SUMBER: WWW.SABAHKINI.NET
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
PERISYTIHARAN Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di bawah Seksyen 13 Enakmen Taman-Taman, 1984, oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadsah bin Abdullah pada 28 Jun 2004 di kawasan Teluk Darvel, Laut Celebes seluas lebih kurang 35,000 hektar dipertikaikan waris pulau-pulau berkenaan kerana akan menghakis hak asasi dan legasi mereka.
Wakil Sah waris lapan buah pulau yang dijadikan Gugusan TMTS, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh mendakwa pengistiharan TMTS sebagai usaha 'melupuskan hak mereka' sebagai G8 yang mewarisi Syurga Laut berkenaan daripada waris terdahulu diteruskan walaupun dibantah dengan keras oleh pewaris dan sekaligus menghapuskan Hak MUTLAK mereka ke atas zon pesisir pulau berkenaan.
"Kerajaan telah mewartakan TMTS melalui Warta No. 28, pada 22 Julai 2004 dan enggan melayan bantahan kami yang mewakili pewaris dan mengharapkan agar Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak campurtangan menyelesaikan pertikaian ini sebagai usaha mempertahankan tanah adat yang cuba dihakis Kerajaan Barisan Nasional Musa Aman," ujar Abdullah Sani yang tidak bersetuju Pulau Sebangkat diwartakan sebagai TMTS kerana bimbang ianya akan dilupuskan di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah yang telah dipinda 2006.
Tegas Abdullah Sani, TMTS merangkumi Pulau Bodgaya, Pulau Boheydulang, Pulau Tetagan, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan dan Pulau Sebangkat bersama-sama dengan terumbu karang yang mengelilingi pulau-pulau tersebut dan kawasan yang berdekatan,keseluruhannya mengikut Pelan S.D. 99197552.
"Pewartaan ini telah menafikan hak kami dan para pewaris sehingga tahun 3003 iaitu 15 atau 20 generasi terkemudian. Lagipun 150 tahun lampau taman marin ini dikenali sebagai Daerah Mangi’indorah (The Sulu Zone Tulisan James Warren) yang telah dipelihara dengan baik oleh moyang kami daripada pencerobohan," kata Abdullah Sani yang melihat 999 tahun akan datang sebagai hari esok yang malang.
SEBANGKAT....Pandangan satelit dan sisi Pulau Sebangkat milik Abdullasani & Keluarga yang 'dirompak' untuk melestarikan Taman Marin Tun Sakaran.
Kata Abdullah Sani, dalam bahasa Bajau Suluk, Mangi’indora bererti Kawasan tidak cantik atau bahaya, tetapi mereka telah membuat keputusan untuk mencantikannya dan menjadikannya sebagai Taman Marin yang kini 'direbut' kerajaan.
"Kita kesal kerana Kerajaan menolak bantahan kita agar tidak menamakan Taman Marin ini sebagai Taman Marin Tun Sakaran. Apa jasa Tun Sakaran kepada rakyat Semporna? Ini hak kami dant idak ada kena mengena dengan Tun Sakaran. Lagipun dia bukan anak jati Semporna," ujar Abdullah Sani lagi.
Menurut Abdullah Sani, salah satu tujuan pengistiharan Taman Sabah terhadap TMTS tidak hanya tertumpu kepada pemeliharaan ekologi, biologi, geografi sahaja tetapi ianya meliputi faktor pemeliharaan dan nama tempat yang bersejarah bagi faedah generasi akan datang.
"Kita telah berjaya mengumpul hampir 80 peratus nama tempatan bagi kampung dan terumbu karang dalam TMTS dan semua waris diminta untuk mengemukan pendapat dan Laporan, namun perkara ini tidak diambil berat Kerajaan yang bertindak menukar hampir semua nama pulau dan terumbu karang kepada nama yang langsung tidak mempunyai hubung kait dengan sejarah dan budaya kami," ujar Abdullah Sani lagi.
Kata Abdullah Sani, beliau sangat sedih kerana ada waris yang tercicir ketika Kerajaan mewartakan TMTS iaitu ada waris yang hanya mewarisi tanah seluas 4 kaki x 6 kaki atau ringkasnya tanah kubur sedangkan pada dasarnya mereka adalah waris yang sah.
Mengikut Abdullah Sani, semakan yang beliau lakukan dan pengesahan bertulis daripada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna, terdapat 36 geran Tanah yang berdaftar sebagai Waris Bergeran dalam TMTS iaitu;
1. Pulau Sebangkat 2 Geran
2. Pulau Mantabuan 1 Geran
3. Pulau Maiga 5 Geran
4. Pulau Selakan 28 Geran
Tambahnya lagi, lebih Kurang 272 orang sebagai Waris yang mengemukakan 269 tuntutan di bawah Seksyen 15/16 Ordinan Tanah NCR yang telah mengisi borang Jabatan Tanah & Ukur Semporna selepas pemeriksaan dibuat iaitu;
1. Pulau Sebangkat 75 Tuntutan NCR
2. Pulau Mantabuan 0 Tuntutan NCR (Tiada)
3. Pulau Maiga 4 Tuntutan NCR
4. Pulau Selakan 0 Tuntutan NCR (Tiada).
5. Pulau Sibuan 10 Tuntutan NCR
6. Pulau Bohey Dulang 96 Tuntutan NCR
7. Pulau Tatagan 30 Tuntutan NCR
8. Pulau Bod Gaya 54 Tuntutan NCR
Sehubungan itu, kata Abdullah Sani, beliau bimbang TMTS ini dipenuhi oleh kumpulan seperti dalam peribahasa tempatan 'kuhapuh dapuna batu, tibok mag tauh tauh' iaitu ingin menjadi Pemegang Amanah tetapi tidak amanah.
"Kerajaan sewajarnya melantik Pemegang Amanah tidak mempunyai kes pecah amanah," ujar Abdullah Sani yang menyindir beberapa pihak yang dilantik sebagai pemegang amanah tetapi mempunyai rekod buruk dan pecah amanah.
MEMORANDUM....Memorandum ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri Sabah terutama nama Taman Marin.
6 comments:
Nampaknya isu Taman marine Tun Sakaran sampai ke blog. perasaan tidak puas hati penduduk tempatan waris di keluarkan oleh saudara Abdullah sani nyata pihak berkenaan harus mengambil perhatian.
Teruskan sani perjuangan rakyat semporna, penduduk tempatan.Jangan sampai hak mereka terhakis
Kalau tak silap saya Allahyarham Hj.Asmaharun Hj. Abdul Rahman telah membawah perkara ini ke mahkamah pada tahun 2002 melalui Tetuan Ansari & Co. Apa dah jadi?
Memang telah diputuskan bahawa wakil Sebangkat juga berhasrat membawa perkara ini ke Mahkamah dibawah Tetuan Ansari & Co. Dalam Public Hearing 2002 di Pejabat Daerah Semporna yang dihadiri oleh Pegawai Daerah dan Wakil Taman saudara Paul Basintal ( Pengarah Taman Hari ini ) ada pada masa itu.
Semua wakil pulau setujuh melantik Tetuan Ansari & Co. , Pihak Peguam juga hadir pada hari itu yang diwakili oleh Saudara Ridwan...
Malangnya Hj. Asmaharun Iman Misuari telah meninggal dunia lebih awal sebelum Pengezetan 2004 dan ini telah membawah peluang kepada kerajaan untuk meneruskan niatnya.
Para waris tidak mempunyai wakil dan peguam lagi. sementara pihak kerajaan pula meneruskan niat mereka.
Mungkin para waris boleh berhubung dengan Tetuan Ansari & Co. Bagi meneruskan perkara ini.
Yang aneh bila semua pemegang PT asal yang temasuk dalam Geran Besar telah meninggal dunia dan tinggal hanya sekerat termasuk Abdullah Sani, JANGAN pula Abdullah kata dia pemilik yang berkuasa!
Abdullah sani cuma berjuang untuk Taman dan Tanah nenek moyangnya. Soal Berkuasa... saya tetap berkata bahawa saya Berkuasa terhadap HAK SAYA, soal ini tiada tolak ansur.
Soal berkuasa di Taman marin memang kuasa saya ada dinyatakan dalam undang undang penubuhan Gezeete.
Siapa kau mempersoalkan saya?
Untuk makluman tuan dari 36 Geran yang ada... Tinggal Seorang yang masih Hidup... iaitu saya.
so... nak buat macam mana?
Kalau tuan ada hak ... perjuangkanlah... sepatutnya saya tutup mulut... kerana saya adalah satu satunya pemilik Tanah yang masih hidup di Taman TSMP.
Yang Lain hanya waris bergeran yang masih dalam tuntutan.
Untuk MAKLUMAN juga tuan saya bukan WARIS... saya adalah Land Owner atau LAND LORD TAMAN MARINE TUN SAKARAN dan pemilik Geran yang TERBESAR...
Post a Comment