Search This Blog

Wednesday, February 4, 2009

HASSNAR GANYANG PDRM DI MAHKAMAH?




GARI...Hassnar digari kerana membantu menduduk kampung membuat laporan polis apabila rumah mereka diroboh dalam Ops Nyah II Bersepadu atas tuduhan menghasut dan menghalang tugas polis.

TIDAK ada rakyat Sabah yang berani bersuara ketika Polis di-Raja Malaysia (PDRM) mengganas bagaikan tentera Zionis di Israel menyerang Semenanjung Gaza, namun hati kecilnya bagaikan terpanggil untuk menentang kezaliman mereka yang meroboh rumah rakyat miskin yang mendirikan rumah di atas tanah tumpah darah mereka sendiri.

"Selepas menerima telefon dari Ustaz Ridzuan, saya terus pulang ke Sandakan kerana sepanjang umur saya belum pernah melihat kerajaan begitu kejam meroboh rumah rakyat kerana Kampung BDC adalah kampung tradisi," ujar Hassnar yang terkilan kerana semua pemimpin Sabah ketika itu begitu bacul sekalipun Barisan Nasional yang memerintah Sabah di bawah sistem gilir ganti Ketua Menteri.

Menurut Hassnar, beliau dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia melancarkan operasi besar-besar memburu pendatang asing tanpa izin yang dilakukan secara bersepadu yang mekanismenya termasuk meroboh koloni setinggan yang dinamakan OPS NYAH II BERSEPADU pada 26 Februari 2002.

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

No comments: