Search This Blog
Sunday, April 12, 2009
SAKARAN, LEGASI DANDAI YANG HILANG?
Oleh: MUTALIB M.D
NOTA: Pandangan MUTALIB M.D adalah pandangan peribadi beliau berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak mencerminkan Pandangan Laman Web ini.
MUNGKIN terasa kepedasan tulisan saya di dalam Sabahkini.net bertajuk 'Pesta Lepa-Lepa Untuk Siapa?' yang disiarkan pada 7 Mac 2009, ada pihak yang mewakili Tun Sakaran membuat laporan polis sehingga Inspektor Ruzaidi daripada cawangan Jenayah Komersil Kota Kinabalu menelefon saya untuk mengambil keterangan pada 15 atau 16 April 2009.
Saya berpendapat 99.9 peratus rakyat semporna yang berusia 50 tahun ke atas mengetahui sejarah susur galur Hashim @ Sakaran Bin Abdullah yang merupakan anak angkat 'Dandai' Bajau yang berketurunan Kobang, Indonesia.
Walaupun Haji Manandau Aral telah meninggal dunia namun anak-anaknya mengetahui bahawa Hashim pernah tinggal bersama mereka sebelum diambil oleh Dandai sebagai 'anak angkat'kerana Dandai tidak mempunyai anak lelaki yang hidup ketika itu.
Saya sebenarnya insaf, Hashim @ Sakaran tidak pernah meminta dilahirkan sebagai anak Tidung di Bolongan, Indonesia yang terpaksa hidup merempat akibat kemiskinan dan membawa diri ke Tong Talun (Semporna) menumpang kapal membawa kopra (kelapa kering) untuk mengadu untung nasib di negeri orang.
Mujur ada orang Semporna yang masih mengamalkan adat jahiliyah dan mengangkatkan beliau sebagai anak dan membinkan Hashim dengan nama bapa angkatnya, Dandai, mungkin kerana kejahilan mereka terhadap hukum Islam sedangkan budaya pengangkatan anak cara Jahiliyah telah lama berkubur dengan kedatangan Islam.
Saya tidak mempertikaikan kerakyatan Tun Sakaran kerana beliau datang ke Sabah sebelum merdeka dan berhak mendapat kerakyatan negara ini sekalipun melalui jalan songsang atau sah.
Sila baca cerita lanjut di www.sabahkini.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
satu pendedahan yg terpuji!...tak sangka sakaran ni pembohong ya!..ingatkan dia ni darah daging dandai...rupa2nya anak pungut!..cis!..
Siapapun Tun Sakaran, saya tetap menghormati beliau sebagai seorang negarawan. Janganlah agama digunakan untuk menghentam seseorang kerana Allah itu sendiri menilai seseorang itu bukan berdasarkan warna kulit, keturunan, warganegara mana dan sebagainya tetapi kebaikan seseorang. Saya bimbang jika seorang itu menggunakan agama untuk kepentingan diri tanpa mengethui sebenarnya apa yg dikatakan itu bertentangan dengan agama. wallauhalam
Pendedahan ini ada baik dan buruknya. Walhal ada kebenaran tetapi fahami sensitiviti rakyat khususnya d semporna yang telah banyak berhutang jasa dgn Tun. Biarlah tuhan saja yang menghakimi. Hormatilah beliau yang kini di perakui keperibadian sehingga menjadi Yang Di Pertua USIA. Apa yang kami harapkan adalah kemakmuran dan kemuafakatan bukannya populariti atau penganiayaan. Tahniah kepada saudara yang berani membuat membuat pendedahan ini tetapi kita sebagai umat islam gunalah perkataan yang tidak keterlaluan. Hanya tuhan yang Maha mengetahui..
Terima kasih atas komen bestari saudara anonymous. Saya menulis mengikut cara saya yang tidak berlapik bagi 'pemimpin' yang mempersenda undang-undang untuk kepentingan peribadi. Bagi saya tidak ada tolak ansur melainkan beliau didakwa di mahkamah kerana membuat akuan palsu dan menggunakannya sebagai pegawai kerajaan sehinggalah kepada Yang DiPertua Negeri Sabah. Bermaruahkah kita jika hanya mendiamkan diri sedangkan beliau berpeluang untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada rakyat Sabah yang telah dibohonginya?
Bagi saya, Sakaran patut dihadapkan ke mahkamah undang-undang kerana memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan dokumen yang sah dan menggunakan dokumen tersebut sehingga kini. Saya memegang prinsip, dosa tidak boleh disucikan dengan perbuatan baik yang menunjuk-nunjuk umpama menyucikan najis dengan air kencing!
Saya bersetuju dengan pandangan saudara Mutalib, tetapi perlu diingat dikalangan pemimpin2 Sabah yang lain samada di pihak pembangkang atau pemerintah juga phak berkuasa juga melakukan kesalahan yang lebih besar dan perlu pendedahan. Dan saya tau saudara mengetahui banyak mengenai hal ini. dedahakan jika itu yang pihak saudara perjuangkan. jangan hanya memilih bulu atau mungkin rasa 'cemburu' dengan pencapaian orang lain maka saudara menkritiknya. Lihat misalnya penipuan yang berlaku di Yayasan Sabah semasa pentadbiran PBS (yang tak pernah disentuh atau haram untuk disentuh oleh saudara). Adakah saudara bersifat poksi terhadap mana2 pihak. Malahan ada dakwaan saudara menulis buku semata2 kerana keuntungan dan bukan 'atas nama Allah' yang selalu saudara sebutkan untuk menghalalkan tindakan saudara.
Tun Sakaran pejuang sebenar Sabah moden .... kenapa kesialapan kecil yang dilihat tetapi sumbangannya yang besar dinafikan/seolah2 di perlekehkan .... jangan menyembunyikan sesuatu kerana 'dunia' dan janganlah musnahkan 'bangsa dan agama' kerana dunia
pejuang sebenar Sabah moden?..mmmm..yg ini masih boleh dipertikaikan.
besar manapun pengorbanan seseorang itu,akan terpalit kerana dimulakan dgn "Penipuan"...malang sungguh bagi mereka yg menipu dan tertipu dan rasanya tiada hubungkait dgn warna kulit,keturunan atau warganegara.yang SALAH tetap SALAH!...kalau benarlah apa yg sdr Mutalib M.D dedahkan maka sakaran WAJIB memperbetulkan diri....dan sebaliknya kalau ini hanyalah omongan kosong untuk menjatuhkan maruah sakaran...maka sdr Mutalib Wajib memohon maaf.
bagaimanapun..memang kebelakangan ini banyak 'TEMBELANG" pemimpin didedahkan dan yg kita tidak sangka2 ,namun kebenarannya mereka Pengkhianat bangsa...terimakasih pada mereka yg berani membuat pendedahan !..bagi saya ..mereka itulah 'NEGARAWAN"..yg betul2 ikhlas untuk Agama,Bangsa dan Negara.
Saudara pengarang... satu pendedahan yg bagus dan berani... siapa pun Sakaran pada masa dahulunya.. biarlah Allah yg membalasnya... kita cuma mampu berdoa agar pemimpin yg akan datang tidak mencontohi mana2 pemimpin yg dirasakan 'menipu rakyat'.. cuma saya tidak setuju dgn penggunaan bahasa yg saudara gunakan... siapa pun yg btul dan salah.. hanya Allah yg tahu... biarlah bahasa menunjukkan bangsa... mungkin saudara mempunyai matlamat dan cara tersendiri utk menyedarkan rakyat pasal pembohongan yg dilakukan oleh mana pemimpin.. tapi ingat saudara... "CARA TIDAK MENGHALALKAN MATLAMATNYA" semoga kita semua diampunkan olehNYA..
Tahniah kepada sdra Mutalib, Kajian sdra perlulah menyeluruh. Pantai Timur Sabah bermula dari Tongtalun ( Semporna ) sehingga keTambisan. Terungkainya sejarah dan susurgalur keturunan Sakaran merupakan suatu kejutan. Siapa dipihak benar ? inilah merupakan dilema persoalan yang timbul dari mulut kemulut masyarakat setempat khususnya diDaerah Semporna amnya diSabah. Saya mengharapkan sejarah ini dapat ditentukan agar ianya tidak mengelirukan. Pihak berkuasa perlulah mengambil langkah segera bagi menentukan kesahihan sejarah ini. Mengapa ianya tidak diperbetulkan ? Jalurmas64@yahoo.com.my
Pada hemat saya sebagai pemerhati saudara mutalib ni bijak orangnya sebab dia hentam Tun setelah turun tahta dan dia tak pernah pun menghentam orang2 BN yang korup secara peribadi seperti saudara RPK kita,sebab apa dia ni bukanlah berani mana pun kalau nak dibandingkan ngan RPK jauh sekali jaraknya,dia takut ngan ISA kot ialah kalau kacau orang2 BN secara peribadi ISA lah jawabnya,saya cabar saudara kalau berani berkata benar selidik kepincangan yang dicipta pemimpin BN di Malaysia dan di Sabah khasnya.ada Bran!
he he kenapa nak bandingkan saya dengan RPK? saya tulis hanya selepas dapat fakta. bukan hentak keromo. kalau kes ini ke mahkamah amat menarik kerana banyak perkara yang masih rahsia akan terbongkar. saya tidak kisah pandangan yang mencemuh atau memuji saya kerana saya menulis bukan kerana nama....
Pendedahan yang berani. Peliknya kenapa PBS ( Persatuan Blogger Sabah ) yg mempunyai kalangan ahli seluroh sabah terutama didaerah semporna tidak tampil dengan kajian mereka tentang Tun Sakaran ? adakah perkara ini didorong oleh sentimen lain ? Sdra Mutalib MD, gerakanlah ahli sdra untuk tampil dengan kenyataan mereka agar pembaca yakin dengan apa yang sdra bangkitkan, jngnlah jadi pengecut sekiranya isu ini dianggap serius dan ada kebenaranya, ISA hanyalah suatu tempat rehat bagi mereka yang berkata benar, tetapi ISA adalah merupakan Akta yang dasyat kepada mereka yang memikirkan keuntungan peribadi semata-mata.
Post a Comment