Search This Blog
Monday, May 18, 2009
HEBATNYA SEORANG LELAKI BERNAMA MICHAEL CHIA?
Sumber Asal: www.sabahkini.net
Saudara Pengarang,
Saya terpanggil untuk menulis surat kepada Sabahkini.net selepas membaca artikel bertajuk PERLETAKAN JAWATAN RODERICK ADA KAITAN DENGAN KES HONG KONG? yang disiarkan pada 6 Februari 2009, namun tugas untuk mengumpul bukti memerlu masa yang agak panjang untuk memberitahu rakyat Sabah siapakah sebenarnya Michael Chia Tien Foh, seorang lelaki istimewa yang digelar penduduk Sandakan sebagai 'adik angkat' Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.
Saya terpegun kerana Michael Chia begitu kebal dan seolah-olah berlaku 'Total Media Black-Out'apabila tidak ada satu media cetak yang melaporkan kes beliau sekalipun Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) menangkap beliau ketika cuba membawa keluar $16 juta dolar Singapura daripada Lapangan Terbang Hong Kong.
Kekebalan Michael Chia begitu menyerlah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum mendakwa Michael Chia ke Mahkamah walaupun semua bukti kegiatan haramnya telah diperolehi.
Saya begitu kagum bagaimana dan di mana beliau memperolehi kekayaan untuk memiliki harta berikut;
Sebuah Lamborghini WQD 12
Sebuah Mercedes Benz S 350
Sebuah Mercedes SLK SAA 63 K
Dua buah Skyline Model terbaru (R35)
Sebuah Nissan 350 (FERLIDY)
Sebuah Hammer
Lima buah Skau (Tongkang).
Tidak cukup dengan kereta mewah yang diletakkan di sebuah garaj khas di Taman Tyng, Sandakan, Michael Chia turut mempunyai dua orang isteri yang mempunyai wang yang cukup banyak dalam akaun namun semuanya terlepas pandang oleh SPRM.
Isteri Pertamanya, Yap Loo mien mempunyai USD100 juta di sebuah bak perdagangan di Hong Kong. Manakala isteri keduanya, Yap Siaw Lin pula mempunyai USD 30 juta di samping akaun mereka di UBS Hongkong sejumlah USD 100 juta lagi.
Saya mengenal pasti syarikat mereka, Sabah Wangsa Sdn.Bhd yang digunakan untuk membeli secara tunai RM2 juta dan mendaftar lima buah Skau berkenaan di Sandakan.
Mungkin SPRM juga gagal mengesan Michael Chia turut mendapat Konsesi Pembalakan di Yayasan Sabah seluas 100,000 hektar dan tiga lot tanah mewah di Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Lebih hebat daripada dijangkakan, Michael Chia turut melantik seorang peguam terkenal di Sabah yang mempunyai USD 500 juta di dalam akaun di Hong Kong Shang Hai Bank, Central Hong Kong sebagai pemegang amanahnya.
Bilakah SPRM dan Jabatan Hasil mahu bangun daripada tidur lena ketika rakyat Sabah menderita dengan bebanan cukai dan kadar inflasi yang tinggi sehingga tidak lagi mampu untuk makan tiga kali sehari?
MOHD YATIM SUHAILI
Lorong Indah 3, Taman Indah,
Sandakan.
NOTA: PANDANGAN atau surat ini tidak semestinya pandangan Sabahkini.net yang menyiarkan surat ini setelah menyiasat bukti yang disertakan adalah sahih dan dapat dibuktikan secara munasabah.
Last Updated on Friday, 15 May 2009 23:46
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenapa keraajan hanya tangkap ikan kecil (rakyat yang menderita) dan lepaskan ikan besar (penjahat dan pemusuh negara)?
Post a Comment