelahiran UMNO di Sabah seperti YB Datuk Samsu Baharun Imam Misuari @ Hj. Abdul Rahman dan YB. Basalie Haji Ab.Hamid.

Namun Legasi Sakaran yang dibayangi oleh Datuk Abdullah Panglima Uddang, anak saudara Khatib Sarahari dari Tong Talun (Nama Asal Semporna) telah hampir-hampir memadamkan Keturunan Bajau Omadal yang mempunyai Legasi dan Autonomi Bebas Wilayah Omadal dalam Daerah MAGINDORA.

MAGINDORA SELEPAS KEMERDEKAAN

Pada 2 Jun 1961, bermulanya Gerakan USNO di Kampung Air, Kudat bertempat di rumah Haji Abdul Salleh dengan dihadiri oleh 60 orang hadirin dan diketuai oleh Tun Mustapha Datu Harun dan setiausahanya Cikgu Sabli Mohiddin dalam acara Doa Selamat.

Lahirnya satu pertubuhan yang memperjuangkan Hak Bumiputera Negeri Sabah yang di beri Nama UNITED SABAH NASIONAL ORGANISATION atau ringkasnya USNO, Datu Mustapha bin Datu Harun telah menubuhkan pertubuhan ini bersama rakan-rakannya untuk menjaga kepentingan dan Hak Bumiputera serta penduduk tempatan negeri ini.

Beliau percaya melalui USNO masyarakat Bumiputera Sabah dapat disatukan dan seterusnya menyertai Proses Kemerdekaan Negeri Sabah bagi menyertai rundingan dengan pihak British.

Tun Mustapha juga percaya bahawa kemerdekaan Sabah pada masa itu boleh dipercepatkan melalui perundingan dan menyertai penggabungan Malaya, Singapura, Brunei , Sarawak dan North Borneo, Bagi menjamin Kepentingan Bumiputera.

Parti-Parti politik yang diwakili oleh UNKO, SCA dan USNO telah mengariskan tuntutan dan perlindungan Hak Masyarakat Bumiputera Anak Negeri yang diungkaikan dalam perkara 20 atau lebih dikenali oleh Rakyat Sabah sebagai '20 Point' sebagai pra-syarat penyertaan mereka untuk menubuhkan sebuah Negara Berdaulat yang dipanggil MALAYSIA.

Sarawak pula tidak ketinggalan untuk meletakan syarat penyertaan mereka melalui 18 Perkara atau '18 Point', sementara Brunei Darussalam telah menarik diri dari penggabungan disebabkan perberontakan yang berlaku di sana yang di ketuai oleh Azahari pada 8 Disember 1962 kerana tidak bersetuju dengan idea Tunku Abdul Rahman akhirnya tetapi pemberontakannya berjaya dipatahkan.

Azahari melarikan diri ke Manila dan terus ke Jakarta dan diberitakan meninggal dunia di Bogor pada 30 Mei 2002.

Singapura pula telah dikeluarkan dari Penggabungan Gagasan Malaysia pada 1965 untuk merdeka sendiri di bawah pimpinan Lee Kuan Yew disebabkan alasan tertentu.

Di zaman persekolahan dulu, sebagai pelajar Pentadbiran Awam dan Undang Undang, saya yang telah memilih satu tajuk 'Tesis' kajian yang bertajuk TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH, malangnya tajuk tersebut tidak dapat diluluskan oleh Pensyarah saya dengan alasan melibatkan isu sensitif lalu saya menukar tajuknya, 'TERKELUARNYA SINGAPURA DARIPADA MALAYSIA'.

Atas sebab tertentu, saya tidak dapat menyatakannya secara terbuka kerana ia juga sebahagian dari isu sensitif negara setelah melihat beberapa penemuan yang amat hebat.

Sabah dan Sarawak telah merdeka lebih awal iaitu pada 31 Ogos 1963 dan menikmati Kemerdekaan mutlak 15 hari sebelum menyertai penggabungan Pesekutuan baru yang diberi nama MALAYSIA. (Malaya , Sabah, Sarawak dan Singapura).

USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha telah berjaya mencapai matlamatnya sesuai dengan zamannya, Tun Mustapha telah melaksanakan pembangunan asas negeri ini, sehingga menempatkan Negeri Sabah sebagai negeri yang TERKAYA di MALAYSIA.

Antara idea radikal yang beliau perkenalkan untuk membahagikan kekayaan negeri kepada rakyat melalui Penubuhan Yayasan Sabah pada 1966 dan seterusnya menekankan pendidikan melalui rancangan dan rangsangan ekonomi yang mantap, teratur yang tidak pernah diperkenalkan di mana-mana dunia.

Penubuhan cawangan rangkaian pertukaran pelajar antara Sabah Semenanjung dengan satu Pusat Pengurusan pelajar di ibu negara (Kuala Lumpur) yang dikenali sebagai Rumah Sabah atau SABAH HOUSE, Penubuhan Kampus cawangan UKM (Univertsiti Kebangsaan Malaysia – Limau Limauan Kinarut), Penubuhan YS-ITM (Yayasan Sabah Institut Teknologi Mara) dan seterusnya cuba melestarikan impiannya untuk mewujudkan Universiti bagi Negeri Sabah menjadi Kenyataan dengan tertubuhnya pada UMS 1994 (Univesrsiti Malaysia Sabah) yang mengadap Laut Cina Selatan seperti yang beliau impikan dalam ucapan beliau semasa sidang Dewan Undangan Negeri 1967 dahulu.

Memang Tun Mustapha merupakan 'Anak Bumiputera Bajau-Suluk' yang hebat dan mempunyai Wawasan jauh, stail dan sifat kepimpinan yang diwarisi dari Pejuang Sabah juga Keturunan Bajau-Suluk yang di isytiharkan sebagai pemberontak oleh penjajah iaitu Datu Mohamad Salleh Datu Balu (MAT SALLEH) yang berjuang mempertahankan Sabah sehingga ke titisan darah terakhir.

MAGINDORA DAN USNO

Semporna adalah kubu kuat USNO di negeri Sabah. Pada piliharanya pertama Dewan Undangan Negeri Sabah 1967, Semporna telah mencatat rekod sokongan kawasan pengundi USNO teramai di Negeri Sabah mengatasi UNDI Kawasan Tun Mustapha sendiri di Kudat iaitu tempat lahirnya USNO.

Dalam sejarah perjuangan politik tanah air, Semporna adalah Kubu Kuat dan Pertahanan USNO yang terakhir di Negeri ini. Semasa USNO dalam keadaaan amat lemah d ibawah kepimpinan Tun Said Keruak pada 1981 ketika USNO hanya memperolehi 3 Kerusi iaitu Dun Kudat, Dun Kota Belud dan Dun Semporna.

Namun di sebalik kelemahan beliau memimpin USNO akhirnya beliau juga telah mewariskan Kepimpinannya kepada anaknya sendiri, Datuk Seri Mohd Salleh sebelum bersara.

Kekalahan USNO di Parlimen Silam (Dun Lahad Datu – Datuk Sunoh Marsoh, Kunak– Datuk Salim Bacho dan Dun Semporna) bukanlah pengukur kekalahan USNO di Semporna tetapi lebih kepada kekalahan Calon USNO sendiri iaitu Sakaran Dandai.

Namun Dun Semporna masih memperlihatkan kelebihan UNDI. USNO Semporna kuat bukanlah kerana kekuatan Tun Sakaran Bin Dandai atau Keluarganya kerana beliau pernah kalah ditangan Abdillah Abdul Hamid dari Calon Bebas pada Pilihanraya Parlimen 1981 Di Parlimen Silam.

Kekuatan Tun Sakaran di Semporna kerana masyarakat Semporna sendiri memilih USNO sebagai wadah perjuangan mereka yang mereka warisi dari Legasi Pulau Omadal.

Jesteru dalam tulisan lalu saya mendakwa, andaikata tiada 'Pengundi Hantu' seramai 1800 orang seperti mana laporan Post-Moterm PBS tiga bulan selepas pilihanraya dan seterusnya laporan Keputusan Mahkamah terhadap Kes Dr. Chong Eng Leong, Harris Salleh dan Yong Teck Lee, maka saya juga adalah Pemenang Kerusi yang di sandang oleh Datuk Nasir iaitu anak Tun Sakaran.

Fakta ini adalah berdasarkan rekod lama pilihanraya daerah-daerah mengundi Dun Semporna 1967, 1976, 1981, 1984/1985, 1990 ,1994 yang telah dikaji oleh jentera pilihanraya saya tiga hari sebelum pembuangan UNDI mendapati Dun Senallang pada tahun 1999 menunjukan Sakaran mempunyai kekuatan UNDI 3,000 maksimanya di daerah mengundi berkenaan.

Jentera pilihanraya saya telah mengumumkan perkara ini di hadapan penyokong saya dalam satu Ceramah, Perdana bahawa penambahan 1,800 Undi Hantu, maka angka itu telah melonjak ke 4,800 undi.


USNO I dan USNO II DI SEMPORNA


Daerah Semporna juga pernah mencatat sejarah USNO pada 1966 iaitu dua Kumpulan terbentuk kerana Ketua Penaja USNO pada masa itu OKK Datuk Panglima Abdullah Bin Uddang ( 1961 ) iaitu bapa mertua kepada Tun Sakaran Dandai yang juga ayah Kepada Pengerusi Parti Keadilan ( PKR) Semporna hari ini iaitu Hj. Abdul Wahab Bin Panglima Abdullah.

Perebutan jawatan Ketua Bahagian USNO oleh Kumpulan Masyarakat Semporna yang diketuai Oleh Timbalan Ketua Bahagiannya OKK Haji Jakarullah Bin Boraluddin telah dapat merampas Bahagian USNO Semporna dari bapa Mertua Tun Sakaran Dandai pada 1966 melalui Pemilihan Parti secara Demokrasi.

Okk Jakullah Bersama rakan-rakannya iaitu Timbalanya Tuan Haji Abdul Salam Bin Osman (Pulau Denawan) ,) Naib I : Panglima Abd.Mennang Kalimah (Sg.Tohok), Naib II : KK Lais Ab.Karim (Tabak-Tabak), Ketua Penerangan Hj.Ali Basa Basara (Bugaya), Setiausaha : Haji Jabani Hariri (Bubul), Ketua Kaum Ibu : Puan Halimah Bte Iris (Perigi), Pen.Setiausaha Abu Bakar Hj.Hasan (G.Melanta), Ketua Pemuda : Wahab Ibnu Said (P.Bait), Ajk : Rauddad Tarang (Tg.Kapur), Ajk : Ali Bandiong Samtoh (Kg. Perigi) , Ajk : Abdul Ghafar Hamulawan (Persisir), Ajk : Hj. Absin Milahim (Labuan Sennang), Ajk : Hj. Hajan Malik , Ajk Hj. Hassan Darik, Ajk : Hj.Kalapa Ekan, Ajk : Kiraman Palman.

Haji Jarullah Bin Buroluddin, merupakan pemimpin politik tempatan Semporna yang pernah merampas Kerusi Ketua Bahagian USNO dari Okk Pg. Abdullah Bin Uddang pada 1966 dan menyerahkannya kepada Hj. Mohd. Darah Bin Langpad, iaitu bapa kepada Hajjah Manismuka, kini Ketua Pergerakan Wanita UMNO Semporna.

Percetusan dan perbalahan telah berlaku di antara dua Kumpulan masyarakat tempatan bersaing merebut kepimpinan iaitu KUMPULAN MASYARAKAT BAJAU PULAU (Bajau Omadal dan Bajau Kubang) dan KUMPULAN MASYARAKAT BAJAU PERSISIR atau Tanah Besar (Tong Talun dan Bajau Simunul).

Hasilnya Kompromi telah dicapai kerana pertimbangan yang 'rasional' oleh Allahyarham Tun Mustapha maka tertubuh satu Bahagian Baru iaitu USNO II pada tahun 1966.

USNO II yang dipimpin oleh Tun Sakaran Bin Dandai telah melantik jawatankuasanya yang terdiri dari Mohd. Salleh Pg.Abdullah (Abang Ipar Sakaran) Sebagai Timbalan, Sapari Hj. Amir (Naib I– Anak buah Sakaran), Pg.Hindi Basarani (Naib II ), Datu Eranza Datu Seribu (Ketua Penerangan), Unding Lana (Ketua Pemuda), Asia Sakaran (Ketua Kaum Ibu), Ali Hussien Hj.Amir (Setiausaha), Lajim Addok (Pen.Setiausaha), Ab.Harun Imam Misuari @ Hj.Abdul Rahman (Ajk) , Hj. Apdal Maulan (Ajk), KK Nasir Salahuddin (Ajk), KK Geddek Samman (Ajk), Ab.Razak Palah (Ajk), Ariffin B.Yahya (Ajk) dan Ismail Yunus (Ajk).

Kaum-kaum ibu USNO adalah tonggak kekuatan USNO di Daerah Semporna yang di pimpin oleh Hajja Asia Tun Sakaran dan Timbalannya Hajjah Nujum bin Imam Misuari @ Hj.Abdul Rahaman (Isteri Kepada Hj. Abdul Salleh Khatib Gupurani).

Pergerakan Kaum Ibu USNO II yang tertubuh kerana kekalahan bapa mertua Tun Sakaran Datuk Pg. Abdullah Bin Udang 1966. Namun di sebalik perbelahan dua kumpulan ini Abdul Salleh Khatib Gupurani, Keturuanan Khatib Sarahari dari Khatib Gupurani adalah salah orang yang memainkan peranan penting sehingga wujudnya Formula di atas dan seterusnya menyokong kepimpinan Tun Sakaran Dandai sehingga akhir hayatnya 1989 untuk meneruskan Perjuangan Parti USNO di Daerah Semporna selama 28 tahun.

Legasi Khatib Sarahari telah bertukar kepada Tun Sakaran Bin Dandai (Dandai adalah Anak Saudara Khatib Sarahari yang tinggal di Tong Talun dari keturunan Hajibuddin), selain Dandai Hajibuddin juga mempunyai anak lelaki lain iaitu Jakuddin dan Panglima Jaji.

Atas sokongan kuat dari keturunan Khatib Sarahari, Tun Mustapha Bin Datu Harun menawarkan M.P (Ahli Parlimen) Kepada Abdul Salleh Khatib Gupurani, namum tawaran itu ditolak secara hormat disebabkan Abdul Salleh Khatib Gupurani lebih cenderung ke bidang perniagaan dan mencadangkan Mohd.Dara Bin Langpad memegang jawatan itu demi survival perjuangan USNO Semporna.

Kasih sayang Tun Mustapha kepada Sakaran adalah amat mendalam sehingga membawa kepada perlantikan Tun Sakaran menjadi Timbalan Presiden USNO walaupun pada masa itu mendapat tentangan dari banyak pihak USNO terutama daripada golongan Pemuda-Pemuda USNO.

Namun Tun Sakaran dilihat orang yang sangat setia kepada ketuanya telah berjaya dihasut supaya tidak mengikuti langkah Tun Mustapha memberi sokongan kepada Abdul Ghafar Baba untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO 1993.

Bahkan kekosongan Dewan Undangan Negeri Sulabayan, yang dikosongkan oleh Tun Sakaran kerana di pilih menjadi menteri di Persekutuan sepatutnya diberikan kepada DATU BADARUDDIN TUN MUSTAPHA (Presiden Penaja Ex-USNO) seperti mana yang diumumkan lebih awal oleh pihak Ibu Pejabat USNO dan dialu alukan oleh Masyarakat Semporna.

Walaubagaimanapun kerana menghormati Tun Sakaran, Datu Badaruddin Tun Mustapha tidak meneruskan hasratnya untuk bertanding di kawasan Kubu Kuat USNO ini dan memberi laluan mudah kepada NASIR TUN SAKARAN sebagai calon bagi mengisi Dun berkenaan sehingga ke hari ini.

TUN MUSTAPHA DATU HARUN

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun Mustapha telah berakhir pada 18 September 1993, apabila saya diarah oleh Tun Mustapha Bin Datu Harun untuk mengambil tugas dan tanggungjawab di Semporna untuk sama-sama berjuang mempertahankan hak Kebebasan Rakyat Sabah memilih Pemimpin UMNO Pusat.

Tun Mustapha berkata , “Saya Tatang dia (Sakaran) umpama anak sendiri, tetapi dia telah ketepikan saya, jesteru itu saya mohon pertolongan daripada kamu supaya dapat meneruskan perjuangan ini dan mohon kepada kamu supaya dapat membela saya di Semporna."

"Kamu tolong Cari Si Rauddah. Dia ada hal dan ubrusan yang belum selesai dengan saya.!!!"" kata Tun Mustapha lagi.

Sebagai seorang Pejuang USNO yang datang dari generasi muda dan pernah dididik oleh Allahyarham Tun Mustapha sendiri dalam politik, saya telah bersedia menyahut seruan itu kerana tidak ingin melihat seorang Negarawan dan Bapa Kemerdekaan, lebih-lebih lagi beliau sebagai 'Boss' saya, terhina di kubu Kuat USNO sendiri.

Walaupun saya tahu bahawa apa yang saya lakukan pada masa itu akan mendatangkan risiko besar kepada masa depan percaturan politik saya sendiri, kerana kehebatan Anwar Ibrahim adalah umpama 'halalintar' untuk merebut jatawatan Timbalan Presiden UMNO.

Rakan dan sahabat saya dalam perjuangan politik, yang saya kenali sejak zaman sekolah dan kawan sepermainan semasa kecil DATUK SHAFIE HAJI AFDAL terpaksa berbeza pendapat dengan saya, kerana beliau secara langsung terlibat untuk membawa Pergerakan Pemuda Sabah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama KUMPULAN WAWASAN pada tahun 1992 secara terbuka.

Kami tidak sepandapat dalam soal memilih Pemimpin UMNO Pusat, Anwar telah meninggalkan mereka, tetapi saya dan penyokong saya telah di singkirkan dari UMNO, walaupun akhirnya mereka terpaksa melutut kepada Abdullah Badawi, Naib Presiden pilihan Tun Mustapha pada masa itu.

Begitulah hebatnya Sakaran dan keluarganya mempertahankan Legasi Kepimpinannya di Semporna. Beliau telah berjaya membawa dan mendidik Nasir ke tahap yang mulia dengan Kedudukan Menteri sejak begitu lama dan seterusnya Shafie Hj. Apdal di didik sebagai penerus kepimpimpinan Sakaran dan keluarganya di Di Semporna.

Kebijaksanaan Tun Sakaran mempertahannya Legasi kempimpinannya di Daerah MAGINDORA telah memperlihatkan pencapaian politik yang luar biasa, hatta tiada Daerah Di Sabah ini yang diwakili oleh DUA orang MENTERI PENUH dari satu Pekan Kecil, tetapi DAERAH SEMPORNA membuktikannya sejak 10 tahun yang lalu di bawah kerajaan BN dan UMNO.

Sahabat lama saya, Shafie Hj. Apdal telah memenangi pemilihan UMNO 2008 sebagai Naib Presiden dan secara automatik menjadi pemimpin kanan UMNO. Semalam beliau di umumkan pula sebagai PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO Kedah. Hebat sekali pemimpin MAGINDORA kerana telah menawan Negeri Kedah.

Kedah yang pernah melahirkan dua orang Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir terpaksa akur kepada Ahli Politik MAGINDORA yang menjadi pilihan saya 14 tahun dahulu.

Ternyata perbalahan saya dengan keluarga terdekat Sakaran untuk memilih Pengganti Sakaran, DATUK SHAFIE APDAL telah menjadi Raja kepada segala Raja UMNO di Semanajung Malaysia khasnya di Kedah.

Setelah 10 tahun meninggalkan UMNO dan bakal meneruskan perjuangan, ternyata cadangan saya pada mesyuarat Bahagian UMNO 1995 itu tidak sia-sia, Shafie Hj. Apdal yang saya cadangkan Sebagai Calon Tunggal Parlimen Semporna yang dikosongkan oleh Tun Sakaran telah berjalan jauh dalam UMNO.

Semasa saya mencadangkan beliau sebagai Calon UMNO Parlimen Semporna, sebenarnya saya tidak mendapat sokongan majoriti Bahagian Semporna kerana beliau bukanlah pilihan Sakaran atau Keluarga Sakaran untuk Kerusi Parlimen Semporna kerana Keluarga Tun Sakaran lebih memihak kepada Datuk Safari Hj. Amir sebagai penganti beliau.

Anak Sakaran sendiri Ketua Wanita UMNO Bahagian menolak Shafie Apdal, bahkan satu ketika Sakaran pernah melantik Sapari Hj. Amir sebagai Pemangku Ketua Bahagian semasa beliau pergi menunaikan Haji dan Umrah.

Namun hujah-hujah yang saya kemukakan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Semporna pada 1995 itu hanya mendapat sokongan dari seorang Ajk Bahagian sahaja iaitu Yusop Hj. Abdul Wahab (Anak mantan Ketua Pemuda USNO II - 1966) sementara yang lain hanya berdiam kerana tidak mahu menyakiti Sakaran (Playsafe).

Tetapi akhirnya dengan pendirian dan ketegasan sebagai orang muda yang ingin memilih Ketua Pemuda Bahagian ini untuk jadi calon akhirnya diterima oleh Bahagian UMNO Semporna sebulat suara.

PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH


Memang tepat dan benar jangkaan saya, setelah Sakaran dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah 1993 dan seterusnya mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1994.

Sebagai Penaja UMNO Bahagian Semporna, saya tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan Sakaran, bahkan calon yang pernah melawan beliau dalam Bahagian Semporna sendiri baik melalui Pilihanraya dan pemilihan UMNO bahagian telah berikan tempat sebagai Pengerusi Agensi Kerajaan Negeri.

Mungkin Kebenciannya kepada saya dan penyokong saya yang pernah berjuang dengan beliau menjadi pembangkang selama 18 tahun dalam USNO walaupun sebahagian besar keluarganya termasuk anak sulungnya, Nasir menyertai Parti Berjaya demi 'suviva', mengatasi kebenciannya kepada Harris Salleh dan Joseph Pairin, Ghafur Salleh dan Basalie Hj. Abdul Hamid disebabkan menyertai Kem Perjuangan USNO pimpinan Tun Datu Mustapha di Daerah Semporna.

Walhal orang seperti saya, setelah ketiadaan Tun Mustapha telah menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1997 bersama Keluarga saya untuk dipecat tanpa alasan yang kukuh. Noraidah Hj. Abdul Salleh, Timbalan Ketua Wanita Bahagian dan Suaminya Eddiris Bin Annah yang tidak pernah bertanding dalam sebarang pilihanraya atau menjadi Wakil Calon dan Penyokong Parti Pembangkang telah menerima surat Pemecatan serta merta Dari UMNO pusat dengan alasan: Bertanding dalam Pilihanraya.

Perjuangan selama 18 tahun bersama USNO dalam Pembangkang (1976 – 1994) tidak dinilai sebagai satu perjuangan yang suci demi Agama, Bangsa dan Negara.

Pernilaian itu cukup dengan hanya menyingkir saya dari UMNO, bak kata pepatah, "di masa susah kita bersama, di masa senang elok kau tinggalkan saya'.

“Ingatlah di sebalik kejayaan kita, ada orang orang lain yang pernah menyumbang, titik peluh perjuangan, harta dan benda, nasihatkan keluarga kita jangan keterlaluan menghisap darah atau mengambil kesempatan dari orang lain kerana ajaib Allah pasti akan tiba.”

Tulisan ini adalah pendedahan terbaru saya mengenai Perjuangan Bekas Ahli USNO yang terpinggir, tercicir dan tersingkir dari UMNO, khasnya UMNO Daerah Semporna.

Orang USNO seperti saya telah melalui proses perjuangan yang amat Panjang, saya dan orang USNO menjadi pembangkang sejak 1976 hingga 1994.

Pada 1997 hingga ke hari ini 2009, saya berada berada di luar Kerajaan namun perjuangan yang amat panjang ini banyak mengajar saya menjadi dewasa. Menjadi bertanggungjawab, menjadi pejuang yang tabah mengahadapi segala bentuk serangan politik, serangan Ekonomi dan ancaman.

Hebat sekali Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1999, sehingga tidak memeriksa rekod dan fakta untuk menghukum AHLINYA bekas Ahli USNO yang perlu disingkirkan, cukup dengan menelan semua laporan wakil AMT Sabah. Andai kata Wakil AMT dari Sabah itu mengatakan Orang USNO ini HITAM dan yang ini PUTIH Maka semuanya ditelan bulat-bulat tanpa usul periksa. Kegagalan seorang Setiausha Agung menjalankan tugas dengan adil dan saksama telah menyebabkan ramai Ahli USNO menjadi mangsa.

PENUBUHAN EX-USNO

Bekas Ahli Ahli USNO yang senasib dengan saya telah mengadakan perjumpaan ulungnya pada 1 Februari 2007 bertempat di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu bagi membincangkan arah tujuh perjuangan Bekas Ahli USNO yang telah dipinggirkan.

Setelah Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjemput bekas ahli USNO ini berkunjung ke Putrajaya pada 4 Jun 2007, kompromi telah dimeteri dan beliau meminta supaya Ahli USNO yang terkeluar dapat menyertai UMNO semula dan seterusnya menyokong Barisan Nasional.

Pemohonan rasmi bekas Ahli USNO untuk berpesatuan bagi menjaga kepentingan mereka telah dikemukakan. Malang sekali bagi bekas Ahli USNO yang tercicir ini, walaupun telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Barisan Nasional, memohon semula menjadi Ahli UMNO, meminta pengiktirafan perjuangan mereka yang berhak, tetapi tidak mendapat layanan yang wajar.

Bahkan sekadar ucapan terima kasih pun tidak pernah diterima oleh bekas jawatankuasa EX-USNO sehingga hari ini dan para pemimpin BN selain terus menerus menghina dan menyusahkan Bekas Ahli USNO.

Bagi USNO dan EX-USNO mungkin SEMPORNA adalah tapak yang sesuai untuk memulakan penyertaan mereka untuk perjuangan politik semula.

Jeteru itu, pada 26 Ogos 2007, sejarah telah berulang semula dan bertempat di Kampung Air, Semporna di rumah Haji Abdul Salleh USNO telah berkumandang semula di bawah pimpinan Legasi Tun Mustapha, Datu Badaruddin Tun Mustapha dalam perjumpaan yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa USNO tuan tuan boleh merujuk ke Blog kami di www.kelabusnosabah.blogspot.com

Saya amat tertarik dengan percaturan politik DATUK MUSA AMAN dan adiknya DATUK ANIFAH AMAN yang tidak gentar dan makan gertak juga cukup kebal. Musa pernah buktikan, ketika beliau menolak tawaran Pembantu Menteri yang ditawarkan oleh Sakaran, akhirnya beliau Menjadi Ketua Mneteri, Anifah pula menolak tawaran menjadi Timbalan Menteri Persekutuan yang ditawarkan oleh Abdullah akhirnya beliau menjadi Menteri Luar di dalam Kabinet Najib.

Jesteru itu mungkin bekas ahli USNO yang disingkirkan atau dipecat dari UMNO boleh menolak tawaran jika diterima semula sebagai ahli UMNO dan akhirnya menjadi pemimpin besar Sabah.

BARISAN PENAJA EX-USNO


Langka permulaan untuk generasi akan datang memperjuangkan masa depan rakyat Sabah. Andaikata Pendaftaran Ex-USNO 2007 tidak diluluskan, biarlah lipatan sejarah akan menilai keikhlasan para pejuang USNO ini bahawa mereka semua tetap sayang kepada generasi dan rakyat Sabah dan sanggup berjuang semula demi rakyat Sabah.


CATATAN PENTING: Abdullah Sani berasal dari Semporna, Sabah. Berketurunan bangsawan Bajau-Suluk Darvel Bay. Berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dan Undang Undang dari UiTM dan selepas itu melanjutkan pengajian dan bahasa Inggeris di School of International English College, Kuala Lumpur bagi memantapkan ilmu dalam bidang bahasa dan seterusnya meneruskan pengajian Agama yang minta oleh ayahnya melalui guru agamanya, Ustaz Mohd. Ali, keturunan Ulama Pulau Simunul. Boleh mengusai bahasa tempatan dengan baik seperti Bajau dan Suluk serta memahami Bahasa Mandarin dan Bahasa Tagalog. Dilahirkan di Pulau Sepanggau, Semporna sebelum di bawa ke Jolo, Filipina, untuk melaksanakan Proses Perubatan ibunya di Lupah Bangsa Tausug, Jolo selama 44 hari. Pulau dan bangsa yang kebetulan mempunyai pertalian keluarga dengan ayahnya yang dikenali dengan suku Tausug Parang serta keturunan keluarga Di Raja Sulu dari sebelah Ninda Perempuannya, Dayang Hapsa Datu Zulkanain@ Asnain yang mempunyai susurgalur pertalian keluarga dengan Allahyarham Tun Mustapha Bin Datu Harun dari Kesultanan Sulu. Beliau balik ke Sabah selepas 44 hari berada di Jolo di bawah jagaan seorang Ahli Kongres Sulu, Filipina, Datu Utoh Talum. Ayahnya berketurunan Bangsawan Bajau-uluk Semporna yang dilahirkan di Labuan Haji, Pulau Bum Bum pada 1930 , keturunan yang berlegenda di Darvel Bay Semporna. LAGENDA TONG SI SARAHARI (Salah Seorang Ketua Suku kaum Bajau Omadal), LAGENDA IMAM BANGKAS – (Pemilik Pulau Si Amir), LAGENDA KHATIB GUPURANI (Manusia Kebal sebagai Pemusnah Lanun-Lanun Darvel Bay yang juga Pemilik Pulau Sebangkat ) yang masih menjadi LAGENDA BERSEJARAH di Daerah Semporna. Nama-nama ini masih kekal menjadi nama Bukit Bukau dan Lautan-Lautan di Daerah Semporna sehingga hari ini yang di kenali oleh Masyarakat tempatan tetapi dinafikan oleh pemimpin terkini. Setelah siap melanjutkan pelajaran beliau telah diminta oleh Tun Mustapha Bin Datu Harun melalui ayahnya untuk berkerja dalam Parti USNO sebagai Pegawai Hal Ehwal Strategi dan Risikan Pusat bersama anak Allahyarham Tun Mustapha ,Datuk Abdul Hamid Tun Mustapha pada tahun 1985 dan seterusnya menjawat jawatan tersebut sehingga 1993 di bawah UMNO Negeri Sabah sebelum di pecat daripada UMNO. Penulis pernah berkerja di bawah tiga bekas Ketua Menteri Sabah dalam bidang Politik dan hal strategik parti iaitu Tun Mustapha dari USNO & UMNO 1985 – 1993, Tun Sakaran UMNO 1991 – 1993 dan Datuk Haris Salleh dari BERSEKUTU 1998 – 2003 sebelum bersara dari politik. Penulis juga mengenali secara Peribadi Bekas Timbalan Perdana Malaysia Tun Ghafar Baba dan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pernah membantu mereka dalam kerja-kerja tertentu walaubagaimanapun Penulis tidak pernah mengambil kesempatan untuk mendapatkan peluang dan Kekayaan, harta dan pangkat melalui 'Pintu Belakang' kerana berpegang kepada prinsip mereka yang berhak harus ditempatkan ditempat yang sewajarnya secara bermaruah dan bermartabat.

5 comments:

Anonymous said...

Cerita Sedih dari Seorang Pejuang Usno. Berapa orang agaknya penyokong usno tersingkir..

lambunau said...

Teruskan usaha anda saudara Abdullah Sani.. Diharapkan USNO boleh dihidupkan semula dengan perjuangan Anak-anak Sabah yang juga merupakan Anak Malaysia yang mahukan keadilan dan hak mereka dipertahankan.

Saya selalu mengikuti tulisan saudara, dan saya rasa tulisan2 tersebut wajar dibukukan.

Anonymous said...

SAYA MINTA SEKALIKAN BUKTI OR SUMBER YG JELAS UNTUK RUJUKAN BERSAMA.BUKAN MEMPERTIKAI BUT UTK RUJUKAN BERGUNA BKN SKDR MENAIP PANJANG2.SUMBER:
1.BUKU
2.ARTIKEL
3.KAJIAN
4.KAEDAH KUALITATIF OR KUANTITATF
5.TEMUBUAL
N YG BERKAITAN..
TERIMA KASIH

sanihjsalleh said...

Heh he he... saya hanya bagi kepada orang yang saya kenal bukan hantu atau pengundi hantu seperti tuan yang tidak bagi pengenalan diri.
ini email saya... sanihjsalleh@yahoo.com atau Telephone saya 016 848 2101.. puas!!!! bukan hanya sekadar lepas geram!!!

Anonymous said...

Saya tak boleh kasih pasal kita ada projek nak bukukan lebih2 kau tak ada nama.