Search This Blog

Tuesday, December 16, 2008

AWAS SIKAT BULU BABI!


BUKTI...Nordin menunjukkan sikat bulu babi yang dibeli daripada sebuah premis untuk dihantar ke makmal CAP untuk dianalisa.

Para pengguna yang beragama Islam dinasihati agar berhati-hati membeli sikat berbulu terutama untuk kegunaan 'Iron' rambut.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Sabah, Nordin Thani membuat gesaan demikian setelah melawat lebih 10 premis yang menjual peralatan salon di Kota Kinabalu.

"Berhati-hati membeli sikat berbulu kerana kebanyakkannya diimport daripada negara China dan menggunakan bulu babi," ujar Nordin yang menjalankan pemeriksaan mengejut selepas menerima aduan daripada seorang surirumah yang telah membeli sikat berkenaan daripada sebuah premis di KK Plaza, Kota Kinabalu.

Kata Nordin, pihaknya memandang berat kemasukan barangan China yang semakin tidak terkawal terutama barangan kosmetik yang tidak mempunyai sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL) dan barangan pengguna yang tidak halal untuk kegunaan umat Islam.

"Saya minta JAKIM dan MUIS lebih pro-aktif terhadap isu halal haram dan lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi menentu sah kebajikan umat Islam sentiasa terjaga dan tidak ada pihak yang berani mempersenda Islam seperti kejadian jubin bertulis nama Allah," tegas Nordin yang mendesak Kerajaan membatalkan permit import pihak yang melanggar peraturan.

Menurut Nordin, beliau telah bertanya kenapa peniaga menjual sikat bulu babi berkenaan dan mencampuraduknya dengan sikat yang bukan berasaskan bulu babi dan mendapati jawapan yang menjengkelkan.

"Peniaga itu akui hampir semua sikat bulu memang daripada bulu babi kerana tahan panas. Bulu kambing atau lembu cepat rosak. Peniaga itu kata dia sudah lebih 10 tahun jual sikat tersebut dan tanya saya apa hal mahu halang dia agar jangan jual kepada Umat Islam," kata Nordin yang kesal kerana peniaga berkenaan hanya mahu mengaut untung tanpa memahami sentiviti umat Islam.

Sehubungan itu, Nordin menggesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Jabatan Kastam dengan kerjasama semua agensi terlibat memantau kegiatan yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencetus sengketa agama.

UNTUNG NASIB SI MALANG


GEMBIRA...Ramli ditemui bersama ibunya, Ogos di program Gerak Mesra anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di kampong Kuala Puntih disini dan sungguh ceria.

BERITA EHSAN DAILY EXPRESS
Tulisan: Rozie Jumat


Keningau : Kanak-kanak urang upaya , Ramli bin Sosor, 14 tahun kini bukan sahaja memiliki kad pengenalan tetapi turut menerima bantuan kebajikan setiap bulan dari Jabatan Kebajikan. Terima kasih kepada Daily Express dan Pertubuhan Wanita Sabah (Pewasa) cawangan Keningau yang membuat pendedahan mengenai kanak-kanak istemewa itu.

Sosor bin Aling, berkata anaknya itu kini mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM300 setiap bulan. Dengan wang itu kata Sosor , Ramli dibawa ke klinik setiap bulan untuk memeriksa kesihatan selain membeli makanan untuknya.

“Semua orang telah memberikan kerjasama yang baik kepada Ramli, saya sangat terharu kerana maklumlah saya tidak tahu apa-apa, mereka banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya,” kata Sosor yang amat berterima kasih diatas keprihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpa anaknya itu.

Bantuan itu juga kata Sosor telah membuka mata dan hatinya untuk menyokong kerajaan. Katanya, beliau tidak menjangka kunjungan wakil Daily Express yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook telah memberi masa depan kepada anaknya yang selama ini terabai.

DILEMA TIADA SIJIL LAHIR DAN MYKAD


MALANG...Keluarga yang tidak hampir tidak mempunyai dokumen. Dua dari kiri berdiri Sam, Antiang, Tinuim, Pinah dan empat anaknya.



BERITA EHSAN DAILY EXPRESS
Tulisan: Rozie Jumat

Keningau : “ Saya tidak tahu apa lagi cara yang membolehkan saya memiliki dokumen sah, kerana pelbagai usaha suami terhadap kami anak beranak tidak berhasil, hakikatnya kami adalah warganegara dan rakyat Malaysia sejak dilahirkan,” keluh Maina Gurungot, 43 tahun yang tidak mempunyai kad pengenalan. Kedua anak beliau yang telah berkahwin juga tidak memiliki kad pengenalan diri.

Maina, nenek bercucu lima dari Kampung Donggiluang , Bundu Apin-Apin, 25km dari sini berkata, beliau dan suaminya, Nini Sondokiri , 50 tahun telah banyak kali turun naik pejabat pendaftaran untuk mendapatkan kad pengenalan. Namun amat menghampakan kerana meskipun dikepilkan dengan dokumen yang berkaitan termasuk sijil kahwin, gambar sekeluarga namun beliau masih gagal mendapatkan dokumen yang penting itu disini.

“ Kami orang kampong banyak perkara yang kami tidak faham dengan JPN kerana apabila kami datang membawa borang yang diisi mereka kata tidak lengkap, dan meminta kami mengisi semula borang…dan apabila diserahkan semula borang itu dikatakan tidak lengkap. Tolonglah beritahu kami, tolonglah ajar kami jangan buat kami seperti bola,” kata Nini..

Kata Nini, meskipun beliau mempunyai kad pengenalan tetapi isteri dan kedua anaknya tidak mempunyai dokumen secara langsung menafikan hak-hak mereka sebagai warganegara.

“ Tanpa kad pengenalan isteri dan anak-anak tidak mendapat caruman pekerja (KWSP), insuran, tabungan di bank ,mereka juga tidak layak memohon tanah…mereka umpama orang asing di tempat sendiri, tolong bantu kami, saya sendiri sudah buntu dan mengharapkan pihak terbabit membantu kami…perkara ini sudah berlaku berpuluh puluh tahun,” kata Nini.

Lebih menyedihkan ialah empat orang kanak-kanak yang berusia antara 3- 8 tahun tidak mendapat surat beranak kerana bapa mereka tidak memiliki kad pengenalan. Pinah Malaya, 26 tahun isteri kepada Edon Antiang, 28 tahun yang mengandung anak ke lima berkata, kesemua anak-anak mereka yang dilahirkan di Klinik Nabawan tidak dapat surat beranak kerana masalah pengenalan diri suaminya.

“Saya risau memikirkan masa depan anak-anak saya, mungkinkah mereka akan dilayan seperti orang asing kerana mereka tidak memiliki surat beranak, Pada ketika ini saya bersandarkan kad klinik anak-anak yang membuktikan mereka adalah orang tempatan,” kata Pinah, seorang Murut dari Kampung Saupi, Nabawan. Beliau juga turut merayu kerajaan agar memberi perhatian kepada anak-anaknya dengan memberi bantuan memproses surat beranak termasuk menyelesaikan masalah yang sama terhadap suami beliau yang seringkali gagal mendapatkan maykad.

Sementara itu adik kembar kepada Edon, Sam berkata ketika masih dibangku sekolah beliau menggunakan surat beranak beliau dalam setiap kejohanan sukan bagi mewakili sekolah. Bagaimanapun katanya, yang tidak melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sekolah menengah, beliau telah meninggalkan kampong kerana bekerja.

“ Sehinggalah satu ketika saya memerlukan kad pengenalan dan berusaha membuat kad pengenalan. Semua usaha itu menemui kegagalan, malahan sehingga dicaci maki oleh mereka yang berkaitan, tetapi itu tidak mematahkan semangat saya,” kata Sam, yang kini membantu keluarganya bertani.

“ Kami sekeluarga tidak akan berputus asa mengusahakan proses permohonan sijil lahir dan MyKad. Namun atas segala usaha kami selama ini yang menemui jalan buntu, kami merayu agar JPN datang ke kampung kami…,” kata Sam.

Ayah mereka, Antiang Yupit, 60 berkata, kesukaran mendapatkan kad pengenalan yang dihadapi oleh kedua anak kembarnya disebabkan, kedua beradik itu meninggalkan kampung pada usia muda pada tempoh yang lama.

“Saya juga tidak faham kenapa anak-anak saya sukar dapat kad pengenalan sedangkan saya dan isteri ( Tinuim Tangkok) mempunyai dokumen yang membuktikan mereka adalah anak-anak saya dan layak diberikan kad pengenalan,” kata Antiang.

Keadaan yang serupa berlaku juga kepada Adrian Michael , Michael Sondokiri, Larry Nini, Laisah Nini di kampong itu. Wakil Daily Express juga melihat surat-surat beranak pengadu yang sepatutnya boleh menjadi asas kepada permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan maykad mereka

Sementara itu Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Michael Lundi bmerayu kepada wakil-wakil rakyat untuk turun membantu rakyat Malaysia di kampong itu yang tidak memiliki surat beranak mahupun kad pengenalan diri. Lebih kurang 8 orang di kampong itu tidak memiliki maykad dan 6 tidak memiliki sijil lahir.

Menurut Micahel, awal tahun 1980an terdapat perkhidmatan JPN secara bergerak datang ke kampong itu.

“ Pada masa itu caranya amat mudah JPN hanya ambil gambar dan nama. Bagi mereka yang mengetahui kehadiran JPN Bergerak mereka bernasib baik tetapi mereka yang kebetulan tidak berada di kampong itulah yang tidak dapat membuat kad pengenalan mereka seperti Maina,” kata Michael yang membawa sendiri wakil Daily Express ke kampong tersebut.

Kata Michael yang baru dipilih sebagai PJKK di kampong itu, beliau amat simpati dan kasihan kepada penduduk dikampung itu yang tidak memiliki sama ada surat beranak atau maykad.

“ Ini sepatutnya tidak berlaku kerana dokumen amat penting untuk rakyat. Simpati apabila ada diantara mereka hanya memandang dengan sayu apabila yang lain sibuk membuat permohonan tanah dan banyaklah keistemewaan yang mereka tidak dapat sebagai rakyat tempatan, “ kata Michael.

Namun katanya , beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana perkara tersebut telah berlaku dan apa yang paling penting masalah tersebut dapat diatasi dengan segera.

WASPADA JUBIN MENGHINA ISLAM!



HINA... Awang Rablah menunjukkan jubin lantai yang menghina agama Islam kerana memaparkan huruf jawi Allah.

RENCANA INI EHSAN UTUSAN BORNEO

KOTA KINABALU: Hasrat Haji Awang Rablah Salil untuk menyiapkan kerja-kerja mengubahsuai rumahnya di Taman Kuala Menggatal tergendala seketika selepas jubin yang dipasang di lantai rumahnya didapati bertulis kalimah Allah.

Pada mulanya, beliau tidak menyedari hal itu sehinggalah seorang ustaz berkunjung ke rumahnya dan memberitahu beliau bahawa jubin yang dibelinya di sebuah kedai di Jalan Donggongon itu mengandungi tulisan kalimah suci itu.

"Saya membeli jubin itu untuk mengubahsuai dan memperbaiki rumah saya untuk dijadikan kelas agama untuk mendidik anak-anak Islam di kawasan sekitar," katanya.

Menurutnya, beliau agak terkejut apabila diberitahu jubin yang dipasang di lantainya itu bertulis kalimah Allah.

"Mujurlah ustaz itu pernah melihat jubin serupa ketika mengunjungi pameran yang dibuat di Karnival Dakwah yang diadakan di IBorneo, baru-baru ini," katanya.

Awang Rablah kemudian merujuk perkara itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kemudian memintanya mengemukakan perkara itu Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri di Tingkat 4, Wisma BSN Sabah.

"Saya diberitahu oleh pegawai di bahagian itu bahawa jubin berkenaan memang bertulis kalimah Allah," katanya, sambil menunjukkan kepada Utusan Borneo mengenai jubin yang dimaksudkan itu.

Katanya, beliau dinasihatkan supaya mengikis tulisan itu atau membuka jubin yang telah dipasang itu supaya kesucian agama tidak dicemarkan.

Menurutnya, beliau mendedahkan perkara itu supaya orang ramai khususnya masyarakat Islam berhati-hati ketika membeli jubin yang bertulis kalimah suci itu.

"Kita tidak tahu apa niat mereka, sama ada ia disengajakan atau tidak, tetapi yang pasti pengguna beragama Islam harus berwaspada supaya tidak terbeli jubin yang boleh mencemarkan nama baik Islam itu," katanya.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap perkara itu termasuk membuat pemeriksaan di premis menjual jubin di negeri ini supaya tiada sebarang jubin mengandungi ayat-ayat atau kalimah yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

CONTOHI ICAC HONG KONG: MP SELAYANG


BINCANG...Mutalib sedang berbincang sesuatu dengan YB William Leong di Parlimen.

Perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.

Suruhanjaya Sepatutnya Ditubuhkan Awal-awal Lagi

Sebuah suruhanjaya bebas untuk membasmi rasuah adalah sepatutnya telah ditubuhkan awal-awal lagi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kegigihan dan keyakinan untuk membentangkan Rang Undang-undang ini.

Rasuah

Rasuah telah memusnahkan jiwa seluruh masyarakat. Rasuah adalah seperti kanser, bila tanpa diperiksa ia akan merebak melalui anggota badan lain dan membunuh semua sel. Rasuah melemahkan, dengan izinnya, “good governance”. Ia memutar-belitkan polisi awam. Ia menyebabkan kesalahgunaan sumber-sumber terhad di kalangan masyarakat. Akhirnya, golongan miskin dan berpendapatan rendah yang paling terjejas daripadanya kerana mereka terpaksa membayar kerugian yang disebabkan oleh rasuah.

Kebebasan Suruhanjaya

Fasal 5(1) memperuntukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Definasi di Fasal 3 memperuntukkan bahawa “Menteri” merujuk kepada menteri yang bertanggungjawab kepada Suruhanjaya tersebut.

Tiada apa-apa proviso bagi peruntukkan untuk kebebasan sumber-sumber kewangan bagi Suruhanjaya tersebut.

Perbezaan utama yang penting di antara Rang Undang-undang ini dan undang-undang yang terdahulu bagi pencegaahan rasuah adalah sepatutnya merupakan kebebasan kepada suruhanjaya. Walaubagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya tidak boleh menjadi bebas jika perlantikannya adalah bergantung kepada Perdana Menteri. Beliau tidak boleh menjadi bebas jika beliau bertanggungjawab kepada seseorang Menteri. Beliau tidak boleh manjadi bebas jika beliau bergantung kepada Menteri untuk mendapatkan keperluan kewangan. Jika kelemahan dalam Rang Undang-undang ini tidak dipulihkan maka Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini adalah ditakdirkan gagal seperti yang sebelumnya.

Untuk menjadikan sebuah badan Suruhanjaya yang Bebas, badan tersebut mesti benar-benar bebas dan bebas daripada keberbahayaan halangan politik. Ia harusnya tidak bertanggungjawab kepada mana-mana entiti politik dan ia mesti mempunyai satu peruntukan sumber kewangan yang betul dari Parlimen.

Agensi Pencegahan Rasuah (“BPR”) yang sediaada dianggap oleh masyarakat sebagai tidak berefektif disebabkan campur-tangan politik. Masyarakat mengganggap bahawa ia sebagai satu rang kebersihan kesihatan ahli politik yang menceburi diri dalam skandal serta isu-isu yang dipersoalkan. Jika keupayaan halangan politik tidak disingkirkan dengan selengkapnya, maka Rang Undang-undang ini hanya akan menjadi satu perihal berselubung yang lain.
Pemilihan Ketua Pesuruhjaya

Supaya satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan, ia perlu melibatkan masyarakat dalam pemilihan Ketua Pesuruhjaya. Mempelawakan calonan dari pihak awam selepas menyatakan kriteria kualiti yang diperlukan bagi pesuruhjaya akan mengizinkan masyarakat melibatkan diri dalam proses pemilihan tersebut. Pencalonan-pencalonan harus kemudian daripada itu dikemukakan kepada Parlimen untuk dibaca dan dimasukkan ke dalam senarai terpilih bagi pencalon-pencalon mereka anggap sesuai untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kebebasan Sumber Kewangan

Supaya Suruhanjaya ini berjaya, ia mesti mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk diperuntukkan oleh Parlimen. Ia mesti mempunyai satu peruntukan bajetnya sendiri yang akan diluluskan oleh Parlimen serta tidak dibentuk sebagai sebahagian daripada Kementerian supaya isu kebebasan dan kawalan tidak tertimbul.


Kuasa-kuasa Penyiasatan dan Pendakwaan

Rang Undang-undang tersebut memperuntukkan Pendakwaraya untuk meluluskan pelbagai aspek penyiasatan seperti penyitaan rekod-rekod dan memperolehi perintah-perintah halangan dan pendakwaan.

Suruhanjaya tersebut mesti mempunyai kuasa-kuasa penyiasatan, penyitaan dan pendakwaan dan tidak bergantung kepada Peguam Negara. Ia adalah imperatif bagi Suruhanjaya tersebut untuk mempunyai kuasa-kuasa penyiasatan dan pendakwaannya sendiri, maka mengambil alih tanggungjawab rasuah daripada polis dan Peguam Negara. Hakikatnya, Suruhanjaya tersebut ditubuhkan sebagai badan berautonomi ialah formula yang penting dan kritikal untuk menjamin kejayaan.

Bertanggungjawab kepada

Peruntukan supaya Suruhanjaya bertanggungjawab kepada seseorang Menteri adalah satu kekhuatiran yang akan melemahkan kebebasan Suruhanjaya tersebut.

Suruhanjaya tersebut harus dilantik melalui Parlimen. Ia mesti bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Perakuanan Awam. Parlimen merupakan satu badan perwakilan kepentingan rakyat. Ia adalah lebih baik untuk Suruhanjaya tersebut bertanggungjawab kepada badan sedemikian daripada kepada seseorang individu yang spesifik. Ia terdapat banyak aduan yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang masih belum disiasat. Aduan-aduan dan laporan-laporan telah dibuat oleh BPR terhadap VK Lingam dan Hakim-hakim yang menyatakan dalam laporan oleh Suruhanjaya DiRaja terhadap Perlantikan Hakim atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya V K Lingam adalah salah satu daripada contohnya. Suruhanjaya tersebut tidak boleh diharap untuk menyiasat dan mendakwa Perdana Menteri atau Menteri yang bertanggungjawab jika terdapat satu aduan yang diterima oleh Suruhanjaya tersebut terhadap Perdana Menteri atau Menteri yang berkenaan.

ICAC di Hong Kong

Penegasan utama, dengan izinya, “Hong Kong Independent Commission” terhadap rasuah (“ICAC”) adalah pencegahan dan penglibatan awam. Suruhanjaya ini mengiktirafkan keperluan penglibatan awam untuk membasmi rasuah dan ia ditentukan bahawa cara yang mungkin boleh memenangi dan diterima oleh pihak awam untuk membasmi rasuah adalah untuk mendakwa dan menghukum penjenayah-penjenayah yang berpangkat tinggi. Dengan izinnya, “Big and corrupt actors must be named and punished so that a cynical citizenry believes that an anti-corruption drive is more than just words.”

Rasuah di Malaysia telah mencapai perkadaran sistemik. Pendekatan pengkuatkuasaan undang-undang yang sediaada telah membuktikan ke-tidak-berkesanan dan tidak mampu untuk membasmi amalan rasuah. Pandangan synikal orang awam terhadap pembasmian rasuah yang sediaada tidak boleh disalahkan, apabila badan penyiasat dianggap sebagai penerima rasuah. Ia adalah lebih penting untuk memfokus kepada sistem rasuah daripada individu-individu yang menerima rasuah. Individu-individu yang menerima rasuah akan dihukum dan disabit tetapi satu sistem rasuah akan membiak kepada individu-invididu yang lain jika ia tidak ditukar. Kita perlu menumpukan kepada sistem yang akan membolehkan seseorang menceburi diri dalam aktiviti penerimaan rasuah. Inilah termasuk sistem situasi penyemakan dan mempertimbangkan (dengan izinnya, checks and balances) yang telah disingkirkan yang mana pembahagian kuasa menjadi illusori dan kuasa-kuasa eksekutif, undang-undang serta kehakiman telah menjadi penumpuan ke atas seseorang individu atau sesuatu kumpulan kecil yang dipilih.

Pemonopolian kuasa adalah satu-satunya yang memberi perkembangan rasuah. Inilah sebabnya mengapa ia adalah penting bahawa pemonopolian kuasa mesti disingkirkan untuk memberi laluan kepada kejayaan Suruhanjaya ini. Oleh yang dimikian saya pohon Ruang Undang Undang ini dikaji semula untuk membetulkan kelemahan kelemahan yang disebut ini.

Sekian terima kasih.

William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang

15 Disember 2008

Monday, December 15, 2008

53 TAHUN MENANTI WARGANEGARA?


BUKTI...Maria menunjukkan pasport Malaysia kedua ibubapanya yang membuktikan bahawa beliau adalah warganegara Malaysia dari segi Perlembagaan Persekutuan.


MUNGKIN tidak keterlaluan jika seorang warga asing mengambil masa antara sepuluh hingga 12 tahun untuk memohon warganegara Malaysia mengikut jalan yang sah.

Namun adalah amat menyedihkan jika seorang suri rumah, Maria Asunta Chu dan kakaknya, Hilda Claudra Chu terpaksa menanti sejak lebih 53 tahun lalu untuk menjadi warganegara Malaysia walaupun kedua-dua ibu bapanya dan lima adik beradik yang lain adalah Warganegara.


LAHIR...Maria menunjukkan sijil kelahiran Brunei yang telah koyak rabak.

“Apakah kerana saya dan kakak saya dilahirkan di Brunei maka saya hilang hak menjadi warganegara?” ujar Maria yang dilahirkan pada 29 Oktober 1955 di Seria, Bandar Seri Begawan, Brunei ketika bapanya bertugas sebagai Jurugambar di Shell Brunei.

Namun kata Maria, mereka sekeluarga kembali ke Kampung Dambai Penampang sebelum hari Malaysia iaitu pada 21 September 1957 bersama seorang adik lelaki yang juga dilahirkan di Brunei pada 4 Februari 1957.

“Ibu bapa saya telah bersusah payah mendaftar permohonan kami, tetapi hanya adik saya sahaja yang memperoleh warganegara Malaysia. Saya dan kakak saya tidak tahu warganegara mana dan masih menunggu tanpa menaruh sebarang harapan lagi,” kata Maria yang terkilan dengan pemberian taraf kewarganegaraan songsang kepada warga Indonesia, Filipina, India dan Pakistan yang hanya mengambil masa tidak sampai dua bulan.



TARAF...Mykad Maria menunjukkan tarafnya sebagai Penduduk Tetap.


Kata Maria, dia dan kakaknya layak mendapat taraf Warganegara Malaysia mengikut Fasal 15A dan 16A, Perlembagaan Persekutuan, namun harapan mereka tidak kesampaian apabila Jabatan Pendaftaran memberikan pelbagai alasan.

“Bayangkanlah jika anda di tempat kami. Kami hilang semua hak dan sebaliknya hak kami diberi untuk dinikmati oleh orang asing,” ujar Maria yang tidak mendapat sebarang peluang keistimewaan anak negeri walaupun Mahkamah Anak Negeri Penampang mengiktiraf dirinya dan semua ahli keluarganya sebagai Anak Negeri Sabah (Native) melalui pemberian Sijil Anak Negeri pada 14 Januari 1974.

Maria menegaskan setelah bapanya meninggal dunia, ibu mereka sudah berputus asa untuk meneruskan permohonan pengesahan taraf mereka berdua kerana merasakan perjuangan selama 53 tahun sudah melampau batasan hak asasi manusia.

Kisah lengkap dan sedih Maria akan dimasukkan kepada dalam buku Saya Anak Malaysia? yang akan diterbitkan pertengahan tahun hadapan.

Sunday, December 14, 2008

HAMDAN TETAP SAMAN NASRUN


HAMDAN BULAGI

MANGSA penipuan kes tanah di Lahad Datu, Sabah, Hamdan Bulagi menafikan beliau menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2002 terhadap Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

”Tidak benar. Saya tidak pernah tarik balik dan tetap akan saman Nasrun,” ujar Hamdan yang hanya menunggu peguamnya menyiapkan saman pemula untuk mendakwa Nasrun di mahkamah terbuka kerana telah melakukan pecah amanah berhubung penjualan tanah warisan keluarganya secara haram.

Hamdan kesal kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan berita palsu kononnya beliau menarik balik laporan polis sebaliknya kesal kerana polis gagal mengambil tindakan terhadap Nasrun yang terbukti melakukan jenayah pecah amanah.


DATUK DATU NASRUN DATU MANSUR

”Saya tidak akan berganjak selagi Nasrun tidak didakwa di mahkamah dan pendatang asing yang dilindunginya tidak ditangkap dan dilucut kerakyatan yang diperolehi secara songsang dan nekad menipu keluarganya,” ujar Hamdan yang meminta ehsan Pesuruhjaya Polis Sabah menangkap penjenayah yang berselidung di sebalik jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kata Hamdan lagi, beliau terkilan kerana Polis mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan sehingga gagal mengesan para peguam yang melakukan jenayah berkenaan terutama apabila peguam berkenaan tidak lagi bekerja atau mengamalkan guaman atau kerana peguam berkenaan telah menjadi ’orang besar’ sebagaimana kes yang beliau hadapi.

Menurut Hamdan, polis gagal memaklumkan kepadanya kes siasatan pecah amanah terhadap seorang peguam yang menggunakan kedudukannya bersubahat dengan seorang pendatang asing tanpa izin untuk merampas tanah milik keluarganya.

Hamdan telah membuat laporan polis pada 04 Mei 2002 melalui report LDU/2828/2002, yang meminta polis menjalankan siasatan berhubung jenayah pecah amanah seorang peguam, Datu Nasrun Datu Mansur yang secara sedar telah bersubahat dengan seorang lelaki, Haji Ismail Bin Tidal menukar hak milik tanah ibu mertuanya kepada anak perempuan lelaki berkenaan.

Sehingga kini, kata Hamdan, polis gagal memaklumkan kepada beliau keputusan kes berkenaan walaupun beliau telah berkali-kali datang ke balai polis Lahad Datu berhubung laporan polis yang dibuatnya.

”Apakah kerana Nasrun seorang Pembantu Menteri dan Wakil Rakyat maka dia kebal daripada tindakan undang-undang?,” ujar Hamdan yang mencabar Nasrun agar meletakkan jawatan sebagai Adun Lahad Datu kerana telah mencemarkan imej wakil rakyat dan guaman.

Hamdan mendesak Nasrun yang melakukan pecah amanah menyerah diri dan membetulkan kesilapannya dengan memulangkan tanah yang dirampas secara culas kerana jika perkara ini diheret ke mahkamah, ramai pihak akan malu.

Menurut fakta kes yang difailkan Hamdan, beliau amat terkejut kerana Nasrun boleh bersubahat dengan seorang pendatang asing Filipina, Ismail Tidal yang mendapat kad pengenalan projek untuk merampas sekeping tanah PL 116175823 yang terletak di Kampung Layong, Tengah Nipah, Jalan Tungku seluas lebih kurang dua ekar milik keluarganya.

”Nasrun secara sedar telah melakukan jenayah apabila beliau bersubahat dengan Ismail melakukan pemalsuan dokumen pindah hak milik dan memalsukan sijil kematian pemilik asal iaitu Jalil Amit,” ujar Hamdan yang kesal kerana memperdaya ibu mertuanya, Nurbanu Bte Hamid.


BUKTI.. Nasrun membuat penyaksian berhubung pindah milik tanah.

Tambah Hamdan lagi, beliau masih menunggu keputusan forensik yang dibuat oleh Polis terhadap semua dokumen pindah milik yang kononnya telah dilakukan sendiri oleh Nurbanu di Pejabat Nasrun.

”Ismail ini pandai betul kerana mendaftarkan hak milik berkenaan di atas nama anaknya, Zuraidah, ketika usia anaknya enam tahun dan melantik dirinya sebagai Pemegang Amanah,” tegas Hamdan sambil menunjukkan salinan geran tanah kerana geran asal masih di dalam simpanan tetuan Nasrun & Co.

Dalam laporan polisnya, Hamdan mencatatkan:

”Pada 15.04.2002, lebih kurang jam 0200 petang saya telah diberitahu oleh adik ipar saya bernama Zain Abd Hamid mengatakan tanah atas nama Hamid bin Ibrahim (telah meninggal dunia) No. PL 116175823 yang terletak di kawasan Tengah Nipah, Jalan Tungku seluas 6.6 ekar telah dibeli orang lain dengan nama ZURAIDAH BINTI ISMAIL KP H 0880162, seluas 2 ekar dan dijaga oleh penama ISMAIL BIN TIDAL tanpa kebenaran Puan Nurbanu Bte Hamid no KPT 450202-12-5230, sedangkan tanah tersebut tidak pernah dijual kepada sesiapapun. Oleh itu saya mendapati tanah tersebut dijual oleh orang lain dengan meniru tandatangan puan NURBANU BTE HAMID dan apabila kami memanggil ISMAIL TIDAL datang ke rumah saya, Hamdan Bulagi untuk menyelesaikan masalah pembelian tanah dan Ismail Tidal menuduh Puan Nurbanu Bte Hamid telah menerima wang (tidak diketahui jumlahnya) di hadapan Peguam Datu Nasrun Bin Datu Mansur, pada 10.10.1987. Ismail Tidal juga meminta kami adik beradik buat penyelesaian di hadapan peguam. Pada 03.05.02 lebih kurang jam 3.00 petang kami adik beradik bersama Puan Nurbanu Bte Hamid telah berjumpa dengan Datu Nasrun Bin Datu Mansur. Tetapi kami adik beradik dikeluarkan dari bilik Datu Nasrun bin Datu Mansur, manakala emak mertua saya bernama Nurbanu Bte Hamid untuk disoal siasat. Nursia Bte Abdul Hamid telah mendengar perbualan mereka di mana emak mertua saya, Puan Nurbanu Bte Hamid disuruh mengaku oleh Datu Nasrun Bin Datu Mansur bahawa Puan Nurbanu Bte Hamid menurunkan tandatangan, tetapi Puan Nurbanu Bte Hamid enggan mengaku kerana Puan Nurbanu Bte Hamid tidak pernah turunkan tandatangan, Lalu saya, Hamdan Bulagi dan Nursia Bte Abdul Hamid dipanggil masuk oleh Datu Nasrun Bin Datu Mansur dan memberitahu bahawa Puan Nurbanu Bte Hamid tidak mengaku tandatangan. Lalu saya Hamdan Bulagi dan Nursia Abdul Hamid memberitahu Datu Nasrun Bin Datu Mansur bahawa kami laporkan perkara ini kepada pihak polis untuk dirujuk ke mahkamah. Pada 19.09.1986 Jalil Bin Hamid, adik kepada Puan Nurbanu Bte Hamid yang telah meninggal dunia pada 13.08.1986 No. 213/86) telah menjual tanah kepada Azmi Bin Yusuf. Dan pada 22.11.1993 Encik Azmi Yusof telah menjual kepada Lamantali Bin Hamam (H8002222) pada 25.05.1990 En Nasip Bin Kusin (H600777) membawa Puan Nurbanu Bte Hamid berjumpa dengan Datu Nasrun Bin Datu Mansur untuk menandatangani pengurusan tanah untuk waris kepada Nurbanu Bte Hamid kerana adik beradiknya telah meninggal dunia. Dan Puan Nurbanu Bte Hamid telah turunkan tandatangan dan dibagi wang sebanyak RM3.00 oleh Nasip Bin Kusin untuk tambang balik ke rumah. Laporan ini dibuat untuk dirujuk ke mahkamah. Sekian laporan saya. Penambahan laporan Azmi Bin Yusof di panggil ke pejabat Datu Nasrun Bin Datu Mansur tetapi tidak datang. Dan untuk makluman tanah tersebut dipenuhi rumah. Kerana tanah tersebut telah dijual oleh Azmi Yusof dan Nasip Kusin kepada orang-orang yang mendirikan rumah di tanah tersebut.”

Kata Hamdan lagi, beliau mengenali penjamin PATI berkenaan iaitu Patawi Wapijo yang telah mengesahkan bahawa Ismail Tidal memegang pasport bernombor 531324 dan memegang permit kerja bernombor 478D.PI II/(40) 28.8.1975, tetapi beliau tidak sedar bila Ismail lari daripada jaminan kerana semua jaminan diperbaharui secara automatik.

”Saya pun hairan bagaimana Ismail mendapat kad pengenalan projek pada 1991 dan menjadi Ketua Cawangan UMNO,” kata Hamdan yang menyebut nombor kad pengenalan Ismail H0532049 mengesahkan beliau adalah PATI yang mendapat kerakyatan segera.

POLIS SEMAKIN MALAS: HASSNAR


LAPOR…. Hassnar menunjukkan dua laporan polis yang dibuatnya.

PEGAWAI polis Sabah kini semakin malas walaupun pelbagai insentif diberikan namun mereka tidak mesra pelanggan dan kurang pro-aktif terhadap aduan jenayah.

Tidak sampai 48 jam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim memberi jaminan polis akan bertindak pantas menyiasat aduan orang awam dalam pertemuan dengan sebuah NGO di Ibu Pejabat Polis Kepayan baru-baru ini, namun sikap yang ditunjukkan pegawai polis berlainan sekali.

Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar MP Ebrahim, menyifatkan polis wanita bersifat seperti ‘ular sawa’ dan polis lelaki sebagai ‘naga’ kerana sikap mereka yang menjengkelkan apabila mengendalikan aduan orang awam.

“Saya kesal kerana ketua mereka cakap lain tetapi mereka bersikap lain,” ujar Hassnar yang menggesa agar Datuk Noor Rashid turun gelanggang melihat cara pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas melayan orang awam.

Hassnar meluahkan rasa kecewa kerana apabila beliau melihat jenayah berlaku di hadapan mata, beliau telah memanggil seorang pegawai polis agar menyaksikan kejadian seorang wanita Islam yang berpakaian menjolok mata secara keterlaluan di khalayak awam dan menghina agama rasmi Malaysia.

“Pegawai berkenaan bukan sahaja enggan menghantar anggota untuk menyaksikan jenayah berkenaan malah tidak mempedulikan aduan saya,” ujar Hassnar yang kesal kerana polis bersubahat dengan penjenayah yang mempersendakan agama Islam sewenangnya.

Kata Hassnar lagi, jika kes seperti ini gagal ditangani polis, bagaimana pula apabila beliau ingin melaporkan kejadian pergaduhan atau pembunuhan?

“Kalau beginilah sikap pegawai polis, kejadian jenayah akan terus berlaku dan tidak hairan jika orang awam tidak lagi membantu polis mengurangi kadar jenayah di Sabah,” tegas Hassnar lagi.

Hassnar kemudiannya datang ke balai polis Karamunsing dan membuat dua laporan polis agar siasatan segera dijalankan.

Laporan polis Luyang/003894/08 yang dibuat pada 13 Disember 2008 sekitar jam 8.47 malam di Balai Polis Karamunsing menyebut;.

“Pada 13/12/2008 jam lebih kurang 2000 hrs, bertempat di Restoran Masakan Sedap. Hill Top, Luyang, Kota Kinabalu, saya melihat/saksikan sendiri seorang wanita bernama Zarifah Chung @ Karen Chung Lin Lin, berbangsa Cina berpakaian tidak senonoh melanggar tatatertib berpakaian penganut agama Islam. Oleh kerana tertuduh telah memeluk agama Islam maka saya membuat aduan ini supaya PDRM tahan, siasat dan dakwa tertuduh di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sabah dan atau merujuknya kepada Jabatan relevan untuk tindakan di bawah enakmen yang sama atas kesalahan mempersenda agama Islam."

Manakala satu lagi laporan polis, Luyang/003895/08 yang dibuat pada Jam 9.03 malam tarikh yang sama berbunyi;

“Pada 13/12/2008, jam lebih kurang 2000hrs dari Restoran Masakan Sedap, saya ada menghubungi seorang anggota polis, nama Insp. Fazura, agama Islam memohon daripadanya bantuan pihak polis menangani jenayah yang dilakukan seorang wanita berasal agama Buddha kemudian memeluk Islam semata-mata mempersenda agama Islam bagi tujuan mendapat keuntungan peribadi. Permohonan saya tidak mendapat layanan. Saya buat laporan ini supaya PDRM ambil tindakan terhadap pegawai terbabit dan semua yang menasihatinya di bawah Penal Code atau di bawah Police act. Aduan juga dibuat supaya pegawai/anggota terbabit dirujuk kepada jawatankuaa disiplin dan atau tindakan tatatertib di bawah bidang kuasa perlantikan anggota polis pangkat pegawai.”

Untuk rekod, Hassnar pernah mencabar polis untuk menangkap dan mendakwanya di Mahkamah jika inginkan keterangannya berhubung Sindiket Kad Pengenalan Projek yang didedahkannya dalam buku IC Projek-Agenda Tersembunyi Mahathir?; Justice For Sabah dan 007 Lelaki Malaysia Terakhir?

Hassnar kini sedang dalam proses untuk mendakwa Ketua Polis Daerah Kinabatangan atas kes jenayah dan salahguna kuasa.

Hassnar juga masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sandakan dalam kes saman terhadap pegawai kanan polis yang menangkapnya ketika beliau meminta penduduk kampung BDC membuat laporan polis apabila polis meroboh rumah mereka dalam OPS NYAH II BERSEPADU.

USBO SAMBUT BAIK SPRM




PERTUBUHAN Bajau Sabah Bersatu (USBO) menyambut baik keputusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)2008 di Dewan Parlimen baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said memuji tindakan berani dan bertanggung jawab Pak Lah menjadikan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sebagai realiti.

“Kita sokong penuh usaha murni ini dan akan sentiasa menyokong apa juga langkah drastik untuk membanteras rasuah sehingga ke akar umbi,” ujar Salleh yang dihubungi ketika singgah di Jeddah dalam perjalanan balik ke tanah air selepas menunaikan fardu haji di Makkatul Mukarramah.

Salleh menarik perhatian walaupun agak sukar untuk menafikan peranan ahli politik dalam menentukan dasar yang akan diguna pakai oleh suruhanjaya ini kelak, namun Salleh berharap suruhanjaya ini benar-benar bebas dari kekangan politik.

“Apabila rang undang-undang ini diluluskan kelak, kerajaan perlu bertindak membersihkan rasuah secara berkesan dan sayugianya pemimpin yang rasuah harus mengundur diri. Jika engkar, tindakan pendakwaan dan penyingkiran adalah jalan terbaik,” tegas Salleh yang berpandangan untuk lebih maju Malaysia harus benar-benar bebas daripada rasuah.

Salleh akui memang agak payah untuk memastikan SPRM menjadi badan yang cekap dan berwibawa dalam masa yang singkat kerana kemungkinan kebarangkalian melibatkan pindaan beberapa Akta dan pengenalan beberapa rang undang-undang yang berkaitan, namun kerajaan telah melakukan sesuatu secara serius dan memerlukan masa untuk menggapai integriti yang kini masih di luar jangkauan.

“Kita selama ini bercakap mengenai tangkapan dan rasuah, namun kita masih menanti bukti kesungguhan pendakwaan yang agak payah,” kata Salleh merujuk beberapa kes yang hanya sampai sekerat jalan dan tidak memulihkan keyakinan rakyat kerana kekangan birokrasi dan sistem pelaksanaan undang-undang yang diterima pakai di Malaysia.

Memberi terlalu banyak kuasa kepada seseorang atau sesebuah institusi juga akan menyuburkan rasuah dan kerajaan harus mencari mekanisme untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

Kata Salleh lagi, limitasi dan litigasi sering menjadi demarkasi kepada perlaksanaan sesuatu undang-undang secara berkesan.

NYAHKAN AGEN UMNO DARI PKR SABAH!




SURAT TERBUKA KEPADA YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Terlebih dahulu tahniah kepada YB Datuk Seri.

Sebagai respon kepada surat terbuka daripada saudara Abdullah Madon, saya mengambil kesempatan ini untuk turut serta menyatakan secara terbuka perasaan sedih dan pilu saya melihat perjuangan PKR yang telah sekian lama menjadi korban akibat perbuatan durjana segelintir ahli yang pintar bersandiwara.

Sempena lawatan buat pertama kali selaku ahli Yang Berhormat ke Sabah, selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya amat berharap punca masalah yang telah sekian lama bermaharajalela menimbul suasana kacau bilau pemimpin PKR peringkat perhubungan negeri Sabah akan dapat diambil perhatian serius beserta tindakan sewajarnya.

Pada tahun 1976, rakyat Sabah telah menumbang kerajaan Parti USNO menggantikannya dengan Kerajaan Parti Berjaya. Sembilan tahun kemudian negeri Sabah sekali lagi menyaksikan peralihan kuasa bilamana rakyat Sabah memilih Parti Bersatu Sabah menggantikan Kerajaan Parti Berjaya.

Dalam perkataan lain rakyat Sabah adalah HERO dalam soal menukar kerajaan. Berpandu kepada rekod ini bukan perkara mustahil PKR juga boleh menumbang parti memerintah sekarang.

Masalah pokok adalah apakah rakyat Sabah yakin barisan kempimpinan PKR yang menawarkan diri untuk mengambil alih tampuk kerajaan memiliki cirri-ciri kepimpinan mantap yang mampu memberikan khidmat yang lebih baik daripada pemerintah yang sedia ada?

Saya menyertai Parti Keadilan sebai sahaja ia berkembang ke Sabah atas kepercayaan dengan adanya alternatif kepada kepimpinan UMNO/BN rakyat boleh memilih barisan pemimpinan dan bentuk kerajaan yang mereka kehendaki.

Kegiatan melemahkan Parti Keadilan telah mula bertapak apabila Datin Saidatul diberi mandat menjadi Ketua Perhubungan Negeri Sabah. Setelah meninggalkan parti, agenda UMNO telah terus bermain peranan dengan aktif oleh segelintir pemimpin yang berpakai topeng PKR.

Peranan dimainkan oleh agen-agen UMNO ini bukan sahaja tertumpu kepada mengadu domba satu pemimpin dengan pemimpin yang lain malah turut menghuru-harakan bahagian-bahagian parti yang telah sempurna ditubuhkan.

Mana-mana bahagian parti yang berpotensi untuk menawan kerusi di bahagian masing-masing seperti beberapa bahagian di Kudat atau Sandakan, ahlinya akan segera disabung antara satu dengan yang lain. Ianya tidak berhenti sehingga bahagian itu menjadi lemah dan tidak berfungsi.

Pendedahan kaitan pengkhianat ini dengan UMNO dapat dilihat dengan ketara melalui kes pemilihan Pgn Roslan Pgn Nasrun sebagai calon Keadilan bagi kawasan pilihanraya Parlimen Batu Sapi. Tiga bulan sebelum pilihanraya 2003, OKK Hassnar Haji Ebrahim, selaku Ketua Bahagian Parti Keadilan Bahagian Libaran dan Pengerusi Zon Sandakan telah dihubungi oleh penama tersebut dan meminta namanya dinaikkan menjadi calon.

Pgn Roslan membawa OKK Hassnar berunding melompat parti setelah pencalonan mereka diterima. Bayaran daripada UMNO berjumlah leih satu juta ringgt utuk tga orang calon telah dirunding oleh Pgn Roslan.

Rancangan ini telah ditolak oleh OKK Hassnar. Ianya juga telah disampaikan epada Datin Saidatul Badru di Kuala Lumpu tetapi apabila tiba pilihanraya Datin Saidatul Baru, Haji Awang Tengah bersama Awang Ahmad Shah telah membelakangkan OKK Hassnar Ebrahim, yang juga adalah ahli Biro Politik ketika itu.

Mereka pilih Pgn Roslan sebagai Calon Keadilan! Dua hari selepas penamaan calon Pgn Roslan telah menarik diri sebagai calon Parti Keadilan dan sehingga kini telah menjadi ahli UMNO.

Kehadiran OKK Hassnar Haji Ebrahim yang telah mentadbir kawasan Sandakan dengan begitu baik, mengadakan pejabat sendiri dan tenaga kerja bergaji, tidak disenangi oleh kumpulan ini.

Ianya bukan disebabkan oleh peristiwa melantik Pgn Roslan sebagai Calon Parti malah ketika OKK Hassnar bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian Libaran,

Awang Ahmad Shah memintanya membayar RM25,000 sebagai rasuah untuk membayar calon yang dipasangnya menarik diri daripada bertanding. Akibatnya Pejabat Parti Keadilan Sandakan telah ditutup setelah OKK Hassnar memutuskan bahawa barisan pemimpin PKR ibarat ‘The Pot Calling The Kettle Black”, tiada bezanya dengan UMNO.

Kes pemilihan Pgn Roslan sebagai calon yang enggan diambil perhatian dan disiasat oleh pemimpin parti cukup menjelaskan jenis kepimpinan Awang Ahmad Shah, Haji Awang Tengah dan Ahli Kumpulan mereka yang lain.

Rakyat Sabah cukup matang dalam soal memilih pemimpin. Adalah mustahil rakyat akan memilih pemimpin PKR kalau barisan pemimpinnya di peringkat Perhubungan Negeri tidak habis-habis bergaduh sesama sendiri. Tentunya rakyat akan tertanya, apakah bentuk kerajaan yang dapat ditubuh keak dengan jenis pemimpin seperti ini?

Apakah pemimpin yang gemar fitnah memfitnah sesama sendiri mampu mendirikan sebuah kerajaan stabil yang mampu mengubah nasib rakyat? Belum memerintah sudah ada yang menganjur rasuah dalam pemilihan bahagian. Bagaimana pula kalau sudah memerintah? Jenis pemimpin seperti ini tidak layak diberi ruang dalam PKR.

Wassalam.

t.t.

SULAIMAN ALLAHAD
Beaufort Sabah.

3,000 AHLI UMNO SILAM DITIPU?


DAIF...Salah sebuah rumah yang daif di Silam yang memerlukan pembelaan segera.



SERAMAI 3,000 ahli UMNO Silam yang mendakwa diri mereka ditipu pihak yang diamanahkan memproses permohonan rumah PPRT daripada Peruntukan Khas RM25 juta FELDA, menghantar rayuan kepada Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang mengesa agar siasatan dijalankan bagi membolehkan permohonan mereka diproses dan diluluskan kerana telah menunggu lama.

"Kami telah membayar antara RM50 dan RM100 bagi mendapatkan borang daripada Pejabat Ahli Parlimen yang lalu melalui Setiausaha Bahagian dan pegawai khas Ahli Parlimen," ujar Dayang Halima Elyis, 25, selaku Timbalan Ketua Puteri UMNO cawangan Kampung Singgamata II.

Halima kesal kerana Mantan Ahli Parlimen lalu, Datuk Haji Samsu Baharun Haji Abdul Rahman melalui Setiausaha Bahagian, Firdaus Alawi hanya bijak menabur janji kononnya setiap ketua cawangan berhak mendapat sebuah rumah PPRT bernilai lebih RM25,000 di beberapa kawasan terpilih.

"Patutnya borang ini diberi percuma, tetapi mereka meminta bayaran daripada kami. Walaupun susah tetapi kerana kami mau rumah terpaksa bayar tetapi tiada resit. Jadi kami tidak mempunyai tempat mengadu dan terpaksa berjumpa YB Salleh," ujar Halima yang merayu keprihatinan Ahli Parlimen Silam yang baru membantu menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.

Halima menekankan pihaknya akan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Pejabat Daerah Lahad Datu selepas mendapat permit polis dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Salleh ketika diminta mengulas rayuan ahli UMNO yang tertipu berkata, beliau akan menjalankan kajian dan menemui Pegawai Daerah Lahad Datu untuk mendapat gambaran sebenar kerana beliau difahamkan peruntukan Felda untuk projek PPRT disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah yang kini telah dimansuhkan.

"Kita akan meneliti senarai permohonan, mengenalpasti tapak baru dan menaiktaraf reka bentuk yang sedia ada kerana harga siling baru rumah PPRT telah dinaikkan agar penghuninya mendapat rumah yang selesa dan bukannya pondok yang usang," kata Salleh yang merencana untuk melaksanakan projek yang tergendala dengan beberapa agensi yang terlibat dengan pembangunan hartanah agar peruntukan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di parlimen Silam.

Kata Salleh lagi, Dasar Kita berhubung Perumahan Untuk Penduduk Miskin Tegar amat jelas dan kita kesal jika berlaku penyelewengan di masa lalu sehingga memangsakan rakyat.

Oleh itu kata Salleh, beliau tidak boleh tergesa-gesa untuk melakukan sebarang keputusan yang akan memberi kesan kepada program pembasmian kemiskinan dan penempatan semula masyarakat kelak agar seiiring dengan pembangunan infrastruktur.

Saturday, December 13, 2008

HENRY VOON, JOKER ATAU BROKER BPR?


JOKER… Joker Henry Voon yang menghakis keyakinan orang awam terhadap BPR.

Mantan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggesa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyiasat dakwaan seorang lelaki Cina, Henry Voon, bahawa beliau adalah Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR.

“Belumpun Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)diluluskan di Parlimen, Penasihat sudah dilantik?,” tanya Jeffrey yang menyebut tindakan lelaki berkenaan sebagai keterlaluan,mempersenda Undang-Undang serta menconteng arang ke muka Ahmad Said.

Jeffrey menekankan, senario ini adalah tidak sihat bagi sebuah Negara yang berusaha membebaskan diri daripada cengkaman rasuah dan mencerminkan Integriti BPR benar-benar tiris.

Kata Jeffrey lagi, Pak Lah telah berjanji untuk menstruktur semula BPR kepada suruhanjaya dan akan selesai sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

”Setelah itu, barulah Lembaga Penasihat dilantik. Tetapi sekarang macam mana? Apakah BPR telah melantik Henry Voon?,” tanya Jeffrey yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang meminta penjelasan segera daripada Ketua Pengarah BPR.

Walaupun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, mengumumkan kepada media bahawa BPR tidak pernah melantik Lembaga Penasihat, namun kata Jeffrey kenapa Henry Voon secara terbuka mendakwa dirinya sebagai Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR?

“Dia ini Jokerkah atau Broker?,” tanya Jeffrey dalam nada sinis selepas menghadiri mesyuarat Yayasan Warisan Borneo (Borneo Heritage Fundation)d Sokid Villa.

Dakwa Jeffrey, Henry telah membeli iklan bernilai ribuan ringgit di dalam beberapa akhbar tempatan dan membuat iklan palsu kononnya Ketua Pengarah BPR mengucapkan tahniah di atas perkahwinan anaknya.

“Paling memalukan beliau meletakkan namanya sebagai Penasihat Kanan Kepada Ketua Pengarah BPR? Kenapa BPR tidak siasat dan mengambil tindakan terhadap Henry?” sindir Jeffrey yang sering melihat Henry bersama beberapa pegawai kanan BPR ketika melakukan operasi pembalakan haram di Keningau sedikit masa lalu.

Sehubungan itu, Jeffrey menggesa Ketua Pengarah BPR mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan namanya terutama membuat laporan polis jika benar BPR tidak pernah melantik lelaki berkenaan sebagai Peasihat Kanan BPR.

Menurut Jeffrey, beliau menerima banyak aduan dan rungutan para peniaga dan rakyat Sabah yang jengkel dengan sikap dan perangai Henry Voon yang bertindak sebagai Broker untuk menyelesaikan masalah rasuah yang mereka hadapi.

“Ada yang datang berjumpa saya mengadu bahawa mereka tidak lagi mempercayai BPR dan polis apabila secara bebas seorang lelaki yang dikenali sebagai Henry Voon meminta mereka untuk membayar sejumlah tertentu bagi menutup kes rasuah mereka,” ujar Jeffrey yang kesal kerana kelonggaran undang-undang membenarkan perkara ini berlaku di sebuah negeri yang telah 44 tahun merdeka.

Kata Jeffrey, pengadu telah memberi nombor telefon lelaki ini, 0138802222 dan 088219520 yang memintanya agar berjumpa dan menyerahkan wang jika mahu kesnya ditutup dan tidak didakwa di mahkamah.

“Saya tanya pengadu benarkah dia lakukan rasuah? Dia kata tidak, tetapi diperangkap dan kerana itu dia tidak mau memberi rasuah dan sanggup ke mahkamah?,” ujar Jeffrey yang menjelaskan pengadu enggan membuat laporan kepada polis dan BPR kerana hilang kepercayaan kepada dua institusi tersebut.

Mengikut maklumat daripada pengadu, Henry tinggal di Taman Kepayan Kota Kinabalu. Beliau dipercayai melantik dirinya sebagai Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR dan dengan bangganya mendakwa Datuk Ahmad Said sebagai ‘Abang’ nya.

“Ramai saksi melihat Henry bersama Pengarah Risikan BPR, Datuk Jamidan Mohamad,” tegas Jeffrey yang tidak menyalahkan persepsi orang ramai bahawa Henry Voon mampu mempengaruhi pegawai kanan BPR menutup kes BPR Di Sabah, kononnya dengan bayaran antara RM30,000 sehingga RM6 juta!

Tetapi kata Jeffrey, beliau hanya mendengar aduan dan adalah menjadi tugas BPR untuk menyiasat Henrry Voon dan tidak menjadikan dirinya sebagai target.

“Jika benar Henry boleh menutup kes rasuah, maka tidak ada gunanya Kerajaan menambah jumlah anggota dan pegawai penguat kuasa antirasuah daripada 2,000 orang sekarang kepada 5,000 dalam tempoh lima tahun akan datang, “ kata Jeffrey lagi.

Jeffrey turut menggesa agar BPR membuka kembali atau meneruskan siasatan 81 Dalilnya dan banyak kes berprofail tinggi yang dilaporkannya tetapi belum didakwa di mahkamah.

“Saya mengambil kesempatan ini juga untuk bertanya kenapa Pengarah BPR Sabah, Puan Hajjah Latifah dipindahkan serta merta ke Pulau Pinang? Apakah kerana peranan lelaki ini atau ada hubungan dengan kes siasatan terhadap pemimpin BN yang dikaitkan dengan Penggubahan Wang Haram di Hong Kong,” tanya Jeffrey yang menimbulkan pelbagai tandatanya.

Friday, December 12, 2008

SEMOGA SPRM BUKAN GIMIK POLITIK


BEBAS....Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin

KETUA Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Zainuddin Hassan menyambut baik usaha Perdana Menteri Malaysia meremajakan semula Intergiti melalui penarafan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah rang undang-undang SPRM 2008 dibentangkan di Parlimen pada rabu, 10 Disember 2008.

“Saya menyambut baik usaha murni ini tetapi berharap agar ianya tidak menjadi seperti menukar jenama ubat gigi sedangkan kandungan dan rasanya sama juga,” ujar Zainuddin yang tidak berpuas hati dengan profesionalisme BPR Sabah.

Tegasnya, beliau telah membuat banyak aduan dan akhirnya muak kerana siasatan hanya sekerat jalan dan tidak mendakwa tertuduh walaupun cukup bukti.

“Saya tidak tahulah kenapa? Mungkin kita kena tanya Ketua Pengarah BPR Malaysia dan Pengarah BPR Sabah. Hanya mereka yang tahu,” sindir Zainuddin yang menyelar sikap pegawai penyiasat BPR yang lambat bertindak sehingga bukti dilupuskan dengan mudah.

Dakwa Zainuddin lagi, Kes 81 Dalil yang difailkan Jeffrey terhadap Musa Aman hanya menjadi bahan jenaka.

“Jika Ketua Menteri Sabah mempunyai bangunan sendiri dan menyedari mempunyai kepentingan kerana jabatan kerajaan menyewa di bangunannya boleh dilepas dan dibebaskan, apatah lagi jika kes politik wang,” kata Zainuddin yang mendesak agar kes Musa Aman dibuka semula apabila SPRM menjadi realiti.

Zainuddin turut mendesak BPR agar tidak menutup beberapa kes berprofail tinggi seperti siasatan terhadap Mantan Naib Chancellor Universti Malaysia Sabah (UMS) yang telah lengkap namun tertuduh tidak didakwa di mahkamah.

“Sungguh menakjubkan kekebalan Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin kerana baru sahaja dilantik sebagai Naib Chancellor Universiti Tun Hussien Onn, Johor Bharu walaupun mempunyai kes aktif dengan BPR,” Ujar Zainuddin yang kesal kerana kes berkenaan amat memalukan rakyat Sabah.

Kata Zainuddin lagi, beliau juga hairan kenapa kes subsidi diesel yang melibatkan tangkapan beberapa pegawai kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna di Sabah senyap begitu sahaja sedangkan sepatutnya telah dibicarakan di mahkamah setelah didakwa.

“Apakah kes ini ditutup atau tertuduh dilepaskan begitu sahaja,” ujar Zainuddin yang mendesak agar Pengarah BPR Sabah tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik.

Zainuddin turut memuji kepakaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) yang begitu cekap menjalankan siasatan sehingga berjaya menyiasat dan membongkar kes penggubahan wang haram (money laundering) yang melibatkan peniaga dan pemimpin politik dari Sabah.

WANITA UMNO SILAM DISIASAT


JEMPUTAN....Surat beramaran daripada Lembaga Disiplin UMNO yang memaksa Phahima hadir memberi keterangan bagi mengelakkan beliau pula yag diambil tindakan jika gagal hadir tanpa sebab munasabah.


Lembaga Disiplin UMNO mula menjalankan siasatan berhubung salah laku dan amalan politik wang yang dilaporkan berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Menurut seorang saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan, Phahima Asanuddin berkata beliau dan tujuh lagi ahli UMNO Silam dipanggil mengadap Lembaga Disiplin UMNO untuk memberi keterangan sebagai saksi, manakala selebihnya untuk membela diri.

Beliau menamakan saksi dan tertuduh berkenaan namun tidak dapat disiarkan bagi mengelakkan saksi diugut atau disabotaj oleh pihak tertentu melainkan jika saksi berkenaan sedia memberi kenyataan media.

"Saya akan datang memberi keterangan demi kesinambungan UMNO Silam," ujar Phahima yang mengakui telah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah.

Kata Phahima, beliau kesal kerana Lembaga Disiplin UMNO mengambil masa yang agak lama untuk menjalankan siasatan dan membebankan pelapor yang terpaksa mengeluarkan tambang dan penginapan sendiri untuk ke Kota Kinabalu.

"Patutnya mereka datang ke Lahad Datu berjumpa kami. Kalau macam ini tidak ada ahli yang akan membuat laporan politik wang di masa akan datang kerana tidak berbaloi. Wang yang kita lapor hanya RM50 tetepi terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM500 ke Kota Kinabalu," ujar Phahima lagi.

Dalam pada itu, mantan Calon Ketua Pergerakan UMNO Silam yang tidak dapat bertanding kononnya tidak melepasi kouta yang ditetapkan, Saloma Datuk Yussof, mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat UMNO agar hadir memberi keterangan di Pan Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada 14 Disember 2008.

"Saya akan hadir tetapi saya rasa Affidavit yang kemukakan sudah mencukupi (ada disiarkan dalam blog ini)," ujar Saloma yang turut kesal kerana sistem penyampaian Ibu Pejabat UMNO kurang lancar.

Tegas Saloma, Majlis Tertinggi UMNO bagaikan melepas batuk ditangga kerana hanya menghantar Lembaga Disiplin dan permintaannya untuk mengadakan semula Persidangan Agung Wanita UMNO Silam belum mendapat sebarang jawapan sebaliknya diserahkan kepada budibicara Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Kata Saloma lagi, sekiranya Majlis Tertinggi UMNO tidak membuat sebarang keputusan berhubung kesahihan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Silam, maka wakil 10 daripada Pergerakan Wanita ke Persidangan Agung Bahagian yang belum disahkan terbatal secara automatik.

"Buat sementara waktu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Hajjah Saleha tidak layak menjalankan tugas sehingga bantahan dan affidavit saya diputuskan Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Sabah," kata Saloma yang turut memberi keterangan di dalam Klip Video Silap Mata UMNO Silam yang boleh ditonton dalam blog ini.

DERITA DI SYURGA PPRT FELDA


TERIMA...Utoh sedang menerima replika kunci rumah PPRT daripada Najib.

SEPULUH orang Penerima rumah PPRT yang dibina dengan sumbangan Dana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merayu keprihatinan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi untuk mengakhiri penderitaan mereka yang terpenjara di dalam syurga ciptaan Ahli Parlimen lalu.

Jurucakap penduduk, Utoh Salleh Nahul, 63, berkata, mereka terpaksa menjalani kehidupan bagaikan penduduk Afrika yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik dan tandas.

"Kami terpaksa menyambung elektrik secara haram daripada jiran di Taman Warisan. Membeli air daripada jiran di Kampung Sabah Baru dan membina tandas di atas air di belakang rumah kerana tandas yang sedia ada tidak mempunyai sistem pelupusan," ujar Utoh Salleh yang mengakui mereka menjadi mangsa permainan politik.

Menurut Utoh, mereka telah memfailkan aduan rasmi kepada pelbagai pihak, namun tidak ada pihak yang tampil untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.

"Kami dijanjikan pelbagai kemudahan ketika rumah kami dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi apabila selesai perasmian, tangki air kami diambil balik, kami terpaksa bergelap kerana tiada elektrik. Kami jadi perhiasan untuk media," ujar Utoh yang akan menemui Salleh Kalbi dalam masa yang terdekat untuk mengemukakan rayuan mereka.

Dalam pada itu, seorang mangsa pembangunan projek PPRT berkenaan, Chee Yew Wan, 82, melahirkan rasa kesal kerana Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan sikap 'kencing di dalam gelas' rakyat apabila merampas tanah yang mereka timbus sebagai tapak projek ruah PPRT berkenaan.

"Kerajaan bagi kita tapak rumah untuk kaum Tionghua.Kita gotong royong timbus tanah bakau. Banyak wang kita guna. Kita sedang kumpul wang mau bikin rumah. Tiba-tiba kerajaan rampas tanah kita dan bina rumah PPRT tanpa sebarang pampasan. Adilkah ini?" getus Chee yang sedang daam proses untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan gantirugi.


TANDA...Chee Yew Wan berdiri di hadapan papantanda projek yang meranapkan harapan mereka.

Kata Chee lagi, kenapa kerajaan tidak mencari tapak lain, sebaliknya mengambil jalan mudah merampas tanah mereka tanpa belas ehsan.

"Kalau saya ada duit, saya mau ke KL jumpa Datuk Najib, mau kasi tau kenapa pemimpin buat orang tua macam seperti anjing buruk kepala?," ujar Chee lagi yang turut mengalu-alukan Salleh menyelesaikan masalah beliau dan rakannya yang kerugian ratusan ribu ringgit.

Thursday, December 11, 2008

HARGAI SUMBANGAN FELDA


KEPRIHATINAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membangunkan Semenanjung Dent menjadi Pusat Kegiatan Ekonomi di Silam amat dharapkan dan disanjung tinggi.

Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi, menjulang komitmen Felda dalam sektor pertanian dan sekaligus membangunkan Semenanjung Dent yang menjadi Hub Lanun di era 1970-an.

“Tidak siapa boleh menafikan peranan FELDA melonjak ekonomi Silam apatah lagi sumbangan FELDA yang begitu ketara terhadap penempatan dan penyusunan semula masyarakat,” ujar Salleh yang merakamkan penghargaan di atas sumbangan RM50 juta FELDA untuk Tabung Pembangunan di Sabah.


SAMPAIKAN...Najib menyampaikan replika cek RM25 juta kepada agensi pelaksana sambil diperhatikan Musa.

Kata Salleh walaupun hanya RM25 juta disalurkan untuk projek penempatan semula masyarakat yang menerima kesan tidak langsung daripada pembangunan Gugusan Rancangan Tanah Felda Sahabat, namun mencukupi untuk menyediakan kemudahan perumahan yang lebih baik.

Walaupun wang RM25 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPS) sebelum ini, namun pemansuhan JPPS tidak meluputkan tanggung jawab kerajaan terhadap rakyat di Silam.

“Saya akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah untuk memastikan wang yang disalurkan FELDA dimanfaat sepenuhnya untuk kepentingan masyarakat,” ujar Salleh yang akan menemui Pegawai Pembangunan Negeri Sabah dalam masa terdekat untuk meneruskan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Tegas Salleh, walaupun projek berkenaan tergendala kerana masalah teknikal terutama kesesuaian tapak, namun Kerajaan Persekutuan mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan isu ini secara berkesan.

“Kita telah mengarahkan pihak yang terlibat dengan projek ini mengumpulkan bank data untuk memastikan rumah berkenaan diberikan kepada yang benar-benar layak,” kata Salleh yang mengalu-alukan rakyat termiskin yang tidak mempunyai tanah atau rumah untuk mendaftar di pejabatnya di Lahad Datu, Kunak dan Tungku.

HARAMKAN DEWAN PERNIAGAAN INDIA MUSLIM SABAH


HARAM...Azizul di hadapan pejabat DPIM di Sinsuran yang menjadi koloni PATI India berlindung.

KEGIATAN Dewan Perniagaan India Muslim Sabah yang diterajui oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris merekrut pendatang asing India dikutuk pelbagai pihak.

Terbaru, Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul menggesa agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara bergembleng memeriksa keahlian Dewan Perniagaan berkenaan yang menjadi tempat SUAKA kepada PATI India di Sabah.

Kata Azizul, restoran dan perniagaan runcit yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Sabah menggunakan tenaga kerja daripada India tanpa permit atau Visa.
“Ketika Mereka ini tidak pandai cakap Melayu tetapi tidak berapa lama kemudian mereka mendapat kad pengenalan. Ramai yang menjadi agen menguruskan visa dan kad pengenalan projek dan bebas berlegar di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran,” kata Azizul lagi yang menggesa Menteri Dalam Negeri menjalankan siasatan rapi berhuung dakwaannya.

Azizul menarik perhatian, seorang PATI India yang menjadi agen permohonan kad pengenalan projek dan passport antarabangsa Malaysia ialah Abdul Jabar Muthalif.

“Saya mempunyai rekod peribadi Abdul Jabbar Muthalif ini. Dia dilahirkan di Karasil Patti, daerah Sivaganga, Tamil Nadu, India. Dia datang ke Sabah pada 1983 sebagai tukang jahit di Kudat tetapi menjadi buruan Imigresen apabila gagal memperbaharui Visa,” kata Azizul yang kesal dengan integriti di Sabah.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat beberapa kad palsu di zaman Kerajaan Berjaya setelah menjadi buruan Imigresen selama beberapa tahun, namun berjaya membuka beberapa restoran di Kudat dan Kota Marudu.

Jabbar diterima sebagai Ahli Persatuan Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) dan DPIM membantu Jabbar mendapatkan dokumen yang sah melalui jalan belakang iaitu ‘Projek Mahathir’ ketika UMO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada 1991.

“Dia dapat IC Projek daripada Abu Ali Ganturon di Bangunan Berjaya dengan mendaftar sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS),” tegas Azizul yang kesal kerana kerajaan tidak memberkas Jabbar walaupun Abu Ali Ganturon ditahan di bawah ISA.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat kad pengenalan biru H 0488213 dan isterinya, Aysha Bte Abdul Ghani yang ketika itu berada di India turut mendapat kad pengenalan projek H 0488215.

“Aysha ini lahir di Kampung Ranganathapatti, Tamil Nadu, India. Setelah kedua mereka dapat kad pengenalan, mereka berpindah ke Kota Kinabalu dan dengan bantuan DPIM mereka buka restoran di Kampung Air, Kota Kinabalu selain meneruskan restoran mereka di Telupid dan Kota Marudu,” ujar Azizul lagi.

Kata Azizul lagi, bagi mengenang jasa Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz yang banyak membantu DPIM, Jabbar menamakan restorannya di Kota Kinabalu Restoran Rafidaah.

“Anak pertama mereka, Azmah lahir di India tetapi sekarang jadi warga Malaysia,” kata Azizul yang menyatakan Jabbar mempunyai tiga orang anak di Sabah iaitu Siti Rafidaah, 17, (sempena nama Rafidah Aziz), Fairuz 16, (sempena nama menantu Rafidah Aziz) dan Siti Zaharah, 13, (sempena nama Dr Siti Zaharah).

Jabbar amat disayangi Presiden DPIM, Baisul Khan sehingga sanggup memperkenalkan Jabbar dengan muridnya ketika Baisul menjadi guru di Tuaran iaitu Mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Bahagian Pas dan Visa, Marcus Akob (Mendiang).

“Saya telah membuat laporan kepada Menteri Dalam Negeri, namun Jabbar masih bebas keluar masuk ke Jabatan Imigresen untuk menguruskan pasport Malaysia bagi PATI India yang mendapat kad pengenalan projek,” ujar Azizul yang menyebut Jabbar mengenakan yuran antara RM1,000 hingga RM30,000 bagi seiap pasport yang diuruskannya.

Namun apabila Marcus meninggal dunia, Jabbar meredakan aktivitinya tetapi ini semakin aktif kerana mempunyai rangkaian meluas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengalahkan pegawai kanan dua jabatan berkenaan.

Kata Azizul lagi, kini Jabbar dan Aysha telah mendapat Mykad bernombor masing-masing 590521-12-5873 dan 620817-12-5252 dan sering kelihatan memandu Prado TZ Siver SA9798C.

WARIS SULTAN BRUNEI TUNTUT HAK


BUKTI…Zainal bersama peta sempadan Tanah Tulin Dumpil Meruntum.

WARIS Sultan Brunei ke 16, A.K. Zainal Abidin Bin Pgn. Ag. Besar yang mendakwa dirinya piut kepada Pg Anak Untong Ibn Almarhum Sultan Hussin Kamaluddin, pemilik asal Tanah Tulen Meruntum.

Menurut Zainal, Tanah Tulen Dumpil Meruntum seluas 384 kilometer persegi atau 80,000 ekar adalah milik mutlak Allahyarham Pg Anak Untong sejak 1730 apabila beliau dianugerahkan tanah oleh ayahandanya, Sultan Hussin Kamaluddin untuk memerintah tanah jajahannya.

“Ketika British mahu membina landasan keretapi pada 1901 merentasi Tanah Tulen ini, E.W. Birch, Gabenor British North Borneo telah memperdaya cicit Pg Anak Untong iaitu Pg Ahmad merampas Watikah Pemerintahan dan tidak dikembalikan oleh Kerajaan British sehingga ke hari ini,” ujar Zainal lagi.

Sehubungan itu, Zainal telah mendapat perintah ex-parte daripada Mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk menuntut tanah warisan berkenaan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Menurut Zainal, kawasan yang menjadi hak warisan keluarganya merangkumi Tanjung Dumpil, Bukit Kalam, Kampung Mangkusilad, Gunung Bongkok, Gunung Alab, Kampung Manontian, Kampung Dumpang, Kinarut dan Pulau Mantukad.

“Walaupun kebanyakannya telah dkeluarkan geran dan diwartakan sebagai tanah kerajaan negeri, namun hak kami tetap hak sebagaimana yang dijamin oleh fasal 13 Perlembagaan Persekutuan,” ujar Zainal yang akan mengemukakan tuntutan kepada Pemegang Amanah Raya.

Kata Zainal lagi, walaupun beliau adalah warganegara Malaysia, namun hak warisan nenek moyangnya adalah sah di sisi undang-undang kerana Kerajaan Malaysia tidak pernah memberi pampasan bagi tanah yang telah dirampas.

“Jika Kerajaan Negeri Sabah masih membayar Cession Money RM5,300 kepada waris Sultan Sulu, kenapa enggan mengiktiraf kedaulatan waris Sultan Brunei ke atas Tanah Dumpil Meruntum,” kata Zainal yang meminta semua pihak agar menghormati sejarah dan kedaulatan Sultan Brunei.

Kemerdekaan Malaysia, tidak memutuskan hak kami ke atas warisan sebagaimana hak waris Sultan Sulu ke atas Sabah.

“Kaum Kadazan Dusun harus menyokong tuntutan kami kerana Maang terletak di bawah bidang kuasa Tanah Tulin Dumpil Meruntum,” ujar Zainal lagi yang menawarkan jalan penyelesaian terbaik untuk kemelut Maang.

MENINGGAL DUNIA 2001 TETAPI MASIH TUNGGU MYKAD?


SEDIH…Majiming menunjukkan kad pengenalan bermutu tinggi yang dirampas JPN ketika beliau merujuk kes berkenaan ke JPN Putrajaya pada 2006.

HASRAT lelaki Rungus, Majiming Magumpol untuk memiliki Mykad seperti warganegara lain belum kesampaian apabila Jabatan Pendaftaran Negara terus mendesak beliau menyerahkan anaknya untuk disiasat kerana dituduh memalsukan kematiannya.

“Kenapa ketika mereka mematikan saya, mereka tidak siasat? Kenapa bila saya minta taraf saya dihidupkan semula daripada kematian yang belum tiba, mereka mengemukakan pelbagai alasan,” tanya Majiming yang kesal kerana kemelut identiti dirinya masih berpanjangan sejak lima tahun lalu.

Majiming yang dilahirkan di Kampung Nangka, Kudat pada 19 Disember 1951, kesal kerana JPN begitu mudah 'mematikannya' ketika beliau masih bernafas dan mempunyai kudrat untuk bekerja menyara keluarga.

Beliau memeluk agama Islam melalui Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada 1972, melalui Ustaz Muhammad Nor di Labuan dan menggunakan nama, Mohd Jaafar Bin Abdullah.

“Ketika bekerja sebagai tukang kayu di Kuala Penyu, saya bernikah dengan gadis Bisaya, Saadiah Binti Uji di Kampung Karukan, Kuala Penyu pada 1975 dan dikurniakan empat orang anak,” ujar Majiming yang semakin gelisah kerana permohonannya untuk mendapatkan Mykad masih menemui jalan buntu.

Setelah bercerai dengan isteri pertama 1983, Majiming pindah ke kampung Bongkol, Pitas mengusahakan tanah sendiri dengan tanaman getah dan buah-buahan dengan bantuan isteri kedua, Gizong @ Norma K.K. Nakandung dan dikurniakan tujuh anak.

Kata Majiming, isteri beliau meninggal kerana kanser rahim pada tahun 2000, manakala Majiming menderita sakit batu karang dalam buah pinggang dan hanya pulih sepenuhnya sekitar 2003.

Pada tahun 2003 Majiming bernikah lagi dengan seorang balu beranak tiga, Maulinting @ Nur Fatimah Mapangkat dan dikurniakan seorang anak pada Julai 2005, Nur Fatinah tetapi apabila mahu mendaftar surat lahir, JPN Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau (Majiming @ Mohd Jaafar) telah meninggal dunia pada tahun 2001.

“Saya terkejut dan hampir pitam kerana mereka kata saya sudah mati 2001 lagi,” ujar Majiming yang dimaklumkan bahawa beliau dilaporkan meninggal dunia di Langkon, Kudat.

Akibatnya, beliau gagal mendaftarkan kelahiran anak perempuannya yang belum mendapat taraf warganegara semata-mata kerana mengikut rekod JPN beliau telah mati!


“Saya telah membuat semakan di JPN Putrajaya dan berjumpa secara peribadi serta membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Nazri Aziz, Tan Sri Bernard Dompok dan hampir semua pemimpin di Sabah, namun semuanya hanya menabur janji palsu,” tegas Majiming yang mula berputus asa kerana karenah birokrasi
yang menafikan hak asasinya. .

Tegas Majiming lagi, beliau turut kesal kerana JPN Putrajaya menyoalsiasatnya bagaikan seorang penjenayah dan merampas kad pengenalan bermutu tingginya sehingga beliau kini menjadi warga terapung, tanpa Negara seolah-olah berada di alam kubur.

Majiming telah membuat surat akuan dan mengemukakan kepada Pegawai Pendaftaran Pitas yang kemudiannya menulis surat pengesahan kepada Pengarah Pendaftaran Sabah mengakui kad pengenalan bermutu tinggi Mohd Jaafar @ Majiming telah dituntut pada 22 Mei 2001 namun tidak menyatakan siapakah penuntutnya.

Katanya lagi, Pegawai Pendaftaran Pitas memberitahunya bahawa beliau meninggal dunia pada 18 September 2001 dan Sijil Mati beliau dikeluarkan pada Oktober 2001.

“Mykad saya, 511219125057 (H0593078) telah dituntut pada 28 Mac 2001 oleh seseorang di JPN Pitas, tetapi sampai hari ini saya belum terima mykad saya dan sekarang mereka kata saya sudah mati,” ujar Majiming yang kesal dengan sikap JPN yang enggan menukar statusnya.

Mengikut rekod, Majiming pernah dilantik sebagai Wakil Ketua Anak Negeri Pitas 1988 oleh Kerajan Parti Bersatu Sabah sebelum dipecat pada 2001 oleh UMNO. Majiming masih lagi membuang undi pada pilihanraya umum 2004 di SK Mangkapon, Kudat namun tidak lagi dapat mengundi pada pilihanraya 2008..

Wednesday, December 10, 2008

IBU PEJABAT UMNO JADI POSMEN?


Saloma Datuk Yussof

MANTAN Setiausaha UMNO Bahagian Silam, Saloma Datuk Yussof kesal dan menyifatkan Ibu Pejabat UMNO hanya bertindak sebagai Posmen apabila mengembalikan bantahannyaberhubung Persidangan Agung Wanita UMNO Silam ke Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“Jika Setiausaha Agung atau Setiausaha Kerja UMNO tidak mampu menjalankan tugas untuk mengemukakan masalah dan bantahan saya kepada Majlis Tertinggi UMNO, sebaiknya mereka meletakkan jawatan sahaja,” ujar Saloma yang terkilan kerana Ibu Pejabat UMNO tidak membuat sebarang keputusan berhubung bantahannya.

Kata Saloma, jika kes bantahannya dirujuk kembali kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak ubah seperti kata pepatah meminta penyamun untuk menangkap pencuri.

“Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak mungkin boleh berlaku adil dan selama ini bersikap berat sebelah terhadap apa juga bantahan daripada bahagian Silam,” kata Saloma yang membuat keputusan untuk menjadikan Affidavitnya sebagai maklumat umum kerana tidak lagi menaruh sebarang harapan.

Tegas Saloma lagi, nampak seperti ada kekebalan dan benteng yang tidak kelihatan untuk melindungi individu tertentu yang tidak diketahui Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang sibuk dan rakus merebut kuasa sehingga meletakkan Pergerakan Wanita UMNO Sabah seperti rumah pelacuran politik.

"Kita tampil dengan bukti, bukti kita disamarkan dan laporan sulit kita didedahkan kepada umum. Apakah Badan Perhubungan UMNO sudah menjadi Kedai Fotokopi?," ujar Saloma yang kesal dengan sikap Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah yang mentadbir UMNO Sabah sesuka hati beliau tanpa mempedulikan bantahan dan keluhan ahli yang teraniaya.

Sebaliknya mereka yang tertuduh di dalam affidavit ini mendapatkan salinan lengkap kononnya daripada Badan Perhubungan UMNO Sabah?

Kata Saloma lagi, zaman untuk membohongi ahli telah berakhir. Pemimpin yang tidak amanah kepada parti lambat laun akan tersingkir dan menggesa agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bertindak segera sebelum terlambat.

Berikut adalah teks penuh Affidavit Rayuan Saloma yang dikemukakan kepada Majlis Tertinggi UMNO dan Badan Perhubungan UMNO Sabah yang belum mendapat sebarang jawapan.


PETISYEN PERSIDANGAN SEMULA
SEMUA CAWANGAN WANITA UMNO SILAM

PERAYU

SALOMA DATUK YUSSOF
Ketua Wanita Cawangan UMNO Panji Baru

DI HADAPAN

PRESIDEN UMNO & MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA

PETISYEN PERAYU

BAHAWASANYA, Saya, SALOMA DATUK YUSSOF (KPT: 631219-12-5600) selaku calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam yang beralamat di MDLD 4736, LOT 210, JALAN JAYA 1, TAMAN AMAN JAYA, 91100 LAHAD DATU, SABAH sesungguhnya menjunjung tinggi Perlembagaan UMNO mengemukakan petisyen untuk merayu keprihatinan YAB Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia agar mengarahkan Persidangan Agung Semua Cawangan Wanita UMNO di Bahagian Silam diulang semula secara saksama bagi memberi peluang kepada semua pihak menjalani amalan demokrasi berdasarkan alasan-alasan berikut:

01. JUMLAH PENCALONAN

Mengikut rekod peribadi saya, lebih 85 cawangan telah mencadangkan saya sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, namun Kertas Persidangan Cawangan dikhuatiri telah diubah dengan mencalonkan Penyandang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid tanpa pengetahuan dan persetujuan Ketua Wanita Cawangan yang terlibat.

85 Cawangan yang mencadangkan saya ialah;

01) Public Villa Raya
02) Kg.Air
03) Kg. Pulau Sarif
04) Kg Long Danau 1
05) Wawasan 2
06) Kg Bakau Tengah
07) Kg Sapagaya Upek
08) Kg Singgamata Logpond
09) Linggang 2
10) Linggang 1
11) Felda Sahabat 16, Blok 1
12) Telisai 7
13) Kg Sapagaya Hilir
14) Sapagaya Baru
15) Panji Laut 3
16) Kg. Simunul
17) Kg.Bakau 7
18) Kg.Panji Keramat
19) Bukit Buang Sayang
20) Kg.Panji
21) Kg. Gawa-Gawa
22) Batu 13 Jalan Sandakan
23) Kg Long Rita Tungku
24) Telisai 1
25) Telisai II
26) Telisai 5
27) Telisai 2
28) Kg. Lok Buah
29) Kunak 2 Laut
30) Kg. Suluk
31) Kg. Kunak Darat
32) Kg.Tg Bangkuruan
33) Kg. Bakau 1
34) Kg. Air Blok C
35) Kg. Kokos Baru
36) Jaya Baru 3
37) Kg. Orkid
38) Pangkalan Lama
39) Kg. Bagiang
40) Kunak Jaya Laut
41) Buang Sayang
42) Kunak Baru
43) Kg. Panji Baru
44) Felda Anjung Teduh
45) Kg. Sepagaya
46) Kg. Lok Banga
47) Kg. Air Baru II
48) Kg. Air 2
49) Jemaah Kg. Air
50) Kg. Bugis Batu 1½ Jalan Segama
51) Kg. Bugis Kebun Baru
52) Perumahan Sabah Baru
53) Kg. Panji Lama 1
54) Sri Tanjung Bakau
55) Singgamata 1
56) Kg. Sri Puyut II
57) Singgamata 3
58) Singgamata 8
59) Kg. Bakau II
60) Singgamata 2
61) Kg.Dasar Baru Tengah
62) Kg.Dasar Lama
63) Ladang Baturung
64) Kg. Kunak
65) Pangi Tengah
66) Kg. Pangi
67) Kg. Hampilan
68) Kg. Suluk 2
69) Pangkalan Baru
70) Kg. Nelayan
71) Pengkalan Tengah
72) Kg. Atas Telaga
73) Kg. Remang
74) Bukit Belacon Batu 10
75) Kg. Ipil 1
76) Taman Setia
77) Puyut Lama 3
78) Kg. Bakau III
79) Taman Gembira II
80) Kg. Singgamata II
81) Kg. Air Laut 1
82) Kg. Bakau Baru B
83) Kg. Air Laut 2

Pada 29 September 2008, dalam Mesyuarat AJK Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Saleha telah mengumumkan beliau menang tanpa bertanding kerana tidak ada calon yang melepasi kuota kelayakan iaitu 48 pencalonan kerana kononnya saya hanya mendapat 45 pen-calonan sedangkan tidak ada perangkaan rasmi dikeluarkan. Menurut siasatan saya, semua Kertas Persidangan Cawangan disimpan secara rahsia tanpa dapat dicapai oleh Urusetia Pemilihan dan Setiausaha Bahagian.


Keratan Akhbar Utusan Borneo 12 Oktober 2008.

Mengikut Surat Akuan AJK Wanita UMNO Bahagian Silam, Puan Fartimah Kaning, Puan Saleha mengumumkan bahawa beliau mendapat 248 Pencalonan, saya 45 pencalonan, Datin Maizatul Akmam Datuk Ahmad Alawi 15 pencalonan dan Hajjah Lindungan Aziman 6 pencalonan seperti Exhibit A.

Namun 82 Ketua Wanita Cawangan telah menafikan mereka mencadangkan Puan Saleha sehingga sanggup menurunkan Cap Jari Tangan Kanan menyokong memorandum yang dikemukakan pada 30 September 2008 oleh Pembantu saya, Puan Kasmah Adin seperti Exhibit B.


SAMPAIKAN….Kasmah (kiri) dan Jaliha memegang memorandum rayuan Ketua-Ketua Wanita Cawangan sebelum menyampaikannya kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Memorandum tersebut menzahirkan kehendak lebih satu perempat cawangan iaitu 82 cawangan wanita daripada 314 yang layak bersidang dan harus dilihat sebagai keputusan akar umbi secara consensus yang menghendaki Persidangan Agung Tahunan Wanita Cawangan Bahagian Silam diadakan semula secara saksama.

Tambahanpula, mereka telah menyatakan sokongan secara rasmi kepada saya kerana kebanyakan mereka menandatangani memorandum berkenaan di rumah saya dan bukan sahaja membuat kenyataan sokongan lisan, malah sanggup menurunkan cap ibu jari kanan sebagai sokongan mutlak.

Tiga lagi Ketua Wanita Cawangan iaitu Salasiah Abdul Halim (Kg.Tanagian Lama), Maseni Hamsain (Kg.Panji II) Saidah Puyong (Kg. Taruakan) bersama Tiga Ketua Wanita Cawangan yang telah menandatangani Memorandum 30 September 2008 telah membuat Surat Akuan di Mahkamah menafikan mereka mencalonkan Puan Saleha sebaliknya mencalonkan saya seperti Exhibit C.

Sehubungan itu, jumlah pencalonan yang dimanipulasi dan tidak dizahirkan atau diaudit oleh juruaudit bertauliah menyebabkan hak asasi Ketua Wanita Cawangan telah dica-bul dan peluang semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan dinafikan.

02. SIDANG TANPA NOTIS

Pada 17 Julai 2008, lebih kurang jam 10.00 pagi, UMNO Bahagian Silam telah mengadakan Perasmian Serentak Semua Cawangan bagi Zon Tungku di Dewan Serbaguna Kampung Telisai yang turut dihadiri semua AJK dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid.

Selepas perasmian, Puan Saleha bergegas ke Felda Sahabat dan mengarahkan Ketua Wanita Cawangan menghadiri mesyuarat berkelompok di Dewan Desa Kencana walaupun beliau mengetahui tidak ada sebarang notis mesyuarat dikeluarkan oleh cawangan berkenaan.

Tujuh cawangan Zon Felda yang menghadiri Persidangan Berkelompok berkenaan ialah;

1) Sri Sahabat 9
2) Felda Sahabat 14
3) Felda Sahabat Seri Desa Kencana
4) Sahabat 16 Desa Kencana
5) Felda Sahabat 16 Blok 1
6) Felda Sahabat 16 Blok 2
7) Felda Sahabat 16 (Blok 2-3)

Pada sebelah malamnya, lebih kurang jam 8.00 malam, Puan Saleha memaksa lapan cawangan di Zon Tungku mengadakan Persidangan Cawangan tanpa sebarang notis dan tidak mempunyai korum yang mencukupi, namun diteruskan asalkan cawangan berkenaan mencadang beliau.

Lapan cawangan Zon Tungku yang menghadiri Persidangan Berkelompok berkenaan ialah;

1) Telisai 6
2) Telisai 7
3) Kampung Berigas III
4) Telisai I
5) Telisai II
6) Kampung Telisai 4
7) Kampung Telisai 5
8) Telisai 2

Hanya Cawangan Wanita Telisai 7 yang diarah bermesyuarat semula kerana mencadangkan saya sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, manakala selebihnya disahkan.

Ketua-Ketua Wanita cawangan berkenaan mengadu bahawa mesyuarat berkenaan tidak cukup korum dan tidak mematuhi Tatacara Persidangan, namun mereka tidak mempunyai pilihan selain meneruskan persidangan kerana bimbang dengan ugutan cawangan mereka akan digantung. Mereka dipaksa mencadangkan Puan Saleha sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Bukti bertulis seperti di xhibit D


03. DOKUMEN DIPALSUKAN

Ramai Ketua Wanita Cawangan mengaku dokumen penting seperti Kertas Persidangan cawangan mereka telah diisi atau dipalsukan oleh AJK yang diamanahkan untuk mengendalikan Persidangan cawangan mereka. Mereka dilarang meminda apa yang telah ditulis terutama ruangan penamaan calon Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam. Terdapat bukti yang jelas ramai AJK diarah menukar dokumen Kertas Persidangan Cawangan yang mencadangkan saya sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Ketua-ketua wanita cawangan tidak dapat berbuat apa-apa kerana semua Kertas Persidangan Cawangan telah diambil Puan Saleha tanpa meninggalkan salinan untuk rujukan cawangan. Ada juga cawangan yang mendapat salinan Kertas Persidangan setelah didesak atas ehsan AJK pengendali persidangan seperti Exhibit E.


04. PEMINDAHAN AHLI

Ramai ahli dan Ketua Wanita Cawangan telah dipindah secara tidak sah daripada cawangan sehingga mereka tidak dapat menjadi Perwakilan, Ketua Wanita Cawangan atau bertanding sebarang jawatan dalam parti dan perbuatan ini merupakan tindakan jenayah dan sabotaj paling keji yang berleluasa di UMNO Silam.

Seorang ahli UMNO, Maseni Haji Hamsain telah membuat Laporan Polis LDD/RPT/5944/08 pada jam 4.04 petang di Balai Polis Karamunsing yang mendakwa bahawa;

“Pada lebih kurang jam 9.30 pagi, 10 Oktober 2008, AJK UMNO Silam, Hassan Muhammad memberitahu bahawa saya tidak layak bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Silam kera-na saya bukan ahli UMNO Silam. Saya membuat laporan ini agar Polis di-Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggung jawab memindahkan keahlian saya daripada Cawangan Panji II Bahagian Silam ke Cawangan Kampung Pakil Darat, Bahagian Batu Sapi, Sandakan. Laporan ini juga dibuat agar PDRM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Puan Aloyah Habib Ali kerana bersubahat dan terlibat secara lansung melakukan sabotaj memindahkan keahlian saya ke cawangan lain sehingga saya tidak dapat bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Silam. Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Setiausaha UMNO Bahagian Silam, Firdaus Datuk Haji Ahmad Alawi kerana menyembunyikan maklumat dan tidak menzahirkan maklumat sebenar keahlian saya kepada Ketua dan AJK UMNO Bahagian Silam. Sekianlah laporan saya.”

Begitu juga dengan Juairah Omar Basa (601028-12-5408) yang menjadi Ketua Wanita Cawangan di Kampung Pangi Tengah, Kunak sejak 1995 telah dipindahkan ke cawangan Kg. Panji Tengah, Lahad Datu.

Juairah telah kehilangan hak sebagai ketua wanita cawangan dan perwakilan telah mengemukakan permohonan perpindahan semula ke cawangannya, namun 27 Julai 2008 mengikut rekod UMNO On-Line, Juairah masih menjadi ahli Kg. Panji Tengah, Lahad Datu.

Ramai lagi ahli mengadu nama mereka hilang daripada rekod keahlian, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana rayuan mereka tidak diendahkan.

Bukti dokumen lain disertakan di Exhibit F

05. AMALAN POLITIK WANG

Amalan politik wang begitu berleluasa sehingga dilakukan secara terbuka atau melalui agen dilantik untuk membahagikan wang tunai sebagai imbalan kerana telah mencadang atau melakukan sabotaj kepada calon yang menentang penyandang jawatan.

Hampir kesemua Ketua Wanita Cawangan yang mencadangkan penyandang jawatan menerima antara RM50 hingga RM70 daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam atau agennya, namun mereka tidak berani tampil kerana bimbang diugut atau cawangan mereka digantung.

AJK Wanita Bahagian yang diarah mengendalikan Persidangan Cawangan turut dibekalkan RM20 (Ringgit Malaysia dua puluh sahaja) untuk diberikan kepada setiap cawangan yang pro dan mencadangkan Puan Hajjah Saleha sebagai Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, kononnya wang daripada Tabung Wanita UMNO Silam.

Selepas selesai persidangan cawangan, Puan Saleha atau agennya akan menghantar RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) kepada Ketua Wanita Cawangan berkenaan sebagai imbalan kepada cawangan yang mencadangkan beliau sahaja.

Sebagai contoh, seorang Ketua Wanita Cawangan, Phahima Assanuddin telah didesak Puan Saleha mengadakan persidangan cawangan pada tarikh akhir persidangan iaitu pada 14 September 2008, walaupun beliau telah memaklumkan bahawa cawangannya, Kampung Bakau Tengah B tidak layak bermesyuarat disebabkan cawangan Induk telah bermesyuarat pada 30 Ogos 2008.

Namun Saleha telah mengarahkan AJK Wanita Bahagian, Puan Sitti Dalha Hamsain dan pembantu khasnya Normasiah @ Tinah Lahaminu meneruskan Persidangan dengan membelakangkan tarikh persidangan kepada 30 Ogos 2008 kerana Saleha telah mengarahkan kadernya, memberikan imbalan tunai RM70 (RM20 sebelum sidang dan RM50 selepas sidang) kerana mencadangkan beliau sebagai Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Bagaimanapun merasakan maruah dirinya tercalar akibat tindakan Saleha yang cuba membeli kesetiaannya kepada Parti dan mengheretnya ke kancah politik wang, Phahima telah membuat laporan di Ibu Pejabat BPR Kota Kinabalu dan bahan bukti telah diserahkan kepada BPR. Kes tersebut masih dalam siasatan.

Manakala seorang ahli UMNO Cawangan Kg. Pakil Darat, Batu Sapi, Sandakan, Hajjah Noraidah Haji Hamsain, telah dipujuk Saleha agar mengadakan mesyuarat cawangan adik beradiknya, Kg. Panji II sekalipun beliau memberitahu bahawa beliau bukan ahli cawangan berkenaan.

Saleha tetap mendesak Hajjah Noraidah mengadakan Persidangan ‘Atas Meja’ sebelum memberikan wang RM50 kerana bersetuju mencalonkan beliau. Bagaimanapun Hajjah Noraidah telah menulis Surat kepada YAB Datuk Seri dan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan lanjut dan bersedia memberi keterangan pada bila-bila masa.

Setelah Mesyuarat ‘Atas Meja’ tersebut dibantah oleh seorang ahlinya, Maseni Haji Hamsain, seorang AJK Wanita UMNO Bahagian kepercayaan Saleha, Hajjah Shara Yakub telah memaksa Maseni mengadakan persidangan di ‘atas meja’ juga dan akhirnya mengadakan sekatan bertanding kerana kononnya Maseni adalah ahli cawangan yang sama dengan Hajjah Noraidah.

Kes politik wang begitu berleluasa di Silam dan dilakukan secara wewenang oleh Saleha terutama pemberian projek kecil, janji dilantik ke jawatan tertentu, pemberian peralatan elektrik dan elektronik, pinggan mangkuk dan sebagainya untuk memperoleh sokongan dalam tempoh enam bulan sebelum pertandingan.

Aduan bertulis telah dihantar kepada YAB Datuk Seri dan Lembaga Disiplin dan mereka menghadapi masalah membuat laporan kerana Saleha mengugut mereka akan digantung keahlian jika membuat laporan kepada Lembaga Disiplin. Bukti disertakan di Exhibit H.

06. SIDANG OLOK-OLOK

Banyak aduan yang diterima daripada Ketua Cawangan bahawa AJK yang diamanahkan atau Wakil Bahagian ke Persidangan Agung Wanita cawangan hanya menjalankan Persidangan Secara ‘Olok-Olok’ iaitu tanpa korum atau notis.

Ketua Wanita Cawangan atau wakilnya dipaksa mengisi Kertas Persidangan di atas meja tanpa ‘Mesyuarat’ dengan syarat ‘WAJIB’ mencalonkan Penyandang Jawatan iaitu Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid.

Jika Ketua Cawangan Wanita enggan mematuhi kehendak liar AJK ini, maka cawangan mereka akan dihukum dan dilucut hak sebagai perwakilan dan hanya hadir sebagai PEMERHATI.

Ada juga cawangan yang dimesyuaratkan dan menerima habuan wang tunai sekalipun ‘Ketua Wanita Cawangan’ berkenaan bukan ahli cawangan berkenaan semata-mata untuk memastikan penyandang jawatan mendapat cukup pencalonan atau memenangi tanpa bertanding seperti di Exhibit I.

07. PAKSAAN & UGUTAN

Penyandang jawatan dan kadernya telah menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka dengan melakukan paksaan atau ugutan mental dan fizikal terhadap Ketua Wanita Cawangan yang tidak mencalonkan beliau sebagai Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Ramai Ketua Wanita Cawangan mengadu kepada saya, bahawa mereka terpaksa mencalonkan Saleha kerana tidak tahan dengan gangguan berterusan yang dilakukan terhadap diri dan keluarga mereka, terutama hak mereka untuk bersama keluarga terganggu kerana Saleha mengunjungi rumah mereka tanpa mengira masa untuk memujuk agar dia dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Seorang Pemangku Ketua Wanita Cawangan Felda Anjung Teduh, KASMAH ADIN, telah membuat laporan polis LDD/ RPT/4657/08 pada jam 5.26 petang, 30 Julai 2008 yang menyebut bahawa;

“Pada lebih kurang jam 11.02 pagi, 17 Julai 2008, Ketua Wanita UMNO Silam, Hajjah Saleha Abdul Wahid telah mengugut saya di khalayak ramai dengan lantang mengatakan tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada cawangan saya sekiranya beliau berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Silam, kerana beliau menuduh saya tidak mencadangkan namanya sebagai calon Ketua Wanita UMNO Silam. Ugutan ini membuatkan saya merasa teraniaya, malu, hilang maruah dan serba-salah kerana dibuat di khalayak ramai. Sebagai ahli UMNO saya berhak menggunakan kebebasan saya untuk mencadangkan pemimpin pilihan saya. Saya buat aduan ini supaya Polis di-Raja Malaysia mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid kerana menyalahgunakan kedudukannya mempengaruhi saya dan mengugut saya serta melakukan cubaan dan berniat jahat terhadap saya sedangkan cawa-ngan saya belum bersidang. Sekianlah laporan saya.”

Akibatnya ramai Ketua Cawangan Wanita terpaksa mencadangkan Puan Saleha bagi mengelakkan tekanan, paksaan atau deraan mental dan fizikal sehingga mereka kehilangan hak untuk mencadangkan calon atau pemimpin pilihan mereka. Mereka telah menulis surat kepada Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin Parti. Mereka ada memberikan salinan seperti di Exhibit J.

08. PERWAKILAN HANTU

Walaupun telah mengisytiharkan dirinya menang tanpa bertanding, namun penyandang jawatan berniat jahat dan masih menggunakan taktik buruk dan kesalahan jenayah dengan bersubahat menyeludup masuk Pendatang Asing dan Pengundi Hantu yang menyamar sebagai Perwakilan kerana tidak menyediakan Senarai Perwakilan pada Persidangan Agung Wanita UMNO Silam pada 11 Oktober 2008 dan akan disambung pada 19 Oktober 2008 (mengikut notis yang telah diedarkan) sekalipun Persidangan berkenaan sewajarnya dibatalkan kerana terdapat TIGA PERWAKILAN HANTU yang telah dilaporkan kepada Pengerusi Tetap dan laporan polis telah dibuat oleh dua orang perwakilan. Walaupun Urusetia menggunakan khidmat Jabatan Pertahan Awam (JPA3) namun mereka turut bersubahat membenarkan Warga Asing dan Perwakilan Hantu berkenaan masuk dan membuang undi di dalam Persidangan Agung Berkenaan.

Menurut laporan polis (LDD/RPT/5945/08) yang dibuat oleh seorang Ketua Wanita Cawangan Public Villa Raya yang juga seorang Perwakilan Wanita UMNO Silam, Jaliha @ Zaliha Iskandar pada jam 4.12 petang, 12 Oktober 2008 di Balai Polis Karamunsing beliau mendakwa;

“Pada lebih kurang jam 1.30 petang, 11 Oktober 2008, bertempat di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu, seorang warga Asing Filipina, Nora Hassan telah menyamar sebagai seorang Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Kampung Bakapit 1 bernama Norkisa Dialhu. Warga asing berkenaan menunjukkan Mykad yang saya pasti bukan milik-nya kerana berlainan wajah dan nama. Saya telah mengadu kepada Setiausaha Bahagian UMNO Silam, Firdaus Datuk Haji Ahmad Alawi namun beliau mengarahkan berjumpa Pengerusi Tetap Persidangan, iaitu Fatimah Haji Khamis yang kemudiannya meminta saya membuat laporan polis kerana di luar bidang kuasanya. Saya datang ke balai membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap Warga Asing berkenaan. Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Wanita Cawangan Bakapit 1, Fatimah Abdul Rahman kerana menggunakan khidmat warga asing secara haram untuk menggantikan perwa-kilannya yang tidak hadir demi untuk kepentingan peribadi. Laporan ini juga dibuat agar PDRM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Ketua Pergera-kan Wanita UMNO Silam Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid dan Naibnya, Aloyah Habib Ali yang mengetuai Urusetia Pemilihan kerana bersubahat dan terlibat secara langsung membenar Warga Asing menjadi Perwakilan Persidangan Agung Wanita UMNO Silam. Laporan ini juga dibuat agar PDRM dan Jabatan Imigresen menyiasat di bawah undang-undang jenayah dan menangkap Urusetia Pendaftaran Perwakilan Zon Tungku iaitu Puan Naima Abd Gapar dan Normalsia @ Tina Lahaminu kerana menyeludup masuk warga asing sebagai Perwakilan. Sekianlah laporan saya.”


Nora Hassan yang bertanda X ialah pemegang Pasport Pelawat Filipina yang berusia lebih kurang dua puluhan menyamar sebagai perwakilan dan membuang undi bagi pihak wakil sebenar iaitu Norkisa Dialhu yang berusia 31 tahun?


Salinan Kad pengenalan Norkisa. Kad Pengenalan asal telah diserahkan kepada polis.

Manakala seorang lagi Ketua Wanita Cawangan Felda Anjung Teduh, Kasmah Adin yang juga Perwakilan Wanita UMNO pada Persidangan Agung Wanita UMNO Bahagian Silam pada 11 Oktober 2008 di Dewan Masyarakat Lahad Datu telah berjaya mengesan dan menangkap dua orang PERWAKILAN HANTU ketika membuang undi.

Seorang Pegawai JPA3, Jani Kiang dan AJK UMNO, Haji Ismail Tidal cuba menghalang Kasmah menangkap Perwakilan Hantu berkenaan, namun Kasmah berjaya menghadapkan Perwakilan Hantu tersebut kepada Pengerusi Tetap Persidangan.

Dalam laporan polisnya, LDD/RPT/5946/08 yang dibuat di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu pada jam 4.16 petang, 12 Oktober 2008, Kasmah menyatakan bahawa;

“Pada lebih kurang jam 12.30 tengah hari, 11 Oktober 2008, bertempat di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu, saya mengenalpasti dua orang Perwakilan ‘HANTU’ di Persidangan Agung Wanita UMNO Silam telah turut mengundi memilih AJK Wanita Bahagian. Meman-dangkan perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang, maka saya datang membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap Pe-ngundi Hantu berkenaan iaitu ROSNAH AMAT (810328-12-5806) daripada Cawangan Wanita Kampung Pangi Tengah, Kunak yang menyamar sebagai SITI BAHASA (641210-12-5646) dari Perwakilan Kampung Hampilan Laut Kunak dan BUANG KASEH dari Kampung Hampilan Laut yang menya-mar sebagai HALIMAH BT WAHAB (601213-12-5274) di cawangan yang sama.”

“Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Wanita Cawangan Hampilan Laut, SAEYAH BT BUHARI (610304-12-5098) kerana secara sedar dan tipu muslihat menggunakan khidmat ‘Pengundi Hantu’ untuk menggantikan perwakilannya yang tidak hadir demi untuk kepentingan peribadi. Laporan ini juga dibuat agar PDRM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid dan Naibnya, Aloyah Habib Ali yang mengetuai Urusetia Pemilihan kerana bersubahat dan terlibat secara langsung membenar ‘Perwakilan Hantu’ menjadi Perwakilan Persidangan Agung Wanita UMNO Silam. Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Wakil Bahagian, Haji Ismail Tidal dan Hajjah Sarbanun Alamansah kerana bersubahat membenarkan bukan perwakilan cawangan menjadi perwakilan dan enggan menerima bantahan saya. Sekianlah laporan saya.”


Dua orang Perwakilan Hantu ini segera memalingkan wajah apabila menyedari gambar mereka dirakam oleh seorang perwakilan melalui telefon bimbit sebelum mereka diheret Kasmah. Mereka bergegas meninggalkan dewan setelah Pegawai JPA3 dan AJK Petugas menyeludup mereka keluar selepas perkara ini dimaklumkan kepada Pengerusi Tetap Persidangan.


Salinan Kad Pengenalan Pengundi Hantu I yang diserahkan ke Balai Polis Lahad Datu oleh pengadu.


Salinan Kad Pengenalan Pengundi Hantu II yang diserahkan ke Balai Polis Lahad Datu oleh pengadu.

Ekoran daripada laporan polis berkenaan, kedua-dua pengundi Hantu tersebut telah menulis surat kepada YAB Datuk Seri pada 13 Oktober 2008 memohon maaf kerana mereka telah menjadi pengganti kepada Perwakilan sebe-nar. Mereka tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian dalam surat mereka, namun siasatan saya men-dapati mereka terpaksa menjadi ‘Perwakilan Hantu’ kerana Ketua Wanita Cawangan Hampilan Laut, Saeyah Buhari, penyokong kuat Saleha mengugut untuk memutuskan bekalan air ke rumah mereka yang disambung daripada rumahnya. Kedua-dua mereka telah mengaku membuang undi bagi pihak Perwakilan yang mereka wakili.

Seorang Ketua Wanita Cawangan Kg. Pangi, Kunak, Sahora Japara, pengsan kerana terlalu malu ketika Persidangan Agung Perwakilan Wanita UMNO Silam pada 11 Oktober 2008 di Dewan Masyarakat Tun Mustapha, Lahad Datu disebabkan namanya tidak terdapat di dalam senarai Perwa-kilan, sebaliknya adiknya, Robia Japara dijadikan Perwakilan oleh AJK Wanita UMNO Silam, Hajjah Serbanun Haji Alamansah secara tidak sah, atas arahan Saleha kerana Sahora adalah penyokong setia saya.

Bukti bersurat lain disertakan sebagai Exhibit K.

09. KUOTA KELAYAKAN

Mengikut amalan UMNO Silam sejak sekian lama, Kuota Kelayakan bertanding adalah mengikut Fasal 15.5 Perlembagaan UMNO dan bukannya Fasal 12.7 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO yang kini digunapakai dalam Pergerakan ini oleh penyandang jawatan.

Oleh kerana Fasal 12.7 Peraturan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, maka sewajarnya Majlis Tertinggi membuat keputusan ber-dasarkan Fasal 32 Perlembagaan UMNO berhubung kuota Kelayakan bertanding Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian kerana tidak seragam dan kurang praktikal.

Jika kuota kelayakan Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian hanya memerlukan 30 Pencalonan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hanya 39 Pencalonan dan Ketua Puteri UMNO Malaysia hanya memerlukan dua pencalonan, adalah tidak wajar jika Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian memerlukan 15 % pencalonan sehingga menafikan hak calon lain untuk bertanding.

Kerakusan penyandang jawatan untuk menang tanpa bertanding dengan memastikan pencabarnya tidak layak, maka taktik ugutan dan paksaan yang diamalkan berikutan kelonggaran atau pelencongan Perlembagaan telah dihalalkan oleh Ketua UMNO Bahagian dan Badan Perhubungan UMNO Sabah.

10. HAK MENGADU

SEJAJAR dengan Fasal 9 Tataetika Ahli UMNO;

“Mana-mana ahli yang merasakan bahawa hak mereka telah dinafikan di dalam apa juga keadaan, bolehlah mengadu kepada Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Negeri atau Lembaga Disiplin supaya hak mereka dapat didengar dan diadili dengan mengemukakan bahan-bahan bukti yang munasabah seperti saksi-saksi, bahan-bahan bercetak atau elektronik atau apa juga bahan yang lain yang menyokong aduan mereka tersebut.”

Maka saya mengemukakan Affidavit serta bukti agar YAB Datuk Seri dan Majlis Tertinggi dapat membuat siasatan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya demi menyelamatkan Pergerakan Wanita UMNO Silam daripada kehancuran Menghapuskan perasaan tidak senang dan jengkel ahli UMNO kepada Pucuk Pimpinan UMNO yang selama ini telah menyebabkan perjuangan mereka ibarat kapal tanpa haluan.

Menaikkan semangat mereka untuk menghadapi apa juga cabaran dan melonjakkan keserasian dan kewibawaan pemimpin mereka.

Memberi pengajaran kepada ahli dan pemimpin UMNO bahawa tiada siapa yang terlepas daripada hukuman dan hukuman yang dilaksanakan adil dan saksama, terutama politik wang dan memanipulasi Perlembagaan dan Tatacara Peraturan Mesyuarat.

Tadbir urus dan perjalanan mesyuarat cawangan akan lebih tersusun dan meningkatkan kefahaman jentera cawangan agar lebih mantap.

11. KESIMPULAN

PELUANG yang saksama haruslah diberikan kepada semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebarang peringkat jawatan di peringkat bahagian agar mereka boleh memainkan peranan penting memperkasa perjuangan dan memantapkan perpaduan di kalangan ahli UMNO melalui daya kepimpinan berwibawa, pragmatik dan praktikal.
Keprihatinan YAB Datuk Seri dan MAJLIS TERTINGGI UMNO MELULUSKAN Affidavit ini akan memberi kesan positif kepada senario politik di Silam dan mampu melonjak dan merangsang keyakinan ahli UMNO Silam. Akibat sikap rakus dan tamak penyandang jawatan untuk memperoleh kuasa dan mengekal kuasa sampai bila-bila sekalipun melanggar tataetika ahli UMNO.

12. JUSTIFIKASI

JUSTIFIKASI dan faedah jangka panjang yang diperoleh daripada PERSIDANGAN SEMULA SEMUA CAWANGAN WANITA UMNO SILAM adalah seperti berikut;

13. PERAKUAN STATUTORI

BAHAWASANYA saya, SALOMA DATUK YUSSOF (KPT: 631219-12-5600) selaku KETUA WANITA CAWANGAN UMNO KAMPUNG PANJI BARU dan Calon KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO SILAM dengan ini mengaku bahawa semua penjelasan dan perakuan sukarela yang dinyatakan di dalam affidavit ini adalah benar dan muktamad.



SALOMA DATUK YUSSOF )
(KP: 631219-12-5600) )
Di KOTA KINABALU, SABAH )
Pada 17 Oktober 2008 )
Di hadapan saya: )…………………………………………….